Cabut Uban Betul ke Boleh Semakin Banyak? Risau pulak kan nak mencabut kalau semakin cabut semakin bertambah.Biasalah kan, bila umur dah 40 series ni makin banyaklah uban yang tumbuh.
Tapi tengok jugak pada diri seseorang, kadang dengan faktor umur dan keturunan serta penyakit pun boleh nampak uban di rambut.
Ramai orang mungkin percaya bahawa dengan mencabut uban, masalah rambut putih atau kelabu akan selesai lantas menampilkan imeh yang jauh lebih awet muda.
Mitos ini telah dipercayai dan diamalkan dari zaman dahulu lagi walaupun kesahihannya masih kabur lantas menjadi tanda tanya yang perlu dijawab dengan segera.
Persoalannya, adakah mitos ini adalah fakta atau auta? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu.
APAKAH ITU RAMBUT BERUBAN?
Seiring pertambahan usia manusia, sel pigmentasi yang wujud di dalam ruang folikel(liang pori pada kulit kepala untuk rambut) juga akan mula jadi rosak dan mati.
Apabila folikel ini tidak lagi mempunyai sel pigmentasi yang cukup, maka setiap helaian rambut juga tidak akan mengandungi melanin seperti mana ketika masih muda.
Akibatnya, warna pada rambut akan menjadi lebih jernih seakan warna putih dan kelabu yang sudah pasti akan menjejaskan ketrampilan dan keyakinan diri korang.
Selain faktor ini, mungkin juga terdapat beberapa lagi faktor yang boleh jadi punca rambut uban berlaku dan bertambah. berkaitan dengan gaya hidup.
[ Baca juga : Masalah rambut gugur selesai dengan Selsun Blue ]
PUNCA RAMBUT UBAN
kadangkala, rambut uban sebelum usia tua juga biasa berlaku lantas membuat orang muda memilikinya ekoran tinggi faktor risiko seperti berikut:-
- Genetik Keluarga – Jika korang ada ibu atau bapa dengan rambut uban, maka korang juga berisiko agak tinggi untuk memilikinya.
- Menghisap rokok – Asap rokok yang disedut ke dalam tubuh badan boleh menjejaskan sel melanosit yang berfungsi mengawal melanin yang berfungsi mengawal melanin.
- Mengambil ubat- Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat kemoterapi dipercayai juga boleh menjejaskan proses melanogenesis.
- Kondisi fizikal- Kondisi seperti Albino dan Vitiligo boleh menyebabkan keabnormalan genetik yang menjejaskan pigmentasi kulit serta rambut.
- Kondisi mental – Kondisi berkaitan akal dan minda seperti stress, kemurungan, kegelisahan dan lain-lain juga boleh jadi penyebab rambut uban.
Boleh dikatakan disini bahawa terdapat banyak punca rambut beruban selain penuaan lantas menunjukkan ia adalah satu kondisi umum yang biasa berlaku.
Buat individu yang tidak mewarnakan rambut, mereka lebih cenderung untuk membuatn atau cabut uban tanpa tahu bahawa ia mungkin akan buat uban lebih banyak
CABUT UBAN ADALAH PILIHAN TERBAIK
Dalam kalangan masyarakat kita, wujud satu kelakuan dimana untuk buang uban di rambut adalah dengan cara cabut uban kerana ianya mudah dan pantas.
Pun begitu, ketahuilah bahawa cara yang bersifat jangka masa pendek ini sudah tentu tidak akan menyelesaikan masalah dalam jangka masa panjang.
Menurut Dr.Shaskank Kraleti dari University of Arkansas, setiap helaian rambut yang korang telah cabut itu akan digantikan pula dengan rambut yang baru.
Sekiranya rambut yang korang cabut itu adalah uban(berwarna putih atau kelabu), maka rambut baru yang akan tumbuh juga akan mempunyai warna yang sama.
Kroang perlu faham bahawa yang rosak atau mati adalah sel pigmentasi pada folikel dan bukannya ramabut, maka cabut uban bukan pilihan terbaik.
Benarkan cabut uban boleh bertambah banyak?
Ya, sudah tentu mencabut uban boleh bertambah banyak lebih-lebih lagi dengan peningkatan usia serta pelbagai lagi faktor-faktor risiko yang telah dinyatakan di atas.
Pun begitu, korang yang gemar cabut uban tidak perlu risau jika perbuatan itu akan membuat ia bertambah kerana tidak ada bukti saintifik yang menyokongnya.
Dalam erti kata lain, uban yang dicabut akan digantikan dengan uban namun ia sama sekali tidak akan membuatkan uban bertambah banyak.
Meskipun begitu, perbuatan ini sangat tidak disarankan kerana ia boleh menjadi punca trauma pada folikel rambut yang seterusnya membawa kepada masalah kebotakan.
sebagai alternatif, korang mungkin boleh cuba mewarnakannya dengan pewarna rambut yang sesuai dan tidak berbahaya.
Apa yang boleh kita lakukan tentangnya?
Selain mewarnakan rambut yang merupakan pilihan terbaik untuk menangani masalah rambut beruba, ada beberapa perkara yang perlu korang pertimbangkan.
Korang perlu ulang semula pembacaan pada faktor risiko perkara ini berlaku dan cuba untuk mengelak serta merawat setiap daripanya terlebih dahulu.
Sebagai contoh, uban yang disebabkan oleh kondisi kesihatan fizikal dan mental perlu dirujuk kepada doktor agar ia dapat diselesaikan secara klinikal.
Paling penting korang jangan lagi cabut uban kerana ia hanya akan merugikan lagi membotakkan kepala.
Umur nak masuk 40 series ni pun rambut dah banyak masalah.Inikan pulak tambah lagi beruban.
Uban aku kena cabut bila time sakit kepala gilerr.. bila dah cabut, legaaa… biasa jadi mangsa anak bujang aku hahahaha
Ohh macam tu. risau pulak nak cabut uban orang. Dulu dulu masa kecik rajin cabut uban sebab dapat upah 🙂