Bersarapan di Nasi Kerabu Mekla Sg Isap

Bersarapan di Nasi Kerabu Mekla Sg Isap Kuantan Pahang.Kita terjah ke tempat makan viral di Pahang pulak kali ni.

Sebenarnya umi tak tau pun ada tempat makan nasi kerabu sedap di Pahang ni.Itu pun abang ipar bagitau kat sini tempat makan nasi kerabu yang viral.Dia macam tau-tau je kan adik ipar dia ni suka tempat-tempat macam ni.hahahhaha.

Dah agak lambat jugaklah kami bersarapan memandangkan lambat keluar dari rumah.Apa taknya, badan betul-betul lepak bila sampai ke Pahang.Plan asal nak keluar malam setibanya kami sampai petang tu.Tapi memandangkan umi memang betul-betul dah penat dan memerlukan rehat.Jadi malam tu kitorang tak jadi lah keluar.

Baca juga : Home Sweet Home Setelah 5 Hari Di Pantai Timur

Bagus jugaklah tak keluar kan? Sebab boleh la umi menikmati Ikan patin kakak ipar umi masak.Haduiii..Ikan patin yang kakak umi masak tu memang sedap uiii..walaupun masa sampai kami dah makan nasi, malam tu umi bantai makan ikan patin je.Dapat dua kerat ikan patin puas hati uii..

Setibanya kami di Nasi Kerabu Mekla, memang nampak penuh orang kat dalam restoran tu.Tapi orang yang beratur tu kurang.Cuma orang yang nak dapatkan meja tu jelah yang penuhnya.

Bersarapan di Nasi Kerabu Mekla Sg Isap

Masuk je kami terus cari meja.Itu yang penting.Itu pun ada customer yang masih melepak dengan phone tanpa memikirkan orang sekeliling.Dah dua,tiga kali kami lalu tak jugak bangun, last-last umi suruh je anak-anak duduk kat kerusi kosong meja diorang tu.

Berteleku jugaklah kami dalam 5-10 minit menunggu diorang bangun.Tak kiralah janji mereka faham yang kami sedang mencari tempat duduk.Tak gitu korang?

Dapat je duduk kan anak-anak, umi order jus mango untuk anak-anak.Oh ya, bila korang masuk korang akan nampak station jus mango, pelbagai sup, stall untuk nasi kerabu dan laksam, kuih muih dan juga kaunter air.

Bersarapan di Nasi Kerabu Mekla Sg Isap

Stall lain tu takdelah ramai sangat, cuma stall untuk nasi kerabu jelah yang masih orang beratur.Tapi takdelah ramai sangat.Jadi tak perlu bersesak sangat dengan orang.Alhamdulillah, cepat je kami dapat makanan.Tak sempatlah umi nak snap gambar satu-persatu memandangkan umi kena tengok anak-anak takut diorang berlari-lari.

Itu pun puas dah jegil bijik mata.Pun kadang tak makan saman bebudak ni.Sebab tu umi dapatkan apa yang diorang nak dulu, barulah umi dapat layan tekak umi.Anak-anak tak makan nasi kerabu sangat.

Umi dengan babah jelah layan nasi kerabu.Tapi malangnya tak dapat menu yang kami nak iaitu daging bakar sebab dah habis.

Bersarapan di Nasi Kerabu Mekla Sg Isap

Lupa pulak nak order solok lada.Tapi ni pun dah sedap.Cuma kurang pedas.Lupa nak minta dia letak sambal banyak sikit.

Anak-anak dua orang tu nak makan laksam.Nasib baik umi dah kenyang, kalau tak umi nak order laksam untuk diri umi sendiri sebab laksam  dia sedap.Rasa macam atuk umi pulak yang buat.Memang sedap.

Tapi umi dapatlah jugak merasa 2-3 sudu.Kalau tak umi tak taulah kan rasa dia macam nenek yang buat.hahahaha

Alhamdulillah, kenyang dan sedap.Jadi korang yang datang Kuantan kena cuba makan kat sini.Tapi macam biasalah kan, kalau korang antara orang yang penyabar dan boleh tunggu, korang bleh datang sini.Tapi yang pasti tak perlu tunggu lama untuk dapatkan meja dan makanan.Ikut nasib lah kan.

So, kalau korang nak terjah umi ada sertakan maps dan jugak page diorang untuk info korang.

 

Facebook : Nasi Kerabu Mekla

Lepas pada makan-makan kat situ, kitorang ke Menara Kuantan pulak.Hah..Nanti umi cerita ek di lain entry.Saja taknak buat satu entry.Kang panjang berjela pulak kang korang nak baca.Itulah dia cerita tentang bersarapan di nasi kerabu mekla Sg Isap.

Tak dan jugak kami nak bawak anak-anak tengok dinasour seperti yang dijanjikan

 

 

Loading

12 Comments

  1. Laksam tu mmg sedap lau kena dgn kuah dia …

  2. Lamanya la tak pergi kuantan. Tp Kuantan mmg dh sempadan terengganu so makanan pun dh lebih kearah sana compare to Pahang Barat

  3. ala.. mana lengkap kalau takde solok lada.. area pematang badak rupanya..nanti balik kuantan boleh ajak suami gi la.. dia peminat nasi kerabu jugak..

  4. Lamanya tak jejak Kuantan. Lebih dua tahun ada, dulu-dulu ke sana tak tahu pula ada kedai nasi kerabu Mekla ni. InsyaAllah boleh masukkan dalam list jalan-jalan Kuantan nanti.

  5. Lama betul tak makan nasi kerabu, kdg bila makan tu tak kenalah pulak dgn selera

  6. terliur tengok gambar nasi kerabu tu. tapi jauh pulak pahang.. bila-bila pi pahang nak singgah la.

  7. nasib baik kita dok pantai timur dh, takde la rasa terliur hehe.. nnti dtg sini roger2 eda

  8. Alaaa nasi kerabu tu sedap la nengok.
    Nak buat rasa malas padahal bahan2 senang ja beli Kat pasar.
    Kat tempat kak pip, susah nak dpt yang sedap dan menyelerakan.

  9. wahhh kalau pergi ke Pahang nanti bolehla cari. Nasi kerabu sedapppp. Dulu x reti makan, mungkin sebab x biasa, bila suami bawa balik 2,3x, tersuka tanpa sengaja. sekarang kerap cari nasi kerabu ?

  10. Dah la tengah lapar.. tengok plak nasi kerabu.. terus tergedik-gedik perut… ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *