Menu Simple Hujung Minggu Udang Masak Lemak

Menu Simple Hujung Minggu Udang Masak Lemak

Menu Simple Hujung Minggu Udang Masak Lemak | Jarang sungguh masak sekarang ni sejak mak mentua duduk bersama dengan umi.

Umi hanya masak bila perlu sahaja,Bukan suruh paksa mak mentua masak ye.Kang kalau dia tak masak, dia nak makan ape 😛 .Tak perlulah umi cerita panjang lebar hal mak mentua masak  ni ek.haha..Korang layan jelah Menu Simple Hujung Minggu Udang Masak Lemak ni ye 😆 

So, bila umi ada dirumah umi akan masak.Menu perlulah simple dan yang penting semua boleh makan.Anak dara sorang ni tak boleh pedas sikit, kalau pedas, memang dia takkan makan.Jadi umi masak udang masak lemak cili api . Tanpa cili api.Nak pedas umi kena buat sambal belacan lah bagi padu sikit masak lemak tu.Tapi memandangkan umi malas nak menumbuk, cukuplah sekadar menu itu sahaja. :mrgreen: 

Siapa je yang tak tau masak menu simple udang masak lemak ni kan? Sekarang ni mudah je nak cari resepi.Kotlah tetiba ko was-was bahan yang diperlukan dalam menyediakan hidangan yagn ko nak sangat tu, teruslah google..Sonang nyah!

Nak jugak resepi? meh la umi copy paste resepi udang masak lemak cili api sedap dari kak azie kitchen. Kak Azie namakan resepi ni Masak lemak Udang Dr Nana.Hah! siapa dr Nana, korang boleh baca di entry beliau ye.

RESEPI MASAK LEMAK UDANG DR NANA

Oleh : Azie Kitchen

resepi udang masak lemak yang simple

Bahan bahan:
10-15 ekor udang
1 batang serai – ketuk
1 kotak santan pekat
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa
 
Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
 
Cara cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat. 
 
Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tidak berketul. 
resepi udang masak lemak yang simple
 
Bila mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.
resepi udang masak lemak yang simple


Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

 
Menu Simple Hujung Minggu Udang Masak Lemak
 
Siap untuk dihidangkan. cepat dan pantas.Cuma dalam resepi ni umi takdelah letak cili padi.Pandai koranglah kan nak letak ke taknak.
 
Settle sediakan menu untuk hari ini.Udang masak lemak, ayam goreng dan juga bendi goreng.
 
Tu kalau ada sambal belacan memang bertambah.Tapi umi je takut nak tambah.Kalau tambah nasi maka akan bertambah la berat badan..EH!!!!
 
Korang nak cari resepi lain yang umi ada letak di entry-entry lain boleh lihat di sini : Klik Sini
 
 
 

 

3 Comments

  1. Feveret jugak ni udang masak lemak. Biasa regu dengan pucuk paku..memang makan bertambah.

  2. Lauk favourite setiap kali balik kampung ni. So sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *