Oklah..nanti aku update entry pasal Kluang tu ye..Lupakan seketika pasal percutian ni.Sekarang ni zaman IT kan..Semuanya di hujung jari.Selalunya kita beli barang-barang seperti alat makeup,baju,handbag semua di atas talian kan..
Dan sekarang ni,Kalau korang perhatikan banyak juga Shopping mall yang dah menggunakan perkhidmatan delivery.Salah satunya Tesco..Tesco adalah gedung pembelian barang harian termasuk barang kering dan basah,serta keperluan-keperluan lain.Sebenarnya Eshop Tesco ni baru jugak diperkenalkan,cuma aku baru ni menggunakan perkhidmatan mereka.Syok jugak kan..Jimat masa dan jimat duit..Kenapa aku cakap jimat duit? Bila berbelanja di sana,confirm akan lebih dari sepatutnya pembelian yang dicatit..Itu aku,tapi tak taulah kalau korang.Lagi satu jimat masa..Maksudnya kalau korang memang takde masa nak pergi beli barang dapur,Tesco boleh bantu tau.
Caranya sangat-sangat mudah..Kroang hanya perlu ke Website Eshop Tesco..Daftar,Pilih barang keperluan yang korang nak,buat pembayaran,pilih slot untuk penghantaran..Dan tunggu barang sampai depan rumah korang..Mudahkan..
And yes,ini kali pertama aku menggunakan khidmat delivery dari Tesco..Dan aku terjatuh cinta dengan driver tesco..hahaha..Ok…gurau je..
Bagaimana nak Berbelanja dengan Eshop Tesco?
Masuk website Eshop Tesco di sini ESHOPTESCO
Untuk korang yang baru pertama kali nak menggunakan perkhidmatan EshopTesco ni boleh register di sini ye.. REGISTER
Bila korang dah register dan isikan semua maklumat ,dah boleh terus shopping
Contoh kalau korang nak beli keperluan seperti minyak macam dalam gambar ni..Korang cari je dalam groceries tu minyak.Bila dah jumpa korang just klik dekat add to Trolley..Kalau nak tambah lebih dari satu unit,korang klik je kat simbol tambah tu..
Nampak tak bakul masuk tu..Itu berapa jumlah yang korang kena bayar pada keseluruhan barangan yang korang pilih..Ni aku bagi contoh jelah kan.
Lepas tu korang boleh booking slot..Maksud booking slot tu,booking waktu penghantaran untuk hantar ke rumah korang..Kena budgetlah kan..korang ada rumah masa bila
Korang klik je kat Book a slot tu…Keluar lah tarikh dan masa macam ni
Hah..kat atas ni tarikh dan masa penghantaran..Yang unavailable tu korang tak boleh pilih dah..Yang ada tulis RM tu je yang korang boleh pilih.Ada timing yang services penghantarannya murah tau..Kan..nampak tak kat situ tak rugi mana pun kalau nak dibandingkan korang pergi terus ke Tesco…
Masa aku menggunakan perkhidmatana Eshop Tesco ni aku pilih penghantaran pada pukul 10-12…So charge penghantaran tu RM5.00 Ok sangat-sangat.
Dia akan tolak sekali dengan pembelian korang tadi..Macam gambar kat bawah ni
Lepas korang dah pilih semua barang,dan dah pilih masa dan tarikh penghantaran..Terus je klik Continue Checkout tu ye.
Nampak tak..sampai dah depan rumah..Abaikan jelah gambaran yang lain tu..nak amik depan-depan..malu ngan abang driver…aduyaiii.So snap dari jauh je lah..
Bagus tesco buat macam ni. Tapi macam kinah kalo tesco dekat dengan rumah boleh pergi jalan kaki je huhu
Eh baguslah ada macam ni, senang nak shopping hehe..
mmg senang sangat kan..ngat nak try juga nanti..hehe
batu pahat takde tesco. hampeh betul. agak2 kalau order, dia delivery smpai batu pahat tak? hahha
Uyul Rosli
plastik tu dia charge x. hehhe
disebabkan takde masa ,tu yang order online je kinah..
untuk seorang suri rumah,sangat-sangat recommended
plastik tu rasanya tak charge kot..sebab bukan hari sabtu…
tu kena check dekat website dia yul..
cuba tau..rasai sendiri pengalaman berbelanja barang dapur secara online
bagus juga kan tesco buat online order. call, order, byr, pastu brg sampai kat rumah. nasib baik kat sabah takda tesco. duk kedah dulu mmg selalu juga p tesco
Bagusnya! dah tak payah nak keluar lagi kan. guna ni pun dah memadai. tapi dekat selected tempat jelah yang ada.
sekarang semua online dah kak, hehe
Ini betul2 jimat ni…nak cuba tapi tesco dgn rumah dekat sgt..hahaha
wah tesco shopping online, best niee… ok nanti PM sebab nak ajo cara letak map tu ek
Bestnya…julia suka shopping direct ke tesco nak jamu mata sebenarnya…kalau mcm ni sesuai nak buat surprise utk rumah parents julia nanti…tetiba lori tesco datang hahhaa good idea
Ehhh siap boleh online shopping lagik ye barang dapur.. Bestnye kalau ada jugak di kuantan ni.. RAsanya kat kuantan tak de tesco.. hurmm..
Wah…menarik info ni. Boleh cuba jugak. Jimat masa…jimat tenaga