Naura dah Pandai Minta Air Bergas?Dan Cara nak Galak anak minum Air Masak

Naura dah Pandai Minta Air Bergas?Dan Cara nak Galak anak minum Air Masak | Apa kena mengena Air gas dan Air masak ni?

Actually umi memang tak pernah ajar dia minum air gas.Tapi hari tu masa babah singgah Petronas, dia belikan air untuk dak Naura dan air Pepsi untuk babah juga.Umi pulak  memang dah standby air masak untuk umi sendiri.

Dalam pada minum tu, dia adalah mengecek sikit air babah.Nampak dia dua tiga kali jugaklah dok mengecek tu.Umi dah warning dengan mata baru dia berhenti mintak air tu kat babah.

And satu hari, bila umi ajak dia ke kedai, dia mintak belikan air gas..

Terus terbuntang mata umi kat dia??

 

Serius la??

Naura dah mintak air gas??

Memang sebakullah potpet umi dekat babah malam tu.Umi siap warning kat Naura tak boleh minum air gas ni.BAHAYA!! 

Umi dah banyak kali pesan kat dia, setiap pagi kena minum air masak dulu.Baru boleh minum air lain.Tapi tulah, semakin besar ni, semakin dia nak mencuba pulak.Kalau dah mencuba, pastilah nak lagi.Lagilah air manis² ni semua sedap belaka.Bukan kata air gas je, air kotak pun samalah jugakkan.

Di rumah, air masak tu dah memang jarang dia nak minum melainkan umi paksa.Letaklah botol kat situ, memang dia tak heran dah sekarang ni.Kalau rajin pun dia ambil air sendiri je.Pulak tu dah pandai pilih air yang sejuk.

Haishhh…Makin la umi geram dengan dia.Nampaknya umi kena tukar strategi lah untuk buat dia suka minum air masak macam dulu².

So, umi ada terbaca dari post hazrinanasir tentang bagaimana nak galakkan anak² untuk minum air masak lebih daripada air manis.Jom kita mak² amalkan tips ni.Mungkin kita perlu tahu untuk bagaimana nak galakkan anak² minum air masak lebih dari air manis ni kan?

TIPS GALAK ANAK MINUM AIR MASAK DAN KURANGKAN AIR MANIS

SEDIAKAN AIR BOTOL 

Actually umi kalau ke mana sekalipun mesti bawak air botol.Tapi untuk menggalakkan anak² kita ni minum air, bawa botol mereka sendiri.Lagi bagus kalau botol tu menarik perhatian diorang.Macam Naura dia sukakan kartun little pony.So umi belikan lah dia botol little pony tu.

Walaupun dia dah jarang sangat nak guna botol bila di rumah, umi tetap sediakan jugaklah.Nanti bila dia leka bermain atau tengok tv, umi ingatkan dia atau suakan botol tu kat dia.Kadang² kena reject jugak.Yang penting kita dah letak botol tu di tempat yang senang anak² nak capai.

BELI SILLY STRAW ATAU CRAZY STRAW

Umi patut belikan ni mungkin.Bak kata puan Hasrinanasir, Silly straw ni bagus untuk bagi otot bibir dan mulut exercise.Kalau ada anak-anak yang speech delay boleh belikan ni dan ajar mereka hisap untuk kuatkan otot mulut. 

Warna dan rekaan menarik boleh membuatkan anak² lebih tertarik kan.So, umi dah siap² survey kat shopee untuk dia.

SEDIAKAN BOTOL ATAUPUN BEKAS MINUMAN YANG PELBAGAI DAN MENARIK

Macam yang umi cakapkan di no.1 tu.Sediakan botol atau bekas minuma yang pelbagai dan menarik .Yang berwarna-warni.Dari yang botol sehinggalah yang cawan ada handle tu untuk menarik perhatian mereka.

Kat rumah tu adalah dua tiga jenis cawan yang umi belikan untuk dia.Memang tu jelah dia guna.Sayang nak guna bekas kaca bagi kat dia..lagipun kan bahaya kan.So bagi je yang plastik.

BUAT JUS BUAH-BUAHAN

Seingat umi, jarang sangat umi buat dia jus tau.Selalunya blend tembikai buatkan dia aiskrim je.Lagi satu terus makan gitu je.Bak kata puan Hazrinasir kan, anak-anak ni pun pandai bosan.Makin besar makin banyak mintak yang mcam-macam.Nak-nak yang ada warna menarik, sejuk dan rasa sedap.So, kenalah buat jus buah-buahan sendiri ataupun minuman sendiri.Bukan sahaja vitamin dan mineral tapi kaya dengan serat juga.Cara ni sesuai untuk anak-anak yang cerewet dan susah nak makan ataupun sembelit.

So, lepas ni kena rajin buat juice.

HIDANGKAN COCKTAIL BUAH-BUAHAN

Ini trick yang bagus juga especially untuk anak-anak yang tak suka ataupun susah nak minum air.Jadi bila kita sediakan buah-buahan seperti tembikai, pear, jambu air,tembikai susu dan sebagainya.Sebab buah-buahan ni mengandungi kandungan air yang tinggi.Potong dadu dan masukkan dalam air.Bila dia nak kaut buat tu, at least terpaksa jugak minum air dalam gelas tu kan

Buah-buahan yang banyak air ni boleh bantu anak kekalkan paras bendalir badan dan elakkan risiko dehydrated especially bila waktu tak sihat dan tak lalu nak makan minum sebab tekak rasa pahit. Sup pun boleh bantu naikkan selera bila tengah sakit.

BUAT JELLY ATAUPUN PUDING

Bahan utama dalam jelly ataupun puding adalah air.Naura pun memang sukakan dadih.Jadi kena rajinlah umi buatkan dia dadih.Selalu beli kat pasar malam je.Yang penting kena kawal pengggunaan gula dalam jelly mahupun puding tu.

BUAT ICE CUBE PELBAGAI BENTUK

Kalau sebut pasal ice, Naura memang suka makan tau.Kalau minum air batu, dia akan ambil batunya sahaja.Umi memang risau gak kalau dia makan air batu ataupun benda sejuk.Takut batuk pulak dak sorang tu.

Bila buat ice ni, kita buat pelbagai bentuk dan warna.Macam air sunquick tu, kita buatkan dia jadi cube ice, lepas tu letak dalam air.Confirmlah diorang suka kan…

AJAR ANAK SEDIAKAN MINUM DAN HIDANG SENDIRI

Anak-anak memang pencinta air sejati. Diorang memang sukaaa sangat main air. Perasan tak?  Jadi sesekali kita bagi lah chance dia pilih sendiri cup mana nak guna, ambil sendiri, tuang sendiri, kacau sendiri dan minum lah sendiri. Memang tumpah, bersepah, basah baju dan menambahkan kerja mak-mak nak mengemas. Tapi takpelah dia minum banyak dan dalam masa sama latih motor skill juga tu. Ala-ala fun learning for life skill.

JADI ROLE MODEL

Nak anak minum air tapi mak ayah nya susah sangat nak minum air. So, kita kenalah jadi role model. Lead by example. Nanti anak-anak pun terikut lah sekali. Tiap-tiap hari waktu-waktu tertentu bila kita minum remind diorang juga minum air.

Bukan senang nak senang.Apa pun kita kena cuba…Try and error kata orang.Dalam point² di atas memang kita sebagai parents kena pandai tackle anak² ni.. Nak bagi ilmu kat anak² ni kena kreatif.Sebab tu kita walau tak pandai pun, sekolah takat spm, at least kena membaca kan.

Jadi jom kita cuba buat supaya anak kita suka dengan air masak.Supaya dari kecil diorang tau macam mana nak jaga kesihatan.Yang penting cuba kan.Banyak ni nak kena cuba…

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *