Nak Ke Hospital Pun Rasa Takut

Nak Ke Hospital Pun Rasa Takut | Umi kalau tak ia-ia memang taknak jejak hospital.Lagi di musim Pendemik ni.

Bukan apa, sejak dah pernah menjadi pesakit Covid ni semuanya rasa seriau.Nak pergi kemana-mana pun rasa tak selamat.Lagilah kes kemain mencanak naik ni.Lagi umi takut kan?

Banyak keperluan kat dapur tu umi beli secara online.Kalau dulu bila cari barang basah, memang suka ke Kipmart.Tapi bila setiap kali ke Kipmart nampak orang beratur panjang, terus tak jadi nak membeli.Umi sanggup beli di kedai berhampiran atau mintak runner tolong belikan.

Jadi disebabkan ada urusan di Hospital terpaksa jugaklah umi redah.Rasa dah pegi awal pagi pun orang tetap ramai.Tapi SOP tetap dipatuhi.

Umi ke hospital tu pun sebab temujanji Nur awfiyah.Tangan kiri dia bersimen hari ni.Sebelum tu,umi cerita dulu apa terjadi dengan Nur Awfiyah ni.

Memang lama si kakak ni tak keluar ke rumah kawan dia.Memang umi dah pesan jangan ke rumah kawan.Tapi petang tu, dia kata nak naik basikal and ronda- ronda dengan kawan.

Umi pun izinkanlah sebab kesian diorang tak keluar kemana-mana.Tulah, malang tak berbau kan? Tiba-tiba dia balik rumah menamgis bagai nak rak.Rupanya dia jatuh basikal.

Kisahnya kawan dia bawa basikal nak terjatuh and terlanggar belakang basikal kakak,kakak pun sekali jatuh.Tapi mungkinlah jatuh tu kuat kan.

Kakak ni susah nak sakit atau demam, tapi kalau dia dah sakit, memang meraung tak ingat dunia.Umi pun gabra jugak masa dia balik menangis-nangis.Bila dia tak kasi pegang dan umi nampak ada kesan lebam kat atas siku dia tu, terus ajak babah gi klinik.Malangnya klinik yang selalu umi pergi tu takde xray.

Jadi doktor pun buat surat ke hospital.Kat hospital dah 3 kali xray dah.Kali kedua xray doc pakar tulang kata kena operation untuk masukkan apa ntah umi tak ingat.Debo umi ni jangan cakaplah.Last sekali doc mintak buat xray sekali lagi dan result doc dia kata ada sedikit retak pada tulangnya

 

ini sebelum simen sepenuhnya.Hari nilah baru simen tangan kakak tu.Kita tunggu lagi 2 minggh untuk jumpa doktor.Harap cepatlah kakak sembuh.Kesian kat dia

Ni selepas simen.Tapi masa xray tadi kata tak lama pakai simen ni.Harapnya begitulah

Betul kan? nak ke hospital pun takut.Sebab kita tak nampak si pembawa virus ni

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *