Nak tahu Jalan Rupanya

Assalamualaikum
Selamat pagi isnin semua..Sebelum memulakan kerja,jom sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk kedua ibu bapa kita..Moga kita mendapat berkat dari segala apa jua yang kita terima hari ni,Insyallah
Al-fatihah
Amin..
Nak cerita pasal semalam nie,semalam pi ronda-ronda rumah baru dengan MIL,bila dalam ondway balik,disatu simpang yg ada traffic light.tetiba ada kereta yang dipandu oleh Chinese,dok bgi isyarat sruh aku bukak cermin kereta.Kereta tu bersebalahan dengan MIL.Mula-mula niat hati nak bukak jugak cemin tingkap tu.Tetapi bila fikirkan perkara yang terjadi seperti kes samun di Highway dan traffic light,aku just diamkan diri and pandang depan je..MIL aku dah risau jugak masa tu.Takut la jadi apa-apa walau pun ada mat-mat motor kat situ..Jantung memang dah dup dap dup dap la kekdahnya..
Aku jeling lagi kat mamat Chinese tu,dia masih lagi buat bahasa isyarat suruh aku turunkan cermin kereta..Aku buat tak tahu dan pesan kat MIL supaya pandang depan..Sempat jugak aku tekan lock pintu kereta aku ni.
Mamat chinese tu bosan gaknya,terus dia kedepan sikit,then aku nampak dia bercakap-cakap dengan sorang mamat motor.Aku tengok mamat motor tu,buat isyarat tangan merujuk kepada jalan..Haha…dah aku tergelak sesambey bercakap dengan MIL.Agak-agaknya dia nak tau jalan tak…Very sorry la ye kat mamat chinese tu,kami nie perempuan,so,menjaga keselamatan tu penting.Kami nie takut la kalau-kalau uols buat benda yang menakutkan kami
Tapi,aku rasa apa yang aku buat tu betul,kena fikir jugak kemungkinan yang akan berlaku,kan…Kotnya dia buat tak tentu,naya lah kami nie dalam kereta.
pendapat Korang pulak macam mana?kalau korang dalam situasi aku??

Loading

16 Comments

  1. kesian kita kan.. kita nk buat baik pun dh kene berhati2 skang ni,, sbb zaman org suke amek kesempatan

  2. nak selamat kena ada perasaan takut..hihi..tindakan yang wajar kak….yang penting kalau tak kenal..jangan di layan..hihi

  3. kalau sy pun berhati hati, takut, macam macam kes sekrg ni, tak kira siang atau malam

  4. apa yang akak buat tu normal kak. zaman sekarang ni, mmg kena extra careful

  5. haah kan kak. takut gak camtu.

  6. Sekarang ni sukar nak percaya sebab dah ada banyak kes… Nak sangka baik pun tak boleh. Rasanya tindakan KSD betul demi keselamatan…

  7. tak perlu kot buka cermin, tindakan yg patut la tu, kena berhati-hati 🙂

  8. Assalamualaikum kak eda, hehe kalau sheila pun risau nak layan. ada pula buat isyarat gitu kan. hehe singgah menabung Herbal-Essences~~~

  9. Oklah tu.. nasib dia nak tanya, klu penyamun.. niaya je. Lepas ni di fikirlah klu nak bertanya pun dgn keadaan jenayah jalanan yg berlaku skrng ni…

  10. Kalau kita pun sure tak turunkan cermin..takut..sekarang tak boleh percayakan..macam-macam dia orang ni…

  11. kerana banyak kes samun lah kita kena extra careful..kesian pulak pada orang2 y betul2 niat nak minta pertolongan..terpaksa di sangka penyamun pula

  12. kena i-hati tapi pada yang sama tengok jgk apa yang di tunjuk tu,. mana tahu tayar kita pancit dan sebagainya

  13. sekarang ni mana2 pun dah tak selamat kak. Sedangkan dengan warga kita sendiri pun kita sangsi.

  14. yang penting langkah berjaga² kak..sekarang ni bahaya di mana² tak kira masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *