MINUM AIR GULA BUKAN UNTUK WANITA MENGANDUNG SAHAJA BETUL KE?

MINUM AIR GULA BUKAN UNTUK WANITA MENGANDUNG SAHAJA BETUL KE?.Malah untuk pesakit diabetes juga perlu minum air gula ni

Kelakar pun ada jugak.Selama ni umi ingat air gula ni hanya untuk wanita mengandung,untuk pesakit yang disyaki penghidap diabetes juga minum air gula.

Masuk kali ni dah dua kali umi minum air gula.So, sepanjang pengalaman umi minum air gula ni takdelah rasa nak termuntah.Rasa macam perit mungkin sedikit loya tu adalah.

Yelah, dari malam kita berpuasa, pagi esoknya ambil darah dan minum air gula tanpa minum apa-apa sebelum tu.

Puncanya masa 1st umi jumpa dengan doktor, umi check gula dalam darah tu tinggi jugaklah.Jadi doktor suspek ada diabetes.Tu yang kena ambil darah dan minum air gula untuk kepastian samada confirm umi ada kencing manis atau tidak.

Haish! mintak dijauhkan lah kan.Tulah, makin berusia makin banyak penyakit.

Nasib baik thyroid umi dalam keadaan normal.Tulah asbab tak jaga pemakanan kan?

Dah la tak jaga makan, kurang buat senaman, kurang buat aktiviti menyihatkan.Jadi kenalah terima.

Mungkin lepas ni kena lebih jaga pemakanan dan buat aktiviti yang menyihatkan.

Walaupun ko sibuk ke sana-sini hantar anak sekolah,tak berapa nak kurang segala kalori atau penyakit dalam badan ni.

At least buat aktiviti yang betul-betulkan keluarkan peluh.Macam berjogging,bersenam dan sebagainyalah.

Baca juga : 5 Jenis Teh untuk Kencing Manis

Bila dah berusia ni,kena kerap lakukan pemeriksaan kesihatan.Nasiblah umi ni mang setiap tahun jumpa doktor.Jadi bolehlah pantau kesihatan juga.

 BAGAIMANA KITA NAK TAHU JIKA KITA PENGHIDAP KENCING MANIS

Penyakit kencing manis biasanya tidak mempunyai gejala yang ketara. Oleh itu, semua orang amat digalakkan untuk melakukan saringan kesihatan secara berkala. 

Ujian makmal untuk mengesan penyakit kencing manis

#1 Gula darah rawak

Ujian ini digunakan untuk mengukur tahap gula darah secara rawak. Maksudnya sampel darah boleh diambil pada bila-bila masa serta pengaruh makanan tidak diambil kira. Julat normal untuk gula darah secara rawak ialah 7.8 mmol/L hingga 11.1 mmol/L. Keputusan ujian gula darah rawak ini biasanya tidak digunakan sebagai ujian untuk membuat diagnosis penyakit kencing manis, tetapi salah satu bacaan untuk memantau gula dalam darah secara rutin.

 

#2 Gula darah berpuasa

Pengambilan darah untuk ujian ini memerlukan anda berpuasa selama 8 hingga 12 jam atau selama semalam sebelum hari ujian. Anda hanya dibenarkan untuk minum air kosong ketika berpuasa. 

Tahap gula darah berpuasa melebihi 7.0 mmol/L adalah kriteria untuk mengenal pasti penyakit kencing manis. Sekiranya seseorang mempunyai gejala kencing manis, hanya satu bacaan ujian ini yang melebihi 7.0 mmol/L sudah dapat dianggap memenuhi kriteria diagnosis penyakit ini. 

Bagi mereka yang tiada gejala, ujian darah berpuasa ini memerlukan 2 kali bacaan yang melebihi 7.0 mmol/L untuk doktor mengesahkan penyakit kencing manis.

#3 Ujian toleransi gula

Ujian ini biasanya digunakan dalam kes yang kurang jelas untuk menentukan bahawa seseorang mengalami penyakit kencing manis atau tidak. Contohnya, individu yang mempunyai keputusan gula darah berpuasa dalam julat gula normal tetapi mempunyai gejala penyakit kencing manis seperti glikosuria (gula dalam air kencing), poliuria (kerap kencing) dan polydipsia (kerap minum air).
Ujian toleransi gula memerlukan seseorang individu untuk berpuasa selama 8 hingga 12 jam semalam sebelum hari ujian. Selepas itu, sampel darah berpuasa, FBS akan diambil dan minuman glukosa yang mengandungi 75g larutan glukosa akan diberikan untuk diminum segera. Kemudian, sampel darah kedua 2-HPP iaitu sampel 2 jam selepas minum air gula akan diambil.

#4 Hemoglobin Glukosa(hba1c)

Ujian ini banyak digunakan untuk memantau pesakit kencing manis. Ujian ini mengukur tahap gula dalam darah secara purata sepanjang 3 bulan sebelumnya. Ujian ini tidak memerlukan anda untuk berpuasa dan sampel darah boleh diambil pada bila-bila masa sahaja.

 

Baca juga: tips minum air gula bagi wanita hamil


HbA1c terbentuk apabila hemoglobin, iaitu protein dalam sel darah merah bergabung dengan glukosa, gula. HbA1c ini berfungsi untuk menghantar glukosa ke seluruh badan sebagai sumber tenaga. HbA1c yang berlebihan akan bergabung dengan glukosa pada tahap yang tinggi menyebabkan bacaan gula darah naik dalam pesakit kencing manis. Selain itu, disebabkan jangka hayat sel-sel darah merah adalah sekurang-kurangnya 120 hari, ujian HbA1c ini dapat memberikan gambaran tahap glukosa darah yang tepat tepat sepanjang tiga hingga empat bulan sebelumnya.

Individu tanpa kencing manis biasanya mempunyai bacaan HbA1c tidak melebihi 5.6 peratus dan individu dengan kawalan yang baik mempunyai bacaan HbA1c tidak melebihi 6.5 peratus. Individu dengan diabetes yang tidak terkawal pula biasanya mempunyai bacaan melebihi 6.5%.

#5 Glukosa Air Kencing

Ujian ini mengukur kandungan gula dalam air kencing, gejala umum kencing manis yang disebut glikosuria. Ujian ini biasanya menggunakan jalur uji yang akan menghasilkan perubahan warna setelah reaksi dengan glukosa dalam air kencing. Ujian ini juga boleh dilakukan di rumah menggunakan kit ujian komersial yang ada di pasaran.


Individu normal yang tidak mengandungi gula dalam air kencing, manakala pesakit kencing manis yang mempunyai tahap glukosa darah tinggi akan menghasilkan limpahan glukosa ke dalam air kencing.

Individu yang mempunyai gejala kencing manis

Antara contoh gejala kencing manis ialah :-

  • Poliuria (sering membuang air kecil)
  • Polidipsia (kerap berasa dahaga)
  • Polifagia (kerap terasa kelaparan)
  • Keletihan
  • Kelesuan
  • Penurunan berat badan
  • Pruritus vulva
  • Balanitis

 

Individu tanpa gejala berisiko tinggi

  • Berat badan berlebihan atau kegemukan (BMI melebihi 23 kg/m2 atau pinggang lilitan melebihi 80 cm untuk wanita dan 90 cm untuk lelaki)
  • Ahli-ahli keluarga dengan penyakit kencing manis
  • Sejarah penyakit kardiovaskular
  • Darah tinggi
  • Hiperkolesterolemia
  • Glukosa intoleransi atau ujian gula darah berpuasa yang tidak memuaskan
  • Wanita dengan sindrom ovarium polikistik
  • Penyakit lain yang berkaitan dengan kepincangan insulin seperti penyakit kelenjar
  • Semua wanita mengandung (bacaan kencing manis ketika hamil mungkin akan terjejas sebab hormon-hormon yang dihasilkan)

Itulah dia sedikit sebanyak info yang umi kumpul tentang penyakit kencing manis dan pengambilan air gula.Ni pun umi tak sabar nak tunggu keputusan doktor bulan sepuluh nanti.Harapnya takdelah kencing manis.Risau juga bila penyakit bertambah ni.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *