Naura Auni Turns 5 – 20 July 2020

Naura Auni Turns 5 – 20 July 2020 | Tepat jam 3.34 petang, umi selamat melahirkan satu-satunya puteri dari rahim umi ke dunia pada 20 Julai 2020.

Bersalin secara ceaserean adalah pengalaman pertama dan terakhir dalam hidup umi.Dikurniakan juga anak yang umi jaga dari kecil sehinggalah besar sekarang Nur Awfiyah penyeri keluarga kami.

Bila bercerita tentang anak ni, mulalah rasa sedih.Throwback kisah bagaimana sebelum dan selepas ada anak memang akan buat umi sedih sangat-sangat.

Tapi, semua tu perancangan Allah untuk kita.Merasa jugak umi sebagai seorang ibu,Syukur sangat-sangat kerana Allah dah makbulkan doa-doa umi 5 tahun lepas.

And now, dah 5 tahun pun dia.Sekejap je kan masa berlalu.

Selamat hari jadi ratu umi Nur Naura Auni Bt Ahmad Syahrizan.Walaupun dia tak percaya yang hari ni adalah birthday dia.

Insyallah suprise birthday umi dah susun hari ni.Saja nak buat kejutan pada dia.Kakak dah lebih excited sebab dialah yang mastermind kengkonon nak bagi belon kat adik dia.

Kalau dulu, umi rajin buat entry pasal kakak Fiyah.Happy Monthsary dia pun umi rajin cerita kat blog.Korang boleh je search Awfiyah.Memang banyak entry pasal dia.Maklumlah kan, 1st time dulu ada anak.Mesti banyak nak cerita pasal anak je kan?

Umi doakan adik jadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan juga akhirat.Sentiasa merendah diri, baik hati, suka tolong orang, dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk semua orang.

 

1 Comment

  1. happy belated birthday auni. moga menjadi anak yang solehah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.