Menunggu Jawapan yang Tak pasti

Assalamualaikum
Alhamdulillah….kenyang sudah…baru hari nie keluar lunch…Selalunya jumaat baru dapat makan luar..hari biasa jarang nak keluar…hehehe…memang dah lama tak keluar pun..Aku pun tak pasti kenapa hari jumaat baru kitorang nie nak keluar makan..Padahal waktu rehat takde bezanya..Bezanya pada kaum adam jelah..
Mereka boleh masuk pukul 3 petang..Tapi..itupun kena tolak gaji..Siapa yang taknak kena tolak gaji,kenalah masuk seawal yang mungkin…
Walaupun hari nie kepala tingtong,aku gagahi jugak keluar sebab dari pagi memang tak makan,tipu….bukan tak makan terus,adalah makan biskut cecah air nescafe…Kira untuk alas perut je..Memang ikutkan hati tak nak keluar,Tapi dah lapar…Memang rasa macam tak confident nak drive,Tetapi ku gagahkan juga drive…Sebab ada officemate yang tak ikut..Tu yang kena drive..Yang sorang nie mmg ler tak boleh nak bawak  kereta…
Start tahun hadapan dah start cuti jumaat sabtu..Tapi itu hanyalah untuk orang gomen je..Tapi bukan orang swasta macam kami ni..Company nie mana nak ikut..Banyak sangat songeh dan alasan yang rasa tak boleh masuk akal..Tak tahulah macam mana kalau nak balik kampung nanti..En.Husband confirm lah ahad kena kerja..Berlainan cuti dengan wife nie memang lah susah kan..
Hari tu staff company aku minta jasa baik dari company menukar hari cuti kami pada hari sabtu dan Ahad.Maksudnya hari sabtu kami tak bekerja..Hari biasa di panjangkan lagi setengah jam untuk cover hari sabtu bercuti..Tapi macam tak confident je diorang akan terima…Hmmmmmmm…Payah la macam nie.
ihsan :google
Apa agaknya jawapan diorang pada permintaan kami tu yerk…Tengah menunggu dengan kesabaran nie..Rasa nak protes je ramai-ramai…Dah la takde kenaikan gaji tahun nie..Boss asyik tukar2 kereta jerk..
Kitorang nie nak tukar baju pun payah..
Menunggu jawapan yang tak pasti..

Loading

45 thoughts on “Menunggu Jawapan yang Tak pasti

  1. tu lah kak, leceh la kalau cuti jumaat sabtu, mama ni kampung jauh.. nak balik tu kena betul arrange time yang sesuai…

  2. moga dimurahkan rezeki akak
    aah..agak stres bila memikirkan situasi byk harga naik skrg ni, tp gj xde peningkatan
    hope majikan ambil tindakan, fikirlah kebajikan pekerja..kan kan
    isi tabung nuffnang sini-hotlink

  3. Salam sis.wahhh susah jugak cuti xsama dgn en suami.hmm smga terbuka la pintu boss sis tu.inshallah 🙂

  4. kenit pernah merasa keje swasta dan ternyta kita memang kena struggle kalau nak survive ngan mereka. Nak taknak kena ikut, tak ikut gaji tolak! ntah apa2 ntah …. rasa macam nak lari terus dari kompeni tu tapi mujur jugak waktu tu gomen panggil keje dah. Hurmmm kak aida byk bersabar dan berdoa agar dilembutkan hati2 mereka tu.

  5. selama 10 tahun saya bekerja
    baru sekali saya keja dengan company
    kena kerja hari sabtu
    lain semua cuti hari sabtu
    rehat lama sikit
    tapi masa kerja dipanjangkan
    pukul 9 sampai 6
    saya doakan yang terbaik untuk sis =)

  6. Nasib baik company akak ni cuti sabtu Ahad..en somi pun sama tapi company dia dari bulan 7 sampai bulan 12 senyap aje macam tak ade aje kenaikan gaji..yang bos pulak asyik tukar keta aje..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *