Nacho Cheese Sedap Macam KFC Punya

Nacho Cheese Sedap Macam KFC Punya.Puas mencari cheese yang sama macam kepci tu punya, barulah umi berjumpa dengan cheese tu.

Kalau orang lain dah lama jumpa kan.hahah, umi baru ni jelah mencari.Itu pun si sebab si adik taknak kalau cicah dengan sos biasa.Jadi masa dok scroll shopee tu, ternampak la sos ni.Ada komen pun kata cheese ni sedap macam kepci punya.

Jadi umi try ler beli satu dengan harapan memang sama dengan cheese yang kita selalu makan cheesy wedges tu.Tak sampai 3 hari pun sos tu sampai rumah.Betul lah, nacho cheese sedap macam kfc punya.Rugi tak tau awal.

Sampai je terus budak-budak ni request nak makan kentang goreng.Jadi umi pun semangat la bila anak-anak nak makan.Settle goreng kentang, terus masukkan cheese dalam mangkuk.Itu pun dok berleter bebudak ni sebab umi lambat masukkan cheese sos tu dalam bekas.Dia ingat mak dia sotong gaknya.Banyak tangan boleh buat semua dalam satu masa.

Kemain menjilat si kakak dengan cheese tu.Tak sabar katanya nak makan dengan kentang goreng.

Nampaknya kena beli lagi cheese ni buat stock kat rumah.Umi senang sikit nak sediakan bekal bebudak ni.Kadang kakak taknak nasi, jadi umi sediakanlah nugget atau hotdog.Letak cheese ni pun dah cukup dah.Jenis kakak ni dia bukan pemakan macam adik.Tu yang umi risau kalau kat sekolah nak orderkan dia makanan.Takut tak dimakannya makanan tu,

 Nacho Cheese Sedap Macam KFC Punya

Nilah rupa cheese yang umi beli dekat Shopee.Kot ler korang pun nak cari sebijik macam cheese ni boleh ler search nama cheese ni kat shopee.

 Nacho Cheese Sedap Macam KFC Punya

Menu western untuk bebudak ni pi bawak sekolah.Tu pun tak dihabiskan oleh kakak.Tapi cuba kalau masak ayam masak merah atau asam pedas, kemain laju dia.Paling pebret dia asam pedas ikan pari.Memang laju dia makan.Kadang tu bertambah.Tapi takkan ler umi nak masak hari-hari asam pedas kan? jemu oii tekak ni.Kalau pedas takpe jugak.Kalau pedas kang jamah sikit je bebudak ni.

Eh..Korang kalau teringin nak ber Yee Sang jangan lupa baca entry NI.Memang berbaloi dengan harga tau.Tak caya cuba korang try..hahaha.jadi kalau dah jumpa Nacho cheese sedao macam kfc punya tu, haruslah repeat kan.

 

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.