MOHON DOA KALIAN

Assalamualaikum
Tak sempat nak update entry hari ni.Terpaksa emergency leave hari ini, disebabkan adik operation hari ni.
Adik aku adalah pesakit buah pinggang.Masa awal kandungan memang teruklah bila penyakitnya datang kembali.Sehingga baby dah mencecah 33 minggu, adik aku terpaksa bersalin awal atas nasihat dari doktor.Ditambah pula dengan gula dalam darah terlalu tinggi dan darah tinggi yang naik terlalu mendadak.
Bayi seberat 2.3kg telah selamat dilahirkan pada jam 6 pagi tadi . Subhanallah. sungguh tersentuh hati aku melihatnya…
Sebaik adik aku dimasukkan ke wad biasa, bacaan darah tingginya naik lagi sehingga terpaksa dipindahkan ke ICU.Melihat keadaannya, kembali tersentuh hati ini.Doktor dah minta mak aku sign satu borang untuk operation buah pinggang..Kemungkinan dialisis akan dikenakan pada adik aku.
Bagaimana pula dengan sikecil tu..Perlukan kasih sayang disaat saat dia melihat dunia.Pelukan seorang ibu pun belum sempat dirasainya..Adik aku masih didalam pemantauan doktor.Kalau darah tingginya normal, operation bila bila masa akan berlaku.Moga ALLAH swt permudahkan urusan adik aku.insyallah..amin..

Loading

28 Comments

  1. Semoga dipermudahkan..

  2. Assalammualaikum..KSD,

    Insaallah doakan yang terbaik dan moga dipermudahkan segala urusan k.

    mselim3

  3. semoga adik akak cepat sembuh dan segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT…Farah doakan dari kejauhan…

  4. semoga adik cepat sembuh ye..hana ad kwn mak dia dialisis dah 8 thn…tp sorry xad entry bru je pdm entry 2 semalm ats permintaan dia….

  5. Ya Allah…semoga semuanya baik-baik aje ye kak..sally mampu DOA dr jauh je…akak tabah la ye

  6. sedihnya.. sabar ye kak.. ini semua dugaan Allah
    semoga semua dipermudahkan..

  7. doakan yang terbaik untuk adik sis..

  8. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Aminn

  9. Assalamualaikum..

    sedih mendengar berita tu.. sabar banyak2 k sis.. doakan utk adik sis supaya diberi kekuatan utk menghadapi dugaan ini..

    kami berdoa dari jauh moga adik sis cepat sembuh..

    setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya..

  10. semoga segala urusan dipermudahkan.. insyaAllah.. take care kak

  11. moga adik ida cepat sembuh dan dilindungi allah swt. kiss untuk baby ek

  12. Semoga semua berjalan lancar..Mummy hug is very different than others..please hug the baby with all of your love.. sekurang2nya bby tu ada tmpt untuk merasa kasih sayang seorang wanita & her/his daddy..(sambil tahan air mata).sob..sob..sob..

  13. Semoga segalanya akan baik-baik sahaja. Ianya hanya ujian seketika…Insyaallah, cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan, amiin

  14. Allahuakhbar.. smoga smua nya baik2 sja.. tabah yaa.. amin ya rabbal amin.. =')

  15. Semoga dipermudahkan segala urusan & semoga adik cepat sembuh ye Aida… aamiin..

  16. Assalamualaikum kak eda, semoga adik cepat sembuh seperti sediakala. kesiannya baby dia T_______T"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *