MAKAN MENU TERBARU ALL-DAY ALA CARTE DI MUARA STEAMBOAT.Kali kedua umi dengan geng makan-makan kat sini.Masih lagi mengekalkan menu steamboat dan juga menu ala carte.Kalau korang pernah makan disini, mesti korang tahu apa bestnya makan di Muara Steamboat & Grill ni.
Selain korang makan menu steamboat kat sini, korang juga boleh makan menu ala carte.Kalau korang baca posting umi tentang makan menu ala carte di Muara Steamboat, korang tahulah kenapa umi masih lagi datang kesini untuk menikmati menu terbaru All day Ala carte di sini.
Masih lagi dengan suasana yang sama dan yang pastinya terbaru adalah all-day ala carte menu di Muara Steamboat ni.Ikut hati umi nak je order steamboat & grill tu, tetapi memandangkan kami nak mencuba menu terbaru mereka, jadi tak jadilah nak order steamboat.Kang order banyak-banyak sape nak makan.
Korang pun tahu kan yang buffet steamboat tu boleh korang top up banyak kali.Jadi rugilah kalau kami tak top up makanan tu uii.Dan tak merasalah kami menu terbaru mereka.
MENU TERBARU ALA CARTE DI MUARA STEAMBOAT
Oklah, jom kita tengok apa menu yang umi dan kawan-kawan lain order untuk makan malam kami.
Untuk air, umi order strawberry smoothies, yang lain order air markisa, apple dan coklat.
Nampak tak tu, siap ada live band lagi tau.Tapi nanti umi cerita pasal live band kat situ ye.Bukan setiap hari tau ada live band kat situ.
Menu lain yang kami order dan patut korang order bila makan kat sini ialah:-

Menu Sup Tulang pedas ni memang wajib korang order sebab bagi umi sedap.Dengan kepedasan yang tahap tekak umi makan, memang korang kena try.Sup tulang ni dihidangkan panas-panas tau.Memang berasap sekali buka penutupnya tu.

Nak makan daging salai, tak payah pergi sampai ke Negeri Sembilan, kat Muara Steamboat ni pun ada menu Daging salai lemak cili api.Pun sama dihidangkan panas-panas untuk korang.Memang berasa betul masakan daging salai ni tau.Dagingnya pun lembut je.

Yang ni pulak Kari ikan tenggiri.Yang ni antara menu ala carte yang wajib korang order jugak tau.Bagi umi portion dia tu sesuai untuk 3-4 orang makan.Yelah, kan banyak lagi menu yang korang nak order kan, jadi kalau sorang ambil satu jenis menu, dah banyak jugak yang korang boleh try.



Kemain besar tau udang dia.Puas makan walau sorang satu je ambil udang tu.

Dan banyak lagilah menu ala carte yang korang boleh pilih.Kalau korang nak tengok lagi menu lain korang boleh ke page kisahsidairy ni.umi upload kat sana je.
Teringat-ingat sup tulang Pedas Claypot tu.Memang sedap dihirup panas-panas.Daging pun lembut je.Tu yang rasa nak pegi lagi je makan kat sini.
Oh ya, nak bagi tahu siap-siap kat korang yang nak makan kat sini, korang boleh mencuba menu ala carte ni setiap hari ye, kecuali hari khamis -sabtu, korang WAJIB makan steamboat & Grill kemudian barulah korang boleh order menu-menu ala carte mereka.
Untuk hari Ahad-Rabu tu, kroang boleh pilih samaada nak makan ala carte atau Steamboat.
PROMOSI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
Ini yang perlu umi war-warkan tentang promosi sempena hari kemerdekaan di Muara Steamboat ni,korang boleh ENJOY ALL YOU CAN EAT at ONLY RM66 sahaja bermula dari 28 Ogos sehingga 31 September 2023.

Dan korang nak dapatkan PREMIUM JAPANESE WAGYU & LAMB SKEWER dengan harga RM66? Sila datang ke sini bermula dari 28 ogos sehingga 3 September 2023.Serius juicy giler uii lamb skewer ni.Kat sini je korang boleh dapat dengan harga RM6.60.
Ada lagi ni yang umi nak war-warkan kat korang tentang promosi terhad yang bertemakan Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 66 di Muara Steamboat ni, korang juga berpeluang
- Bagi sesiapa yang lahir pada 31 Ogos 1957 korang akan disajikan dengan pakej ” Free Flow Steamboat” secara percuma(Terhad kepada 1 pax untuk 1 meja)
- Yang lahir pada 31 Ogos pada mana-mana tahun juga akan disajikan pakej ” Free Flow Steamboat dengan harga RM6.60++ sahaja( Terhad kepada 1 pax satu meja)
- Pakej Free Flow Steamboat hanya dengan harga RM66.00++ disajikan kepada umum yang datang pada hari kemerdekaan.
- Sajian Premium Wagyu beef & premium Lamb Skewer dengan harga RM6.60++ secucuk.
AKTIVITI MENARIK BESERTA HADIAH UNTUK DIMENANGI PADA 31 OGOS 2023 DI MUARA STEAMBOAT
Terdapat banyak aktiviti menarik apabila korang datang makan pada 31 Ogos 2023 tau.Antaranya ialah:-
- Pertandingan mewarna( 6-11 tahun)
- Pertandingan pakaian Patriotik (kanak-kanak 6-11 tahun)
- Sesi soal dan jawab(umum)
- Cabutan bertuah(umum)
- Tayangan movie Sarjan Hassan juga akan ditayangkan pada hari tersebut pada pukul 6 petang
Bukan itu sahaja ye korang, korang juga akan melihat persembahan Live Band oleh San & Leya dari kumpulan Fren’z Acoustic sepanjang hari tu.
Banyak betul aktiviti kan, jadi sambil menikmati makanan yang terhidang, boleh la korang join aktiviti yang dijalankan.
So, korang kenalah cepat-cepat booking tempat.Mana tau menang hadiah besar kan malam tu.
Untuk pertanyaan dan tempahan meja korang boleh lihat details dibawah ni.
Whatsapp : wa.link/mjrOqu
Di buka SETIAP HARI: 12pm – 11pm
Waze: https://waze.com/u/hw23b6tzpb
Saya sering ke Malaysia tapi tak pernah mampir JB. Melihat menu2 muara steamboat di atas, langsung lah rasa nak segera mampir kesana ????. Memang terlihat enak menu ala carte nya kak.
Saya noted waktu2 kapan bisa ala carte dan kapan harus pesan all you can eat.
Wagyu skewer nya pun tempting sangat ????????. Pasti rasa melted di mulut saking lembutnya kan ????????