nuzul al quran

Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan 1440H

Nuzul Al-Quran  17 Ramadhan 1440H | Seperti yang sedia maklum 17 Ramadhan adalah peristiwa  di mana Allah swt menurunkan ayat pertama AL-Quran.

Ayat yang pertama di turunkan oleh Allah Swt kepada Nabi Muhammad SAW dan berterusan secaa berperingkat selama 23 tahun sebelum ia lengkap menjadi Al-quran yang kita baca.

Apa yang umi baca, Peristiwa Nuzul Al-QUran di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda berusia 41 tahun pada malam Jumaat 17 Ramadhan bersamaan dengan 6 Ogos 610M sewaktu baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.

Ayat Al-Quran yang mula2sekali diturunkan Allah سبحانه وتعالى kepada Nabi Muhammad ﷺ melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

 بِسْمِ ٱللَّـهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).”  [Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5].

 

Firman Allah سبحانه وتعالى:

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” [Surah Al-Qadar (97): Ayat 1-5].

 

Sempena Nuzul Al-quran, marilah kita sama-sama menghayati al-quran dan tanamkan niat dalam hati untuk habiskan al-quran dalam bulan puasa ni.

Insyallah, umi sedang berusaha, risau jugak tak dapat nak habiskan sebelum Ramadhan berlalu.. Yang penting usaha.Hanya dia sahaja yang tahu bagaimana kita berusaha untuk khatam al-quran.

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *