resepi Nasi Beryani Daging Timbus guna Ewant Pressure Cooker

Nasi Beryani Daging Timbus guna Ewant Pressure Cooker | Lama betul tak beraksi si Pressure cooker ni.Last guna masa umi try masak sup tulang awal tahun ni.

Dan baru hari ni Pressure Cooker Ewant ni umi gunakan.Actually gadget dapur umi ni pemberian dari Babah masa birthday umi 2 tahun lepas la kot tak silap umi.Dan menu pertama yang umi masak menggunakan Pressure cooker ni adalah pulut kuning guna pressure cooker je. Serius senang weh nak masak pulut kuning guna pressure cooker ni.

Sebenarnya kan, banyak je resepi guna pressure cooker ni.Kat dalam facebook pun ada group-group jenama pressure cooker yang korang guna.

1st time umi nak masak nasi beryani ni, risau jugaklah kan sebab seumur hidup memang tak pernah lagi buat  nasi beryani ni.So, atas permintaan babah, umi gagahkan jugak 🙂

Jom ikut umi buat step by step masak nasi beryani guna pressure cooker Ewant ni.Rupanya mudah je nak buat.Babah kata next time boleh la buat lagi..

RESEPI NASI BERYANI STEP BY STEP GUNA PRESSURE  COOKER  EWANT

BAHAN-BAHAN

Nasi Beryani Daging Timbus guna Ewant Pressure Cooker

  • Daging ( umi hiris halus macam gambar kat bawah tu)
  • 3 pot beras Basmathi -Rendam seketika
  • Rempah beryani Mak Siti
  • Daun Ketumbar
  • Rempat Sekawan
  • Sebiji bawang besar -hiris halus
  • 3 biji bawang putih – hiris halus
  • Halia – dihiris
  • Sedikit Daun pudina
  • Serbuk perasa
  • 3 sudu Minyak Sapi
  • Sedikit Minyak masak
  • 1/2 tin cucu cair

 

CARA-CARANYA

On kan pressure cooker Ewant dan tekan button cake. Masukkan minyak dan minyak sapi.Bila dah rasa panas sikit, masukkan bahan tumis iaitu rempah sekawan, bawang besar, bawang putih dan halia.

Nasi Beryani Daging Timbus guna Ewant Pressure Cooker

Dan kemudian bolehlah masukkan rempah Mak siti atau rempah beryani yang korang suka ye.

Nasi Beryani Daging Timbus guna Ewant Pressure Cooker

** Untuk daging , umi rebus sehingga empuk dulu ye.Lepas tu perapkan dia dengan rempah nasi beryani seperti dibawah ni.Kenapa nak kena perap? of courselah supaya rasa tu sebati dalam daging..Baru ummppphh

Nasi Beryani Daging Timbus guna Ewant Pressure Cooker

Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan garam dan beras dan kacau rata

Nasi Beryani Daging Timbus guna Ewant Pressure Cooker

Letak kepingan daging di atas beras  dan barulahMasukkan susu cair dan air 2 cawan ( umi guna pot beras tadi) tu.

Masukkan Daun ketumbar dan daun pudina ke dalam pressure cooker.Kalau tadi kita pilih CAKE untuk tumis bahan kan,Siap semua tu, tekan butang CANCEL. Dan boleh tutup pressure cooker korang tu serta laraskan valve ye.

Last korang boleh tekan button rice dan tunggu sehingga dia masak.Lepas tu tinggal lah nak buat apa pun.Biar Maid tu buat kerja dia kat dapur. Jangan nak bagi muka sangat asyik duduk je kat dapur 🙂

Bila dah bunyi Bibb tu, maknanya dah siap lah kan.So, naikkan valve dan boleh tengok apa kejadian di dalam pressure cooker tu.

Taraaaa..Nampak elokkan kejadian Nasi beryani ni..Dah boleh korang hidangkan dengan ayam masak merah dan juga salad timun tu..Eh..umi tak tau nak panggil salad ke acar timun, sebab umi buat bukan macam acar pun..hahahah..

So, bagi babah rasa dan babah approved masakkan umi.Dia suruh buat lagi daaaaa…Nak tukar menu untuk hari raya haji katanya…aduduh…takde chance ler umi nak balik kampung tu nanti…  🙂

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

4 thoughts on “Nasi Beryani Daging Timbus guna Ewant Pressure Cooker”
  1. Dalam tu masak guna 2 bekas ek Eda? BUkan tumis masuk terus dalam periuk pressure tu? Ke mata aku nampak macam 2 bekas tu ek…
    INgat nak buat gak, lama tak masak nasi beriani …asyik le nasi tomato aje manjang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *