Misi mencari durian

Assalamualaikum

Hai korang??Musim durian ni kang,kat wall fb aku,ramai nau dok menayang isi durian yang mengancam tu.

Balik kampung semalam,nampak dah orang jual durian,murah pun murah.Kalau ikutkan ramai yang nak mencari durian D24,durian tembaga atau durian kampung.Ikut poketlah kan,kalau korang ada rezeki terlebih,boleh je makan durian yang mahal sikit.

Disebabkan dah lalu lalang banyak kali,so semalam singgah jugak disitu iaitu di luar simpang masuk ke Semenchu.

See ada gerenti baru bayar.
Maksudnya,korang boleh tengok dulu isi dalam,rasa sikit,kalau ok baru bayar.

Ini je durian yang tinggal..Yang dah kecil2 je.Itupun kena pilih betul-betul.Sekilo rm15..Oklah kan..Walau tak berapa nak bagus macam D24 tu..hehehe
Dapatlah 5 biji rm50.Mahal memang mahal.Kalau nak diingat balik,masa aku sekolah dulu,satu bakul baru rm10 tau.Banyak betul bezanya kan.
Masa kecik,tak pernah beli durian,musim durian kalau kat kampung,aku akan jadi penunggu durian sebelah rumah atok kat kampung..Dah tak heran dengan durian yang dibeli tu.Bagi aku durian kucing tidur lagi sedap,durian kampung lagi power sebab rasa pahit manis durian tu…uih..sedapnya…
Korang pulak,di kampung ada ke durian?

ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

19 thoughts on “Misi mencari durian

  1. Alhamdulillah, setakat ni saya dan keluarga dapat makan durian TANPA BELI .. rezeki murah .. orang bagi kat kami. Dah beberapa kali dapat makan durian percuma ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *