Menu Lunch Asian Hawker Food dari Renaissance Johor Bahru

Menu Lunch Asian Hawker Food dari Renaissance Johor Bahru | Bukan malas masak, tetapi sekali sekala nak ubah selera apa salahnya kan?

Hari-hari memasak jemu pulak nak makan masakkan sendiri.Sesekali kan nak merasa masakkan orang lain pulak.As usual la kalau boring makan masakkan sendiri umi order je dari luar.Tapi hari tu tetiba nak try ASIAN TEMPTETION SET MENU dari Renaissance Hotel JB.Dia ada 4 menu tau untuk set menu ni.Tapi umi order ASIAN HAWKER FOOD sebab nampak menarik pulak menu-menu asian hawker food ni.

Untuk set Asian Hawker food ni ada 12 jenis masakan dan ianya untuk dua orang .Nak tengok menu korang boleh tengok list kat bawah ni

ASIAN HAWKER FOOD  RM98 FOR 2 PERSONS

  • Nyonya popiah basah with crispy peanut crumbs
  • Malay-style spiced lamb soup
  • Crispy spiced,spicy peppery beef, sambal prawn, smoked barbeque Lamb cutlets, Spiced tumeric squid and sauteed sausages
  • Masala chicken with cheese tikka roll
  • Black pepper seafood fried rice
  • Pengat durian with pearl sago and mung beans

Ya, itu memang set untuk dua orang.Kalau tak caya korang tengok jelah gambar menu yang umi snap ni

asian hawker food

Alah..sesekali kan, apa salahnya beli jiwa keluarga dengan makanan-makanan mahal.Bukan setiap hari pun.Setahun tu, entah berapa kali je belanja mereka dengan makanan mahal.Tepuk dada tanya jelah selera masing-masing.

Dah tengok kan menu-menu tu semua.berbaloi ler umi bayo RM98 tu.Bukan je boleh makan untuk dua orang, untuk umi anak beranak ni pun tak habis ni hah.

Kita bagi closed up sikit lah menu-menu di atas ni.tiba-tiba rasa tak puas nak makan menu Asian Tempation set menu ni.Ingat nanti nak order yang lain pulak.

Haduii..terus rasa nak meleleh air lior ni sambil taip.Umi suka betul set ni, smoked barbeque lamb cutlets, sauteed sausages dan spicy peppery beef.Sedap weh!! rugi tak cuba.Lembut and juicy ko lamb tu.

Crispy spiced chicken
Spiced turmeric squid. Pedas tapi sedap weh!!
Spicy ocean seafood salad. Pun sedap namatik
Nyonya popia basah with crispy peanut crumbs
Masala chicken with cheese tikka roll.Sos dia sedap weh!! umi cicah jugak dengan spicy peppery beef.Memang ngam jugak


Yang ni makan satu dah kenyang.Umi siap sambung makan untuk makan malam tau.

Black pepper seafood fried rice

nasi goreng ni tak pedas, jadi anak-anak boleh makan.Diorang pun suka tau.

Sambal prawn
Malay-style spiced lamb soup

And paling umi tak sabar nak makan ialah pengat durian.Memang puas hati makan.

Durian dalam tu pun banyak.Tak kedekut.Memang puas hati tau order set Asian Hawker Food ni.

Maka itulah menu lunch asian hawker food dari Renaissance Johor Bahru.Selesailah makanan yang order tu sampai ke malam.Memang tak payah nak memasak untuk tengahari dan malam.Haha..Jimat nau.Padahal malas nak sambung masak.Nasib baik bebudak ni tak kisah makan menu lunch tu.Nanti boleh order set lain pulak.

ASIAN TEMPTATION SET RENAISSANCE JOHOR BAHRU

Hah!! agak-agak best tak set Hawker Food ni.Umi ada bagitau kan Asian Temptation set ni ada 4 pilihan menu.Korang tengok 4 menu yang umi letak di bawah ni.

  • Asian Street Food | RM 68 for 2 persons
  • Asian Barbecue | RM 68 for 2 persons
  • Asian Hawker Food | RM 98 for 2 persons
  • Asian Premium Food | RM 98 for 2 persons

Untuk Asian Temptation set menu ni Nak take away pun boleh, nak suruh diorang hantar ke rumah pun boleh.Korang boleh order dari jam 11 pagi hingga 8 malam dan set Asian Temptation ni sampai Disember tau.Cara nak order korang boleh tengok kat bawah ni :

Order Online : bit.ly/CafeBLDTakeaway
 
View Menu : bit.ly/RenJBTakeaway
 

 

Loading

4 Comments

  1. Memang berbaloi, rata-rata kawan Sis semua order pun semua kata sedap dan portion banyak…

  2. Berbaloi baloi kalau gini…
    Haritu sy try gak yang ni… Aduh sedap behtol… Terliur bila ingat semulaa

  3. Dapatlah lepas rindu nak makan dekat Renaissance walaupun makan dekat rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *