Menu Kisahsidairy 240919

Menu Kisahsidairy 240919 | Dah lama betul umi tak up entry pasal menu yang umi masak kan.Bukan lama tak masak.Cuma lama tak up menu makanan je.

Masak macam biasalah, hari-hari memasak.Cuma tu kalau umi letih, takde masa nak ambil gambar masuk dalam entry ni.Nasib baik ada anak dara sorang tu yang boleh tolong umi sikit-sikit di dapur.Tapi kebanyakkannya mengacau umi lah.Paling rajin tolong basuh pinggan.Tapi dengan baju dia kena basuh sekali.. 😆 

Tapi takpelah kan, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.Kena train dari kecik.Sok² besar bila suruh buat kerja dah bolehlah disuruh.Nasib baik ada assistant sorang ni.

Bila sebut pasal menu ni, umi paling muak sekarang ni dengan ayam.Habis tu dak Naura hari-hari mintak ayam goreng.Sesekali rasa nak makan ikan masin dengan sayur air je pun dah cukup.Tapi semalam, umi bakar ikan sebab teringin rasanya nak cecah air asam.buat pekat² dan pedas²..Memang mabless ler..

 

Ikan bakar kembung..eh yeke kembung..hahahha…saja umi lebihkan bakar ikan ni.Lebih tu boleh ratah je.

Air asam jawa.umi campur kerisik dan juga belacan di dalamnya…Yummeh..

Dan last sekali adalah Peria katak.umi goreng dengan bawang putih sahaja..Goreng bawang putih garing² baru masukkan peria tu.Buat ubat kan..hehehe…

Sebenarnya takde lah last sebab umi buatkan sup sohon untuk dak Naura.Dia sibuk nak makan mee katanya.Mee tu sohon ler dengan fucuk.

Rindu masakkan kampung.Ulam² dengan budu kampung ..uih…kalau hadap memang tak hengat dunia la…

Ni tengah memikir nak masak apa pulak hari ni.Rasa macam nak goreng ikan bilis dengan lada dan bawang merah je ni..aduiii…

Loading

1 Comment

  1. ASSALAMUALAIKUM EDA…
    sedapnya menu eda ni…hujan2 ni mmg perut cpt lapar jer…mama pun semalam baru masak menu ikan cencaru sumbat bakar …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *