Nasi Lemak??? Tak Bosan ke??

Assalamualaikum
Dah lama tak membebel kan..aku memang suka membebel..kalau satu hari tak membebel,memang tak sah..Bak kata laki aku tu..eh…dah guna pulak perkataan laki…hehehe…malas nak taip panjang-panjang..gitulah kekdahnya..
Tajuk entry aku ni memang pasal Nasi lemak pun..Rakyat Malaysia memang suka dengan Nasi Lemak dan Roti Canai..Itu Fakta,Bukan Auta..betul ke tidak aku cakap nie..sapa setuju dengan aku,sila angkat tangan..tak setuju tu,cer korang kongsikan sedikit makanan utama Rakyat Malaysia untuk breakfast nie.
Dalam Blog nie,banyak kot aku cerita pasal nasi lemak..Pebret aku ke ni..Jangan Salah Faham,bukan pebret aku,tapi pebret penjual yang menjual nasi lemak..Kalau diorang tak jual,confirm aku tak beli kan..hehehe…
Aku pernah cerita Nasi Lemak ni di dalam entry aku di SINI,SINI,SINI ,SINI,SINI dan banyak lagi la..Fuh..berpeluh jugak kot kalau aku nak senaraikan semua sekali link kat sini…Lagipun,korang nak ke semak semua link aku tu..Cikgu je rajin semak..hehehe..
Nak tau kenapa aku suka nasi lemak,satunya,sebab jimat masa,sebab selalunya penjual dah siapkan dalam bungkusan dah nasi lemak nie.Sebab kedua..Kenyang sampai ke petang..So tengahari aku jarang ler keluar..Memang kat Company aku ni takde kantin.So,kena pepandai sendirilah nak cari makan kat luar.takat keluar 45 minit,nak cari kedai makan,nak cari parking,ambil masa…Kalau pepagi nie aku dah makan berat,so tak payah la aku keluar makan..Dasar pemalas kan..hehehe..Perempuan memang macam tu lah…Kalau sempat,aku akan bawak bekal,tak kisah la telur ngan kicap..pun sodap…Janji perut kenyang..Kekadang kalau terasa nak makan makanan yang special tu,aku dah rancang dlu dengan budak2 opis,so tak payah nak makan berat-berat pepagi kan.
DAN,aku paling tak suka Nasi lemak yang diletak dalam polistrin..Tak best..Tak rasa nasi lemak tu..Aku lebih suka nasi lemak yang di bungkus dengan daun pisang..Susah ke nak cari..Takat kat jb nie,senang sikit la..Tapi tak taulah kalau kat Bandar KL kan..
nasi lemak
Meh aku jamu korang dengan Nasi lemak + Nescafe…Of coursela kena ada kan…
Fuhh…mata dah mengantuk…kena bawak jenjalan dulu sesambil blogwalking..Jom…

Loading

20 thoughts on “Nasi Lemak??? Tak Bosan ke??

  1. Hehehe, Nampak sedap nasi lemak tu sis, menggoda betul tgk time lunch ni,ktepun jenis malas nak keluar waktu lunch, selalu bawak bekal je.. 🙂

  2. saya pon suka makan nasi lemak..sebab camtu la..jimat..kenyang..takyah nak pk nak keluar..kadang2 malas pon nak keluar sebab nak melawat korang2 lah..hihi

  3. Nasi lemak dgn org kita memang dah sinonim sgt kan.
    Tapi kakak jarang beli sebab kakak hari-hari bawa bekal bila tak puasa
    Memang malas nak turun/keluar masa rehat.
    Kadang kakak masak di bilik kakak. Kakak ada rice cooker tau kat bilik kakak ni.

  4. Selalu pagi2 kat opis bekfes nasi lemak n nescafe… samalah… kat sini masih ada nasi lemak bungkus ngan daun pisang tu… 🙂

  5. Nasi lemak, mudah cepat yang penting sedap..
    Tapi okla tengah hari tak makan boleh la kurus..hehee

    MJ pg nasi lemak, tgh hari nasi campur.. huwaaaaa 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *