Mismis Produk Penjagaan Gigi 99.9% dari bahan semulajadi

Mismis Produk Penjagaan Gigi 99.9% dari bahan semulajadi | Sebelum ni memang tak pernah pun tau pasal produk ni sehinggalah kawan umi perkenalkan masa umi datang ke rumah dia hari tu.

Rupanya Produk Mismis ni dah lama berada di pasaran cuma kita je tak perasan.Apa yang bestnya pasal produk ni?Hah tulah yang umi nak bagitau kat korang tentang kebaikkan produk mismis ni.

Jom baca entry seterusnya supaya lepas ni korang lebih jatuh cinta pada produk ni.

PRODUK MISMIS PENJAGAAN GIGI BERASASKAN EKSTRAK POLIFENAL KOKO

NFa Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2014 sebagai sebuah syarikat yang pertama yang mengeluar dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak polifenal koko bersama variasi bahan herba semulajadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa.

Syarikat menyasarkan pasaran komersial di dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi  halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga.

Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan polifenal Koko berkualiti tinggi sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan produk penjagaan  gigi jenama MISMIS.

NFA Technologies Sdn Bhd juga  mendapat sokongan dari MTDC, KPDNHEP dan SME Corp.NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti Mycorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladeh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi.

Produk Mismis ini juga telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara.Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei dan Maghribi.Usaha mempromosi dan mewujudkan  kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti  pollifenal koko giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS.

PRODUK MISMIS MEMPUNYAI SIJIL HALAL.

Untuk mereka yang ragu-ragu tentang status halal produk MISMIS ni, mereka telah memiliki sijil halal dan Good Manufacturing Practic-GMP(Amalan pengilangan Baik.

Matlamat syarikat ini adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Ubat gigi premium Pudina Koko menggunakan bahan aktif polifenal-tanin yang terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi.

Penambahan bahan seperti lemak koko(coco butter) yang diperkaya dengan  VItamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti  agen antibakteria yang membantu mengawal masalah kaviti di dalam mulut.Tidak lupa juga aroma koko yang harum lagi menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang pertama kali menggunakannya.

Selain itu, produk yang sudah lama dikenali dipasaran ialah ubat gigi Mismis lebih sejuk(Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi.

Ubat ggi ini diformulasikan tanpa paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik.Diperbuat  daripada bahan pembuatan makanan bertahap ‘gred makanan'(food grade). produk ini selamat digunakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak terutamanya jika tertelan semasa memberus gigi.

RANGKAIAN MISIMIS JUST FOR KIDS

Terdapat dalam 2 perisa iaitu Chocolata dan Bubble Gummy yang pasti menarik kanak-kanak untuk memberus gigi.

” Semasa menghasilkan ubat gigi ini, kami membayangkan jika anak-anak atau anak buah kami menggunakannya.Semestinya hanya bahan yang terbaik digunakan supaya selamat jika tertelan.Tetapi apabila kanak-kanak sudah mencuba, pasti mereka akan suka.’We made it with love’.Kata Puan Noormawarni Nordin selaku pengarah syarikat.

Mismis juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut.Didatangkan dalam pelbagai warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru anda dan keluarga mempunyai banyak pilihan menurut warna kegemaran masing-masing.

Berus gigi MISMIS diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan.Berus gigi ini selamat untuk anda dan keluarga gunakan tanpa ragu-ragu.Kelembutan berus gigi MISMIS memberikan tiga kali perlindungan yang membantu memelihara gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan ketika memberus gigi dan menghilangkan  bakteria serta plak.

Juga terdapat pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan  pengguna membawa produk MISMIS semas keluar daerah untuk urusan  kerja atau mengemabar.

Bukan itu sahaja, ubat kumur Mismis Minty Leaf(mouthwash) juga amat sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan mulut.Ianya tidak mengandungi alkohol dan sesuai digunakan pelbagia peringkat usia.

Mismis ialah alternatif bagi pengguna yang inginkan  produk bebas daripada fluorida,berasaskan 99.9% bahan semulajadi, tanpa paraben, tanpa SLES/SLS dan selamat jika tertelan

HARGA PRODUK PENJAGAAN GIGI MISMIS

Produk penjagaan gigi Mismis berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 sahaja.

DIMANA BOLEH DAPATKAN PRODUK PENJAGAAN MISMIS?

Produk Mismis boleh didapati di Tesco, Malakat Mall, Sabasun, Maslee, Farmasi yang terpilih dan halal mart.

Mismis juga boleh didapati secara dalam talian melalui Watson, Ourshop, Lazada, Eromman, Shopee dan di semua online e-commerce.

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang

https://www.mismis.com.my/

Whatsapp: 
 
Instagram:
https://www.instagram.com/_makeitsmile/
 
Facebook:

 

Lepas ni boleh terus cari produk Mismis ni dekat pasaraya terdekat.Sebab apa umi suka produk ni? sebab Mismis Produk Penjagaan Gigi 99.9% dari bahan semulajadi.Jadi takdelah was was kita nak gunakan produk ni kan?

 

 

Loading

2 thoughts on “Mismis Produk Penjagaan Gigi 99.9% dari bahan semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *