PARENTING PARENTING TIPS RESEPI

Menu Makanan Pantang & Tips Penjagaan Bersunat

Menu Makanan Pantang & Tips Penjagaan Bersunat

MenuMenu Makanan Pantang & Tips Penjagaan Bersunat |Nampaknya dah musim bersunat kan? Mesti ada antara anak korang yang sekarang ni sedang bersunat dan akan bersunat kan.Persediaan dari segi mengetahui menu makanan pantang untuk bersunat dah ada dalam list?

Bukan itu sahaja nak kena jaga, keadaan luka bersunat supaya cepat kering pun kena tahu jugak.Bukan apa risau lah kan kalau masa bersunat tu bentan dek kerana makan makanan yang tak sepatutnya ataupun ada perkara lain yang jadi tempat sunat tu.Semakin merisaukan lah pulak.

So, disini umi share dengan korang apa yang kita perlu buat sebagai ibu bapa ni untuk menjaga anak yang sedang bersunat.Rasanya dah lengkap info yang umi baca di artikel Bidadari tentang amalan bersunat ni?So apad dia Menu Makanan Pantang & Tips Penjagaan Bersunat

Sebelum umi ceritakan apakah makanan berpantang orang bersunat ni, nak share sedikit tips-tips yang berkaitan dengan sunat ni.

sumber : bernama

Tips luka sunat cepat kering

Ada beberapa tips yang perlu korang tahu agar luka sunat cepat sembuh.Jom terus membaca entry ini ye.

  • Pastikan hujung luka dibersihkan dengan air dan dikeringkan pada 2 hari pertama selepas bersunat di mana luka masih berbalut.
  • Selepas dua hari, anda boleh membuka balutan luka.
  • Selepas pembalut dibuka, luka tersebut perlu dicuci sekerap 3 hingga 4 kali sehari. Untuk mencuci luka tersebu, sebaiknya anda gunakan saline yang boleh dibeli di farmasi. Cuci dengan lembut dan perlahan kerana luka di bahagian tersebut adalah sangat menyakitkan. Selepas luka dicuci dengan bersih, pastikan ianya dikeringkan dengan baik untuk mengelakkan berlakunya jangkitan. Jika anda mempunyai pengering rambut atau hair dryer, anda boleh gunakannya untuk mengeringkan cucian selepas luka namun jangan gunakan suhu panas. Cukup dengan menganginkan pada suhu normal.
  • Jika ada keruping, jangan gosok dengan kuat kerana akan menyebabkan berlaku luka. Apa yang boleh anda lakukan ialah mencuci dengan kerap. Lama-kelamaan kerupin akan tertangga sendiri. Anda juga boleh rendam alat sulit anak anda ke dalam cecair saline selama 5minit untuk mengembangkan keruping tadi. Apabila keruping sudah kembang, ia akan gugur dengan mudah.

Apa Perlu Buat jika Bentan atau Kemaluan membengkak

Jika korang lihat ada bengkak pada alat sulit selepas disunat, bukanlah sesuatu yang normal.Ia mungkin petanda bahawa berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut.Apa yang korang perlu buat adalah bawa anak korang terus ke klinik dengan segera sekiranya terdapat simptom seperti berikut :-

  • Bengkak yang terlalu besar dan kelihatan merening
  • Kulit di sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan
  • Terdapat cecair likat yang kelihatan seperti nanah pada kawasan luka
  • Anak mengadu lukanya berdenyut-denyut dan rasa sakit
  • Anak mengadu sakit semasa membuang air kecil
  • Berlaku pendarahan pada kawasan luka
  • Anak anda mengalami demam

Pastikan anak-anak diajar memakai kain supaya alat sulit sentiasa bebas dan mendapat pengudaraan yang baik.

Dan apakah pula makanan yang sesuai untuk dimakan oleh anak yang  berpantang sunat ni?

Makanan Pantang untuk orang bersunat

Antara menu yang boleh kita pilih untuk mereka yang sedang pantang bersunat aalah makanan yang dipanggang, dikukus dan di grill.Sup juga boleh menjadi menu yang terbaik untuk anak korang.

Antara menu cadangan untuk anak yang baru lepas sunat adalah:

  • Sup ikan haruan bersama lada hitam. Ikan haruan sememangnya sangat membantu untuk menyembuhkan luka. Lendir yang terdapat pada ikan haruan dikatakan berfungsi untuk mencantumkan luka dan mempercepatkan proses luka untuk mongering. Anda boleh sediakan sup ikan haruan bersama lada hitam yang pastinya membuka selera anak anda untuk makan.
  • Ikan haruan panggang bersama sos lada hitam. Selain dijadikan sebagai sup, ikan harian juga boleh dimasa dengan cara panggang bersama sos lada hitam. Untuk menyediakan sos lada hitam, caranya mudah sahaja. Anda Cuma perlu tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan lada hitam yang dikisar halus dan masukkan air, garam, dan perasa. Pastinya anak anda berselera untuk makan jika dihidangkan panas-panas.
  • Selain ikan haruan, anda juga boleh menyediakan juadah berasaskan ayam sekiranya anak anda tidak mengalami alahan kepada ayam. Anda boleh pelbagaikan menu dengan memasak sup ayam, ayam panggang, ayam kukus, dan sebagainya.
  • Anda juga boleh menyediakan menu berasaskan ikan sebagai lauk untuk anak anda semasa berpantang. Di antara ikan yang boleh menjadi pilihan ialah ikan jenahak, ikan senangin, ikan bawal, dan ikan merah.
  • Selain protein, sayur-sayuran juga adala sangat penting untuk anak yang baru bersunat. Anda boleh sediakan sayur yang dikukus,stim atau sup. Di antara sayur yang boleh anda sediakan ialah sayur sawi, brokoli, pak choy, dan bayam.
  • Elakkan daripada menyediakan makanan yang gatal seperti udang, sotong, telur, daging lembu, dan sebagainya. Jenis makanan yang gatal adalah bergantung kepada individu. Ada orang berasa gatal bila makan udang, ada orang tiada kesan apa-apa. Pastinya anda lebih mengenali diri anak dan mengetahui makanan apa yang tidak sesuai untuk diberikan semasa luka sunatnya masih belum kering.

Jadi korang dah tau nak bagi anak yang dalam pantang bersunat nak bagi makan apa? bila tengok menu tu sama macam orang dalam pantang bersalin kan? Semoga Menu Makanan Pantang & Tips Penjagaan Bersunat memberi manfaat untuk korang

Baca juga : [ 20 menu berpantang bersalin normal dan czer ]

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(1) Comment

  1. Dah masuk musim memotong ni hehehehe…
    Rindu plak zaman sunatkan anak bujung dulu..meriah siap berarak berkompang satu taman hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *