NIKMAT MENJAGA ORANG TUA KITA | Alhamdulillah mak kembali sihat walaupun tidak segagah dulu.yelah, dah makin berumur kan.
Saja umi nak cerita buat kenangan.Mana tau kan, satu hari nanti nak baca balik cerita-cerita dulu.Actually sebelum mak dimasukkan ke hospital tu, mak memang dah tak sihat.Tapi hari tu, pepagi lagi mak dah mengadu macam penat bila dia pergi ke bilik air.Umi pulak lepas tu suruh mak baring dan berehat.
DIsebabkan hari tu umi terpaksa keluar nak jumpa dengan nenek umi yang di kempas, umi siapkan dulu makan tengahari dan sebagainya.Bila tengok keadaan mak ok, umi terus keluar dan balik 3 jam selepas tu.Yelah, risau jadi pape kat mak kan?
Balik tu tengok mak macam dah tak sihat.Boleh nampak bila dia bangkit dari baring, dia nampak termengah-mengah walaupun hanya baring sahaja.Jadi umi terus ajak babah bawak mak gi hospital.Mulanya nak gunakan ambulan je sebab risau mak perlukan oksigen sepanjang perjalanan ke hospital kan.Tapi bila call pihak hospital, ambulans akan datang lambat sebab ambil pesakit covid.
Jadi bila dengar macam tu, gunakan ambulans pun berisiko jugak kan.Nak taknak umi bawa jugaklah ke hospital.Budak berdua tu terpaksa umi tinggal sekejap sementara menunggu adik datang untuk jaga diorang.
Mak dimasukkan ke zone kuning.Kami menunggu sampai ke pagi tak dapat jugak jawapan dari doktor.Last-last memang tak tahan nak menunggu di dalam, umi fikir nak lelap sekejap dalam kereta.Masa tu memang dah inform kat petugas call kami nanti.
Kesudahannya takde pun.Bila call semula kata mak dah dimasukkan ke wad.Haishh! Umi dengan babah pun plan nak balik dulu kemas-kemas barang mak dan umi.Nanti umilah yang kena jaga dia di wad.
Bila dah siap-siap tu, kami terus ke hospital.Masa tu doktor ada call nak jumpa.Tapi hanya babah dibenarkan masuk ke wad.Itupun diluar sahaja.
Umi kat bawah ni beli apa yang patut untuk persiapan jaga mak di wad.Kesudahannya umi tak boleh jaga mak atas alasan mak masih kuat lagi.Halah!! rasa sedih sebab tak dapat jaga dia.
Kami dapat tahu keadaan mak pun hanya melalui doktor yang akan call untuk beritahu perkembangan mak.Nowadays, bila ada keluarga yang masuk hospital, memang susah.Bukan kata nak jaga, nak bertanya khabar pun susah tau.
Bila doktor call pada hari kedua, dia kata badan mak lemah, mula tak kenal orang dan doktor terpaksa bagi ubat penenang semasa di wad kerana mak selalu sangat meracau.Doktor ada buat scan otak mak, dan doktor kata ada sedikti pendarahan dan stroke sedikit.
Baca juga : KEMATIAN YANG DICEMBURUI
Memang masa tu, Allah je yang tau perasaan kami adik beradik.Doktor suruh bersedia je samada mak kembali sihat ataupun doktor tak boleh buat apa-apa.Dekat 10 hari mak di wad, berkat doa anak-anak dan kawan-kawan alhamdulillah mak kembali sedar dan dah kenal orang.
Masa mak dibenarkan balik tu,umi sangat-sangat terkejut sebab mak tak boleh nak bergerak langsung.Penuh lebam-lebam pada kaki dan tangan mak.Babah pulak tak tanye dengan doktor pasal tu.Masa tu umi kena jaga anak-anak dalam kereta.
Bila babah suruh naik kereta di lobby, dan dia bawa mak dengan keadaan longlai di atas kerusi roda, umi terkejut sangat.Tapi takpelah kan, kita sendiri tau keadaan orang tua bila sakit.Mungkin Allah perkenankan doa umi.Umi mintak mak diberikan kesihatan, tak kisahlah lepas ni mak boleh jalan atau tidak, umi tak kisah, umi nak jaga dia walau macam mana pun keadaan dia.
Alhamdulillah, dari dia tak boleh nak bergerak, sampai ke hari ni, dah boleh berjalan pakai tongkat.Walaupun tak boleh seagresif dulu.Syukur sangat.Pengalaman menjaga orang tua sakit ni suatu pengalaman yang sangat-sangat indah dan tenang tau.
Sempatlah umi merasa salin pampers, cuci najis dan sebagainya.Syukur umi dapat merasai pengalaman tu.Sebelum ni umi hanya nampak dan tolong mak umi jaga nenek je.Tapi sekarang giliran umi pulak.
Nasib baik umi sekarang bekerja dari rumah.jadi tak risau sangat.Kalau ditakdirkan umi terpaksa behenti kerja untuk jaga dia pun umi tak kisah.Insyallah rezeki kita jaga orang tua kita tu pasti ada kan.Nikmat menjaga orang tua kita walaupun kita hanya menantu ni satu nikmat yang cukup indah yang Allah bagi.
Moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.Amin