
Kekadang tu aku memang tak sempat nak buat power pumping.Ada pun dapat la buat setengah jam..Itu pun dah tak tenang sebab Naura dah merengek.Dia bukan nak susu pun,tapi dia nak aku ada kat sebelah dia..Biasalah kan baby,nak bau badan mak dia jugak.
Bila masa sesuai untuk buat Power Pumping ni
Power pumping ni boleh dilakukan bila-bila masa sahaja,terutamanya bila kita rasa susu badan semakin merundum.Namun,waktu yang paling sesuai adalah di waktu pertengahan malam kerana waktu itu hormon prolaktin adalah tinggi.Ianya perlu dilakukan sekerap mungkin.Ambil masa 1 jam di malam hari untuk buat power pumping ni jika tak mahu susu merundum..hehehe…Nilah masalah aku..kekadang dah kepenatan,memang tak sempat nak buat.Tapi aku selalu pastikan sentiasa beri susu pada Naura.
Kalau kita konsisten buat ni,insya allah..susu akan cukup untuk anak kita.Janganlah pulak kita membandingkan susu badan kita dengan orang lain,sebab setiap orang berbeza.Bersangka baik sahajalah jika susu badan yang keluar tak sama dengan orang lain.,Selain tu,kenalah berdoa moga Allah swt permudahkan urusan kita dalam breastfeed baby ni..amin..
hasil pembacaan disini
#momlifeisawesome 😉
Moment yg paling best sebagai ibu adalah menyusukan anak sehingga 2 tahun… mmg seronok sgt rasanya…! Anak sulung saya haritu menyusu 1 thn 8 bln.. lps tu dia sendiri refuse tak nak susu badan… yg no 2 Alhamdulillah cukup 2 thn walaupun pelbagai ujian melanda… huhuhu chaiyok SR!
Assalamualaikum, singgah sabtu..")
Alhamdulillah, untung dapat susukan baby sendiri..")
InsyaAllah boleh..buat power pumping tu memang production meningkat..saya dulu pun nekad utk anak kedua..punye takut tak cukup susu, saya power pumping hari-hari sebelum subuh..semoga dipermudahkan penyusuan ida..
Harap2 lps sy kawen n ada baby sy pun dpt semangat n rezeki utk bf ank sy smpai umur 2thn 🙂
Semoga dipermudahkn…perjalanan penyusuan saya dh tamat bt masa ni..for nex baby insyaAllah boleh praktik ilmu ni
Moga dipermudahkan… Kuatkan semangat dan jangan putus asa..
Thanks kak ida share pasal ni,. I will try my best..yeahhh
mencabarnya tugas seorg wanita bergelar ibu….happy brastfeeding ,omma 🙂
Power pumping mmg satu kaedah yg terbaik selain emosi mak kena selalu positif. Dan ilmu penyusuan kena byk. Semoga dipermudahkan usaha penyusuan..
Good luck.
In shaa Allah…
Ada rezeki anak2 🙂
susu ibu susu terbaik untuk anak² yang sedang membesar