Nak Bahagiakan Isteri? Ikuti 15 Pesanan Penting ini

Nak Bahagiakan Isteri? Ikuti 15 Pesanan Penting ini

Nak bahagiakan isteri? Ikuti 15 pesanan penting ini | Perkahwinan yang bahagia terletak pada sikap toleransi antara isteri dan suami.Bila pasangan tidak ambil kisah tentang pasangan masing-masing maka timbullah persengketaan.Rumahtangga semakin goyah dek kerana sikap sambil lewa dan mengakibatkan rumahtangga menjadi hancur.

Umi bukanlah arif tentang ini, tetapi perkongsian ini umi kongsikan kepada para lelaki yang tak tau nak hargai perasaan seorang isteri.Dari pengalaman yang umi pernah dengar dan lihat di depan mata umi, bila suami bekerja, meletakkan semua tanggungjawab keluarga sepenuhnya kepada isteri.Ya, memang tugas suami untuk mencari nafkah, tetapi berilah sedikit masa untuk isteri untuk melepaskan lelah seharian menjaga anak.Tak salah untuk sama-sama menggalas tanggungjawab bersama.

Anak adalah amanah dari Allah swt yang perlu kita jaga.Bukan untuk dibiar begitu je kan? Begitu juga isteri.Mereka juga amanah dari Allah untuk sang suami pegang dengan penuh hemat.

Tak susah pun nak bahagiakan isteri.Mereka tak mintak gelang pandora, tak mintak gelang biskut kering, atau apa aja kemewahan yang tak dapat nak ditunaikan oleh suami.Cukup bertimbang rasa, adil dan saksama dan berikan kasih sayang kepada mereka.Insyallah makan pakai si suami dan apa jua keperluan yang suami nak akan ditunaikan.

Dari pembacaan umi di mingguanwanita, dikongsikan 15 pesanan penting yang suami kena faham bagaimana nak bahagiakan hati isteri.Ikuti pesanan penting nak bahagiakan isteri ni.

 

Nak Bahagiakan Isteri? Ikuti 15 Pesanan Penting ini

1# HARGAI ISTERI

Sebagai seorang suami selalulah hargai usaha dan penat lelah isteri terutamanya isteri yang berkerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2#PRIHATIN

Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.Sambil tu otak suami kenalah proses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3# JANGAN MEMBANDINGKAN

Jangan sesekali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.Jangan demand sex sekiranya  isteri tak ada mood atau letih.Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4# JANGAN LEPAS TANGAN

Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak.Benih dari awak juga.Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.Jangan sesekali duduk bersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan

5# INGAT ISTERI

Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.Jangan bedal sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance.Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju berlonggok belum sempat dilipat, permainan masih berselerak dan isteri cuma masak maggi saja.

#6 HORMATI ISTERI

Jangan sesekali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi.Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

Jangan kentut depan isteri.Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Hormatilah ibubapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu.Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

 

Baca juga : 7 sebab hilangnya rezeki suami isteri dan keluarga

#7 JANGAN BERKIRA

Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki.Selagi boleh, jangan bebankan iseri dengan masalah kewangan anda.Selalunya perempuan ni, semakin suami degil tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8# MUDAHKAN KERJA

Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah ke dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya.Dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah break flush.Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

#9 BERI BANTUAN

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak.Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

#10 JANGAN CURANG

Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain.Main lain lagi tak boleh.Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11# TEGUR SECARA BAIK

Kalau tak menyukai sikap perbuatan isteri, tegurlah secara baik.Jangan asyik nak menengking aja.Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

#12 AMBIL BERAT KESIHATAN & PENDAPAT

Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.Berbicanglah dengan siteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira.Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai.Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.Bukannya laku bila dah mati nanti.

#13 BIMBING ILMU AGAMA

Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalay seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.Kalau suami masuk neraka, belum tentu isteri juga masuk neraka.Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan, tapi dr zubaidi dengar dari seorang ustaz.

14# ELAKKAN PERKARA ISTERI TAK SUKA

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka.Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

#15 AMBIL BERAT PERASAAN ISTERI

Jangan buat dono je kalau isteri merajuk atau berkecil hati.Kalau perlu minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuklah.Hati orang perempuan ni sensitif, Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris,Perkara yang paling dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, jangalah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Begitulah pesanan yang dititipkan untuk para suami.Apa yang penting sikap toleransi pasangan sangat-sangat diperlukan bagi memastikan rumahtangga bahagia.Dalam hidup berumahtangga ni, kalau takde sefahaman memang susah untuk pergi jauh.Setiap masa nak bergaduh.

 

Terima kasih kerana membaca entry : Nak Bahagiakan Isteri? Ikuti 15 Pesanan Penting ini

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *