Mudah ajar anak solat guna Panel Esejadah

Mudah ajar anak solat guna Panel Esejadah

Mudah ajar anak solat guna Panel Esejadah | Dah lama nampak orang guna, baru sekarang umi nak guna jugak.Memang mudah dan yang penting dak naura dan Awfiyah suka.

Sebelum ni memang bebudak ni kalau solat dengan umi dan babah, ada je yang diorang buat kat belakang.Takkan nak marah time tengah solat kan?

Masa solat  tu ada je peel yang buat umi kadang-kadang tak khusyuk nak solat.Dengar orang ketawa la, dengar dok libas telekung, haishh..macam-macamlah.

Hari tu balik rumah nenek, nampak pakcik dia belikan Esejadah ni untuk anak dia.Solat ramai-ramai dengan sepupu sepapat guna e sejadah panel tu hah.Balik dari kampung, terus umi search kat shopee harga untuk Esejadah tu.

Kalau dulu agak mahallah.Sebab sebelum ni pun umi dah survey gak.Tu yang tergendala je nak beli tu.

Tapi hari tu ternampak jugak kat shopee.Harga pun boleh tahan.Umi hanya beli panelnya sahaja,Memandagkan umi baru je beli sejadah dari Mommyhappy, jadi sayang pulak kan nak beli sejadah lain.Kang beli 1 je sejadah, berebut pulak budak berdua tu.

Baca juga : 10 rahsia nak anak jadi bijak

Apa kelebihan guna Esejadah ni? Dan berbaloi ke beli untuk anak-anak.Hah!! jom kita tengok samada benda ni berbaloi atau tidak.

KELEBIHAN ESEJADAH ELEKTRONIK HARUS DIMILIKI

  • Membantu untuk solat secara tertib
  • Boleh pilih solat yang ingin dilakukan
  • Bermula dengan niat dan takbir, bacaan al fatihah dan surah lazim
  • Bacaan setiap rukun dalam solat yang jelas
  • Akan mengesan jika berlakunya kesalahan pergerakan yang di lakukan dalam solat dan panel akan tunjukkan rukun yang sepatutnya.
  • Akan tunjukkan bilangan solat yang dilakukan pada panel.
  • Anak-anak tak boleh solat tergesa-gesa
  • wirid selepas solat

Dan terdapat juga fungsi lain

  •  ☑5 solat fardu
  • ☑solat sunat 2 dan 4 rakaat
  • ☑solat qiamulai
  •  ☑solat istikharah
  • ☑solat witir
  •  ☑doa dan wirik selepas solat
  • ☑kompas kiblat

Panel ini sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak kanak, dewasa, muallaf , OKU dan warga emas serta boleh digunakan ketika solat secara duduk atau baring. Panel ini memudahkan kita dimana kita hanya perlu mengikuti bacaan dan pergerakan berpandukan bacaan yang keluar dan symbol pergerakan yang bernyala di panel atau panpan kekunci mengikut tertib solat

Ciri-ciri istimewa panel ini

  • ✅ Kaedah pembelajaran yang up to date dan Teknologi Terkini
  • ✅Mengajar solat secara interaktif untuk setiap fardhu dan beberapa solat utama
  • ✅ Dilengkapi dengan 5 solat wajib iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak
  • ✅Tambahan 4 solat sunat iaitu Tahajjud, istikarah, Tarawikh dan Witir.
  • ✅mempunyai bacaan Doa dan Zikir selepas solat
  • ✅ Pengiraan bilangan rakaat akan dipamerkan di skirn LCD.
  • ✅Suara Bacaan Azan
  • ✅Kompas arah kiblat.

So, umi memang beli panelnya sahaja.Jadi kalau anak-anak buat salah, panel takkan detect ape-apelah.

Takpelah, umi monitor diorang dengan rotan di tangan.Salah je memang zass kat bontot..hahahha

Letak kat hujung tu, ikut jelah panel tu berbunyi.Umi tengok dari tepi je.

Alhamdulillah, diorang suka guna ni.Bila masuk je azan, siap dah bentang sejadah dengan panel tu.

Hasrat umi nak kumpul duit beli jam azan tu pulak.Memang kalau kat rumah ni kalau azan dari masjid tu tak dengar sangat.Jadi kalau ada jam azan tu, diorang boleh dengar, jadi takdelah banyak kali masuk waktu solat pukul berapa.

Mungkin korang akan kata kan bagus kalau solat berjemaah kan.Ye betul, solat berjemaah tu memang bagus kalau diorang dah faham apa yang nak dibacakan masa solat tu.

Baca juga : Doa dari ayat alquran yang bagus diamalkan untuk anak

Jadi awal-awal ni kita train diorang untuk hafal bacaan-bacaan dalam solat.Tu yang penting kan?

Lagi satu bila dengar dari panel ni umi rasa lebih puas hati.Risau jugak umi kalau tersalah ajar bacaan pada diorang.

Setakat ni, alhamdulillah kakak dengan adik dah hafal sikit-sikit bacaan dalam solat.Banyak lagi tu nak kena ajar.Duduk antara dua sujud pun kekadang kelaut.Tu yang umi tak kasi diorang pakai kain telekung.Senang umi nak check kaki diorang tu macam mana.Kotlah korang nak juga panel ni kan, boleh cari di Shopee.Mudah ajar anak solat guna Panel Esejadah

Harga di Shopee yang umi Screeshoot siap-siap untuk korang.Harga untuk sekali sejadah tu RM65.00 je.Umi dah bagitau umi hanya beli panelnya sahaja sebab telekung diorang dah ada.Tapi yang biasa jelah.

Semoga diorang istiqomah la hendaknya solat.Kalau hari biasa tu selalunya maghrib dengan isyak jelah.Kadang rajin, sekali dengan subuh.

Umi umpan diorang dengan perkataan PAHALA, laju jelah diorang solat.Takpun kalau nak mintak tolong pape, cakaplah pasal pahala, laju je masing-masing nak tolong..

Mengena gak umpan umi kan? 

 

 

Loading

1 Comment

  1. Yaaa sama adik Sis jua, dia pun belikan untuk anaknya. Alhamdulilah senang budak nak ikut dan faham kan Eda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *