Menu Sarapan Umi Oat Roll Dan Coklat Oat

Menu Sarapan Umi Oat Roll Dan Coklat Oat

Menu Sarapan Umi Oat Roll Dan Coklat Oat | Kadang-kadang tu umi tak sempat nak buat sarapan di rumah, tak sempat juga nak tapau ke office.

Disebabkan taknaklah pagi tu dengan perut kosong, kenalah juga ada sesuatu untuk dijadikan alas perut.

Sebab umi ni jarang sangatlah nak keluar makan tengahari.Tengahari suka nap sekejap supaya badan ni lebih tahan bertenaga sampai ke petang.

Tapi tak jugaklah boleh tidur, Waktu makan tengahari ada jelah kang supplier atau courier yang nak hantar barang.Jadinya terpaksalah bangun jugak.

So, kalau nak makan tu memang kena keluar.Disebabkan sekarang ni kalau tak keluar pun masih boleh menikmati makanan sedap-sedap.Order je menggunakan foodpanda ataupun grabfood.

Tapi disebabkan pagi tu kena jugak alas perut, jadi kenalah ada sesuatu yang boleh mengalas perut umi kan.

Jadi dua benda ni mesti ada dalam laci umi.Kalau umi minum coklat oat dan tambah oat ni confirm kenyang sampai tengahari.

Nak kata ia makanan sihat umi tak sure jugaklah kan.Sebab kalau ikutkan oat tu memang bagus lah.Tapi minuman coklat dari Allura ni memang sedap.Cuma kalau ikutkan ingredients dia tetap ada pemanis.

Menu Sarapan Umi Oat Roll Dan Coklat Oat

inilah bahan utama dalam Mila Coklat oat ni.Tu yang boleh kenyang sampai tengahari kot

Kalau nak kata betul-betul makanan kesihatan tu umi tak sure. 😆 .Mybe korang boleh rujuk page Allura nanti.

Menu Sarapan Umi Oat Roll Dan Coklat Oat

Dalam minuman ni umi suka tambah dengan Organic rolled oats tu.Tak suka biarkan oats tu jadi lembik, jadi umi terus je minum.Kunyah-kunyah crunchy gitu pun sedap.

 

Kalau dulu umi rajin stock up barang makanan untuk pantry office di dept lama umi.Sekarang ni dah duduk receptionist, sorang pulak tu, jadinya takdelah geng makan-makan dalam pantry.Keseorangan jelah.Nak stock up barang pantry pun setakat seketul yang makan memang tak best.

Jadilah kan dari takde.At least umi takdelah skip untuk breakfast.Sat lagi angin dalam badan banyak memang tak keruan lah jadinya.Jadi itu sahajalah Menu Sarapan Umi Oat Roll Dan Coklat Oat.

Bila agaknya nak ambil makanan sihat-sihat je ni..haduii

 

 

 

 

Loading

2 Comments

  1. Adeiii aku kalau oat ni memang tak boleh telan betullah hahahahaa
    Dari kecik sampai ke beso hahahaha

  2. Mila Oat choc tu berapa 1 box eh kak eda? teringin jgk rs nak try..nak amal balik makan oat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *