My Sejahtera : Download dan claim RM50 E-wallet

My Sejahtera : Download dan claim RM50 E-wallet

My Sejahtera : Download dan claim RM50 E-wallet| Baru-baru ni Kerajaan telah mengumumkan untuk pemberian kredit Rm50 kepada korang yang telah memuat turun aplikasi MySejahtera

APA ITU MYSEJAHTERA

Mysejahtera adalah aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan oleh Kerajaan bertujuan untuk membantu pengawasan penularan Covid-19 di Negara kita

Menteri Kanak(Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi berkenaan.

Premis perniagaan juga digalakkan mendaftar aplikasi ini bagi memudahkan KKM mendapatkan maklumat awal sekiranya berlaku penularan Covid-19 ini di kawasan kita.

CARA DOWNLOAD APLIKASI MYSEJAHTERA UNTUK ANDROID DAN IOS

Klik Sini untuk Huawei User: Huawei

Klik sini untuk Iphone User : IOS

Klik sini untuk Google Apss : Google Play

 

  • Langkah 1

Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada galeri aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia(GAMMA), IOS, Google Playstore atau Huawei AppGallery.

  • Langkah 2

Tekan butang “Daftar Sini” untuk mendaftar bagi pengguna baru.

  • Langkah 3

Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan email untuk mendafata”( Jika ingin mendafatar melalui e-mel)

  • Langkah 4

Anda akan menerima OPT melalui SMS daripada 63839(jika mendaftar menggunakan no telefon)atau pautan pengesahana pendaftaran melalui e-mail(jika mendaftar menggunakan email)

  • Langkah 5

Masukkan OTP yang diterima dan tekan HANTAR( jika mendaftar menggunakan no telefon) atau klik pada pautan dalam email (jika mendaftar menggunakan email)

  • Langkah 6

Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”

  • Langkah 7

Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”.Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman log masuk.

  • Langkah 8

Masukkan ID pengguna(Nombor telefon atau email) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”

My Sejahtera : Download dan claim RM50 E-wallet

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI MYSEJAHTERA

  • Pengimbas kod QR : kenalpasti status kesihatan diri
  • Pengesan Hotspot : Jejak kawasan Hotspot Covid-19
  • Lokasi Fasiliti Saringan : Jejak lokasi fasiliti saringan yang terdekat
  • Virtual Health Advisory : Dapatkan nasihat kesihatan secara online

Maklumat tambahan yang terdapat di dalam aplikasi ini adalah :-

  • Merokok dan Covid-19
  • Nombor Hotline Covid-19
  • SOP pembukaan ekonomi
  • Situasi semasa Covid-19

 

MYSEJAHTERA CHECK IN

Mysejahtera Check ini merupakan satu fungsi yang dibangunkan bagi memudahkan premis perniagaan mengikut SOP pembukaan semula ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia

Sekiranya mana-mana pemilik perniagaan ingin mendaftar Mysejahtera Check- In bolehlah mendaftar di sini

 

Korang dah guna aplikasi ni ke belum? Semoga bermafaat untuk semua ye.

 

Loading

4 Comments

  1. tengok entri ni baru ena ingat tak install lagi.hahaha. tq kak eda ingatkan.

  2. Dari mula di lancarkan dah guna, memang bagus snagat, semua info kesihatan kita ada dalam tu, semalam pi makan pun, check in guna apps aje…terus masuk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *