Nasi Beriani di The Makan King Seri Alam

Nasi Beriani di The Makan King Seri Alam

Nasi Beriani di The Makan King Seri Alam | Jalan-jalan cari makan di hujung minggu dan tiada adegan dapur berasap pada hari tu.Hah gitulah ceritanya.

Babah la yang nak makan sangat makan Nasi beriani hari tu.Umi pun tak sure kat mana nasi beriani sedap kat Pasir Gudang ni.Ikutkan dia nak pergi ke Restoran Abah Beriani House di BBU tapi memandangkan masa tu pun dah pukul 12 lebih dan perut pun dah berkeroncong, jadinya kami nak cari kedai yang berdekatan je.

Umi pun apa lagi jalankan kerja menggoogle tempat makan sedap di Pasir gudang khususnya nasi beriani.Terus dibawa ke facebook page The Makan King di Seri Alam.

Dah dekat je tu, jadi dengan redhonya kami pun pergi.Tak taulah samada sedap atau tidak, jadi kita cubalah kan.Kalau tak cuba kita tak tau tempat tu sedap ke tidak.

Nasi Beriani di The Makan King Seri Alam

Masa kami sampai tu memang takde orang.Ada satu group je yang ada masa tu.Bila sampai tu lama jugaklah nak menunggu pelayan datang nak ambik order.Babah dah rasa nak cancel je nak cari tempat lain.

Tiba-tiba datanglah seorang makcik bawa menu makanan.Nampak macam meriah tapi untuk tengahari ada nasi beriani sahaja.Menu lain memang takde.

Baca juga : Makan di Seafood Seri Bahagia

Takpelah sebab memang nak makan nasi beriani je pun.Yang lain takde pun takpe.

Nasi Beriani di The Makan King Seri Alam

Keadaan di dalam Restoran The Makan King.Siap ada mini pelamin tau kat situ.Nasib baik anak-anak behave.Takdelah adegan bermain kat pelamin tu.Kalau tak naya ler umi.

Lama jugaklah nak tunggu nasi beriani tu sampai.Umi taknak kondem pape lah mungkin dia baru sahaja bukak or kurang pekerja.

Kami order dua nasi beriani daging dan 2 nasi beriani ayam.

Nasi Beriani di The Makan King Seri Alam

Nasi beriani daging untuk umi dan babah dan nasi beriani ayam untuk Naura, nenek dan kakak Fiyah.

Babah kata sedap nasi beriani kat sini.Siap nak repeat lagi.Tapi pada tekak umi biasa jelah.Lain orang lain rasanya kan.Jadi kita raikan pendapat orang jugak. Tapi not bad la nasi dia tu.

Korang boleh tengok kat page The Makan King kat bawah ni.Boleh tengok review pelanggan The Makan King.

Umi sertakan alamat dan juga Page mereka di bawah ni.Alhamdulillah kenyang.

THE MAKAN KING 

43 Jalan Suria 7, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor, Malaysia
81750 Kampong Sungai Rinting, Johor, Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *