Assalamualaikum
Hai korang☺☺Walaupun keadaan kesihatan tak mengizinkan semalam,sempat jugak buatkan husband Nasi Tomato.Rasanya Nasi tomato ni lebih mudah dan takde la leceh mana.
Kalau ikut resepi di google,memang banyak nak kena sediakan,cara mudah masak Nasi Tomato cara aku ni,simple je..tak susah mana pun..So far,rasa pun sedap…hehehe..Siapa nak puji diri sendiri.So maka bersilatlah kita di dapur
Actually,aku tak guna Tomato Puri tau.Aku tak suka sebab dia masam..Tapi tak taulah kalau aku terlebih letak,atau aku tak pandai buat..hah..itu jelah.Aku lebih suka blend tomato je.Jom ikut resepi aku ni
Oklah kan kejadiannya meh la aku share sikit Resepi Nasi Tomato mudah cara aku ni.
Bahan untuk Nasi Tomato
4 Biji Tomato -Blend sampai lumat(guna air sikit je)
1 biji Bawang besar dihirs
2 biji Bawang putih dihiris
Rempah 3 sekawan
1 biji tomato dipotong dadu
Tomato sos
1 kiub ayam
Daun sup
1/2 cawan susu cair
Cara nak masak nasi tomato
Panaskan sedikit minyak dalam kuali,dan tumis bawang yang dihiris sekali dengan rempah 3 sekawan tu.Kemudian korang masukkan 1 kiub ayam dan tomato yang dah di blend.Lepas tu masukkan susu cair.Kemudian masukkan jugak tomato sos serta perasakan dengan garam.
Kemudian masukkan ke dalam beras yang dah korang cuci.Masukkan air ikut sukatan dan letak terus dalam rice cooker.Kalau nak wangi,letaklah daun pandan dan letak daun sup tu tau.And siap!!!
Acar timun tak cukup sifat sebab takde Nenas
Ayam masak merah
Simple je Nasi Tomato aku tu kan.Nak masak pun takdelah lama sangat.Lauk dia pun mudah sangat.Nasi tomato ni aku selalu jugak buat.itu pun kalau hari minggu atau hari cuti jelah aku buat.Kalau hari bekerja lauk aku simple dan senang nak ngap
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
wahhh sedapnyaaa
nasib perut masih kenyang… tengok je gambar rasa dah sedap… hihihi
sedapnya lama dah tak makan nasi tomato
Assalamualaikum eda…sedapnya menu dia…
fulamak.. ngences mama tgk
ayam masak merah tu menggoda iman
alhamdulillah..elok kejadiannya
mesti dah makan tenghaari tu kan kak…
Wah sedapnya naso tomato.boleh try nanti
biasa je rabiah…
tak boleh makan pedas lagi ok
waalaikumsalam mama,hehehe…sedap lagi mama masak
ok..dah boleh buat menu hari ni ye
ramai yang suka dengan ayam masak merah ni
hah…nanti boleh cuba ye
Lapar bila tengok ayam masak merah tu…wiken ni kalau xbalik kampung nak buatlah
senang je rupanya, lepasni boleh try buat 😀
tak pernah masak nasi tomata. insyallah nnt rajin kite masak ehh
hehe…buat jangan tak buat
klau dah selalu buat memang senang
sesekali kena cuba buat uzu
buat setakat ni senang kak sue…hehehe
sedapnya nasik tomato. lama Qekra tak masak 😉
Wahhh… Sedapnya. Tak pernah buat nasi tomato lagi ☺
Nasi tomato wajib ada ayam masak merah dan acar. Nak sedap ada dalca. Nyun nyum
Kenapalah Yana pu tengok time lapar.. Terliur pulak hehe tq share nanti boleh cuba..
Sedapnya masak. Kita selalu time weekend je nak masak special macam ni.