Komitmen Organik Alce Nero : Bebas Pestisid, Bahan Cemar dan GMO

Komitmen Organik Alce Nero : Bebas Pestisid, Bahan Cemar dan GMO

Komitmen Organik Alce Nero : Bebas Pestisid, Bahan Cemar dan GMO | Memperkenalkan Tiga Produk Pasta Baharu Untuk Menambah Pilihan Pemakanan Sihat Semasa PKP 3.0

Diasaskan pada tahun 1970-an, Alce Nero merupakan perintis perladangan organik di Itali. Dibangunkan oleh koperatif petani muda yang bimbang akan kesan negatif pertanian komersial yang intensif, Alce Nero telah berkembang sebagai salah satu jenama makanan organik terkemuka di negara berkenaan, dengan kehadiran yang semakin bertambah di pasaran global. 

 

Inspirasi Alce Nero

Dalam Bahasa Itali, ‘alce’ bermakna elk atau rusa besar, manakala ‘nero’ adalah warna hitam. Alce Nero dinamakan mengikut dukun puak Lakota, Chief Black Elk (1863-1950) yang telah memberi ilham kepada para pengasas jenama ini melalui kecintaan beliau terhadap Bumi, komitmennya untuk hidup secara harmoni bersama alam semula jadi serta menghormati tradisi yang diamalkan. Logo jenama ini telah diolah untuk menggambarkan Chief Black Elk berkuda sambil menyebarkan mesej pengawasan ekologi.  

 

Visi Organik 

Visi organik Alce Nero adalah ‘dari ladang kami ke hidangan anda’ dengan hanya beberapa langkah di antaranya kerana ahli-ahli koperatif Alce Nero memanfaatkan kaedah pertanian dan perkilangan tradisional bersama penyelidikan berteknologi terkini. 

 

Asal-Usul dan Kebolehkesanan

Alce Nero adalah unik kerana petani kami merupakan pengeluar dan pemegang yang berkepentingan. Oleh itu anda akan sentiasa dapat mengetahui asal-usul setiap produk kerana ia tertera pada label yang disediakan. Kesemua produk berasal daripada ladang-ladang kami, ditanam tanpa menggunakan pestisid atau bahan kimia sintetik, tidak mencemarkan alam dan tiada organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) bagi memenuhi standard pensijilan organik di peringkat global. Kesemua rangkaian produk Alce Nero telah menerima pengiktirafan organik daripada badan-badan terkemuka seperti Pensijilan Organik Eropah dan Pensijilan Organik Jepun. 

Alce Nero Menambah Kepelbagaian Sajian FMCO Anda 

Produk Organik yang dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada pergerakan makanan sihat menyediakan pelbagai kebaikan. Sambil kita kekal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO) ini, sebahagian besar daripada kita khususnya kanak-kanak, pasti menyukai kepelbagaian dan keseronokan pada hidangan yang disediakan. 



Tiga Pasta Organik Baharu Alce Nero! 

Kami memperkenalkan tiga pasta baharu Alce Nero – Organic Tricolore Spaghetti; Organic Tricolore Kids Pasta Sport Shapes dan Organic Whole Wheat Spaghetti. 

Alce Nero Organic Tricolore Spaghetti dan Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti dijual pada harga RM8.20  setiap pek, sementara Alce Nero Organic Kids Pasta Sport Shapes pada harga RM5.90. Pasta Alce Nero boleh didapati di bahagian makanan organik iaitu Ben’s Independent Grocer, Jaya Grocer, Village Grocer dan rangkaian AEON terpilih. 

 

Pasta Organik Tricolore Alce Nero 

Pasta tricolore Alce Nero – Organic Tricolore Spaghetti dan Organic Tricolore Kids Pasta Sport Shapes – didatangkan dalam tiga warna – neutral, hijau (berperisa bayam) dan jingga (berperisa tomato). Pasta Alce Nero adalah ditarik dengan gangsa, kaedah penyemperitan pasta Itali secara tradisional yang menghasilkan pasta bertekstur lebih kasar dan berliang, membentuk permukaan ideal bagi sos untuk melekat. 

 

Pasta Organik Tricolore Alce Nero akan menyerikan sebarang hidangan, dan merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan sayur-sayuran sihat dan berserat tinggi dalam cara yang tidak menakutkan dan penuh enak kepada anak-anak yang cerewet makan. 

 

Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti 

 

Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti atau Spageti Gandum Penuh Organik Alce Nero menggunakan semolina gandum penuh durum organic yang diperbuat dengan mengisar keseluruhan bijirin tanpa dimasukkan sebarang bahan lain. Mata air dari Pergunungan Dolomite digunakan untuk menyediakan doh tersebut bagi rasa yang lebih halus. Pasta gandum penuh ini kaya dengan serat dan ideal untuk dihidangkan bersama sos-sos tomato Alce Nero. 

 

Resipi Pasta Organik Alce Nero dengan kelainan

Pasta membolehkan daya imaginasi anda bebas untuk berkarya di dapur. Pilih satu hidangan, rempah yang sesuai dan pasta bagi mencipta satu hidangan unik yang menyelerakan. 

 

Spaghetti Pad Thai dengan Pasta Gandum Penuh

Pad Thai seringkali dipanggil sebagai makanan jalanan kebangsaan Thailand. Gantikan Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti untuk mendapatkan tekstur dan rasa gigitan seperti mi Pad Thai biasa, tambahkan ramuan berprotein dan sayur-sayuran bagi sajian yang lebih sihat dan lazat. 

 

Rebus Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti mengikut arahan pada pek. Sementara spageti tersebut masak, panaskan sedikit  Alce Nero Extra Virgin Oil di kuali, tumis bawang yang telah dicincang, diikuti ayam dan udang yang diperap. Kemudian, masukkan sedikit air asam jawa, gula perang, penambah perasa stok ayam, cili padi dan sos ikan. Masukkan spageti yang telah dimasak, taburkan daun kucai yang telah dipotong dan tauge. Hias dan perah limau pada hidangan. Selamat menikmati sajian fusion Itali anda!

 

Ayam Masak Masam Manis bersama Spageti Tricolore 

Terperap di rumah tidak semestinya kita harus sentiasa berasa bosan dengan rutin harian. Serikan hari anda dengan Alce Nero Tricolore Spaghetti untuk sajian ayam masak masam manis ini.  

 

Sediakan ramuan ayam masak masam manis. Perap ayam semalaman untuk rasa yang lebih menyerlah. Potong sayur-sayuran kegemaran anda: Kami menggunakan cendawan, lada benggala merah, lobak merah dan kacang hijau. 

 

Rebus spageti dan kacang hijau dan ketepikan sebentar. Sediakan sos masam manis dengan mencampurkan kicap cair, cuka, sos tomato, gula perang dan tepung jagung. 

 

Goreng ayam yang telah diperap dan keluarkan daripada kuali. Dalam kuali yang sama, goreng dengan pantas sayur yang telah disediakan. Masukkan ayam, pasta, kacang hijau dan sos yang telah disediakan sebelum ini dan gaul dengan sempurna. 

 

Hidangkan sajian anda dalam piring berasingan dan makan malam telah sedia! Pasta tricolore menambah warna dan rasa pada hidangan kegemaran Asia ini. 

 

Minestrone Pasta Sports Shapes

Minestrone adalah hidangan klasik menenangkan hati dari Itali yang digemari kanak-kanak. Jika anak anda seorang yang cerewet makan, anda boleh ‘menyorokkan’ lebih banyak sayur-sayuran dalam hidangan minestrone berbanding hidangan yang kurang berkuah lain.

 

Menggunakan Alce Nero Organic Tricolore Sport Shape Pasta dalam resipi ini meningkatkan rupa hidangan yang pasti dapat menarik perhatian Si Kecil. Pasta yang mengandungi bayam dan tomota ini turut membantu dari aspek kandungan serat.  

Hidangan dalam satu periuk ini juga adalah pilihan terbaik jika anda tidak mempunyai masa yang banyak. Dalam sebuah periuk, tumis bawang, saderi dan lobak merah yang telah dipotong dalam minyak zaitun sehingga lobak merah lembut. Tambahkan bawang putih yang telah dicincang dan garam. Kemudian, masukkan kacang hijau, sos pasta Alce Nero, air dan masak sehingga mendidih. Masukkan kacang pea dan Alce Nero Organic Tricolore Sport Shapes, masak sehingga pasta al dente – kira-kira 10 minit. Hidangkan ketika masakan masih panas bersama parutan keju parmesan dan daun selasih. 

 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Alce Nero di https://alcenero.asia/recipes.html atau layari laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/ dan  laman Instagram Alce Nero https://www.instagram.com/alceneromy/ untuk resipi-resipi lain yang menarik dan mudah disediakan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *