Nikmati Hidangan Festive Feast Bersama Keluarga di Double Tree By Hilton JB

Nikmati Hidangan Festive Feast Bersama Keluarga di Double Tree By Hilton JB

Nikmati Hidangan Festive Feast Bersama Keluarga di Double Tree By Hilton JB | Tak lama je lagi kan ada antara kita yang bakal meraikan hari sambutan krismas bersama keluarga dan tersayang.Yang tak meraikan krismas pun boleh bawa family untuk makan-makan sempena cuti nanti.

Jadi haruslah cepat-cepat buat tempahan untuk bawa keluarga dan rakan-rakan bagi meraikan perayaan krismas dengan menu-menu yang dihidangkan di Makan Kitchen Double Tree By Hilton JB ni.

Nikmati Hidangan Festive Feast Bersama Keluarga di Double Tree By Hilton JB
Bersama geng makan-makan

Kepada yang tak meraikan perayaan krismas pun, bila cuti panjang ni mesti nak bawa keluarga sesekali makan kat luar dengan menu-menu yang special sikit.

Kali ni kita ke Makan Kitchen Double Tree By Hilton JB kerana mereka menyediakan lunch buffet, high tea buffet,dinner buffet dan juga New Year ever dinner di Tosca.

Jom tengok menu-menu yang bakal dihidangkan kepada mereka yang hadir pada dinner buffet tu jom.

Nikmati Hidangan Festive Feast Bersama Keluarga di Double Tree By Hilton JB

Hah yang ni menu yang menjadi pilihan utama umi dalam buffet dinner kat Double Tree Hilton Jb ni.Antara menu lain korang boleh tengok kat bawah ni.

Yang penting Seafood On ice dia wajib ada.Siap ada Oyster lagi tau.Umi dah bedal 3 oyster malam tu.Bukan selalu dapat makan Oyster kan, dah alang-alang ada tu kita makan bagi puas.

Banyak lagi menu menarik yang akan dihidangkan pada korang pada Festive Feast at makan Kitchen ni.Lebih dari 100 menu yang dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk makan Buffet Dinner.

Nikmati Hidangan Festive Feast Bersama Keluarga di Double Tree By Hilton JB

 

Sesekali kan rasa keseronokkan untuk makan buffet dinner ni bersama family apa salahnya.Yang penting kita tau apa yang boleh dan tak boleh.

Kat sini pelbagai menu dari makanan barat, india, china, melayu,semua ada.Korang yang suka satay pun ada juga tau.Lagi satu boleh cuba Mee kari yang dimasak panas-panas disitu.Jadi tak perlu risau untuk dapatkan menu panas-panas kat sini.Gerenti puas hati.

Umi kalau pandang dessert memang tak boleh tahan la.Macam nak rasa semua je menu dessert kat sini.Korang yang tengok tu sila mengucap panjang.Risau sambil tengok sambil air liur meleleh je.

Nikmati Hidangan Festive Feast Bersama Keluarga di Double Tree By Hilton JB

Nikmati Hidangan Festive Feast Bersama Keluarga di Double Tree By Hilton JB

Nikmati Hidangan Festive Feast Bersama Keluarga di Double Tree By Hilton JB

Yang menaip pun rasa air liur nak meleleh.Dah tu siapa nak belanja umi nanti.Sila angkat tangan.Kita booking cepat-cepat takut kang nak full pulak.hahaha.

FESTIVE FEASTS AT MAKAN KITCHEN

Festive Weekday Lunch Buffet

17th November – 29th December
Adult: RM78 | Child: RM39

Festive Dinner Buffet

17th November – 30th December

Adult: From RM128 | Child: From RM64

Festive Weekend High Tea Buffet

18th November – 31st December
RM88 nett per person

Christmas Dinner Buffet and Christmas High Tea Buffet

22nd – 25th December
Adult: From RM128 | Child: From RM64

New Year’s Eve Dinner Buffet and New Year’s Day High Tea Buffet

31st December | 1st January 2024
Adult: From RM98 | Child: From RM49

Phone: +607 268 6868
Email:JohorBahru.FB@hilton.com
Website: https://bit.ly/HiltonHolidays-DTJB

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *