Mr Ryori Restoran Makanan Jepun di Toppen Johor

Mr Ryori Restoran Makanan Jepun di Toppen Johor | Kalau korang peminat makanan Jepun, umi suggest untuk korang datang ke Restoran Mr Ryori di tingkat 3 Toppen Shopping Centre.

Umi boleh recommend kat korang sebab umi dah pun merasai diantara menu-menu yang ada di Mr Ryori ni masa kami buat makan-makan bersama geng JDT Blogger semasa hari raya hari tu.

Bukan setakat kat sini boleh korang datang menikmati menu-menu mereka, malah kalau korang nak buat private event untuk birthday atau secara berkumpulan, korang boleh je book awal-awal dengan menu-menu yang mereka akan sediakan macam yang kitorang buat hari tu.

Ni antara menu-menu gathering kitorang masa tu.Of course korang boleh pilih menu makanan seperti nasi goreng tu semua.Yelah kan, tekak melayu ni kalau takde nasi macam tak sah.Jadi boleh je request nasi goreng tu.Sedap pun sedap.

Dah makanan jepun of course ada sushi dan sebagainya.Nanti korang boleh tengok kat page dan tiktok umi ye.

Kali ni bawa anak beranak untuk makan kat sini.Semua kemain menambah makanan yang ada.

Dan selain dari tu jugak, kami ada juga mencuba beberapa menu makanan jepun yang disediakan disini antaranya korng boleh tengok kat bawah ni.

Ni antara menu yang kami order.

HAMBURG BEEF STEAK
TEMPURA DON
BEEF NIKU ISHIYAKI RICE

Yang ni serius korang kena order, memang sedap bila digaul dan makan panas-panas memang sedap.

SALMON MANGO CAPPARCIO

Ye, itulah antara menu-menu yang sempat umi ingat nama dia, yang lain tu macam yang umi dah bagitau kat korang, tengok page dan tiktok umi ye.

antara rakan JDT Blogger yang hadir (cdt pic : Sis Lin)

Menu-menu lain kalau korang nak tau, kenalah datang ke Mr Ryori di Toppen Shopping Mall, berdepan dengan pawagam.Sangat mudah ye untuk korang cari tempat ni.

Ini maklumat tentang Mr Ryori yang umi sertakan di bawah ye

Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam

Tempahan : +607-364 3897

Mr Ryori

L3-33 Level 3, Toppen Shopping Centre

 

So selamat makan-makan ye korang

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *