OKTOBER YANG PENUH DENGAN TEMUJANJI

OKTOBER YANG PENUH DENGAN TEMUJANJI | Rasa penat, tapi itulah yang kita perlu hadap dalam hidup ni.Dugaan tu pasti datang dengan pelbagai cara.Yang pasti dugaan itu bukanlah satu bebanan

Deretan temujanji bukan sahaja untuk ibu mertua malah untuk umi jugak.Bukan hanya di hospital malah di klinik kesihatan pun kena penuhi jugak.Begitulah kan bila dah berpenyakit ni.Lagi berumur lagi banyak penyakit datang.Orang kata jagalah kesihatan sedari kita masih muda lagi.Tapi bagi umi, umi dah hadap penyakit ni masa umi masih baby lagi.

Disahkan ada penyakit dari umi baby lagi.Seingat umi, masa baby umi banyak kali masuk hospital.Bak kata mak umi, umi lah yang paling banyak masuk hospital.Umi pernah doktor suggestkan untuk operation, tetapi masa tu mak tak nak sebab umi kecil lagi dan risiko tu tetap ada.Jadi mak tak nak tanggung risiko tu.

Biasalah kan orang dulu,tak macam sekarang yang banyak berilmu dan boleh berfikir secara ilmuan.Sekarang ni dihujung jari, segala maklumat kita boleh google.

Tapi penyakit umi ni makin lama makin teruk, kalau dulu dekat sekolah, umi memang tak boleh bersukan.Kalau korang tengok masa umi sakit dulu, kurus macam lidi.Bibir dan kuku memang sentiasa pucat.

Oh ya, kuku pun lain dari orang yang normal.Macam umi dulu, kuku umi dikategorikan kepada finger clubbing dimana kuku umi bila dicantumkan dengan kuku kiri dan kanan akan menjadi seperti sudu terbalik

Korang boleh tengok gambar di atas ni yang membezakan kuku orang normal dengan kuku pesakit jantung.

Umi buat pembedahan pada tahun 1996 and masa tu umi di tingkatan tiga.Masuk sekolah je orang dah nak ambil peperiksaan PMR.Tapi nasib baiklah kan keputusan tak berapa teruk..hahaha

Lepas operation tu keraplah hadiri temujanji di Hospital Aminah.Dalam tahun 20-an gitulah umi tak ingat tahun yang betul, umi banyak skip appointment sampai umi terus tak pergi langsung.Lepas umi kawen, sampailah umi mengandung, doktor detect la ada perubahan pada jantung umi.Nampak tak normal dari segi rentak jantung.

Masa pregnant tu memang umi rasa cepat penat.Tapi itu normal je kan? Lepas pada umi bersalin, maka timbullah penyakit seperti cepat penat dan sebagainya.Dari setahun sekali sampailah 2 kali setahun, lepas tu semakin kerap, doktor suspek selain jantung ada penyakit lain yang singgah.

Sehinggalah satu hari selepas umi beransur baik dari wabak covid tu, jantung umi kerap laju dan ianya berlaku pada waktu malam.Bila dah selalu sangat  jantung laju, umi jadi risau.Dan masa tu simptom-simptom Thyroid memang dah ada pada umi.

Jadi umi buat keputusan untuk ke klinik kerajaan yang berdekatan.Selepas dapat keputusan darah, doktor dah diagnosed umi memang pesakit Hyperthyroid.Jadi bermulalah pengambilan ubat Carbimazole sebanyak 6 biji sehari.Tapi alhamdulillah, sekarang dah berkurangan.Tapi tulah, penyakit tu kadang datang dengan teruk dan kadang datang dengan keadaan yang biasa.

Tapi umi tetap bersyukur sebab masih lagi diberikan kekuatan untuk menguruskan keluarga dan mak mertua umi.

Umi dah listkan dan letak dekat notice board semua appointment umi dan mak mentua umi.Senang sikit, jadi takdelah terlepas tarikh tu.Itu baru dekat notice board, belum lagi kat phone .Memang berlambak ler.

Dan selepas mak mentua umi keluar dari hospital tempohari, berderet pulak appointment dia di Hospital.Memang Allah dah aturkan segalanya kan, mungkin keputusan umi untuk berhenti kerja dan menjaga kebajikan sendiri dan keluarga tu lebih tersusun la.

Syukur sangat.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *