menu buka puasa

Menu Buka Puasa Ramadhan ke – 6

Menu Buka Puasa Ramadhan ke – 6 | Pejam Celik dah masuk ramadhan ke 8.Tapi baru ni umi berkesempatan untuk cerita pasal Menu buka puasa.

Untuk tahun ni, umi dah jarang masak bila waktu kerja.Disebabkan nenek duduk dengan umi, maka dia yang volunteer untuk masakkan untuk kami.Hari minggu jelah umi dapat memasak untuk nenek pulak.Terima kasih nenek kerana memudahkan kerja umi.

So, sabtu yang lepas umi dapatlah siapkan makanan untuk kami.Tapi babah dah request nak makan Laksa Johor. Resepi Laksa Johor mudah dan cepat nanti umi akan upload ek!!

Umi sempat sediakan dua juadah untuk berbuka puasa iaitu Laksa Johor dan juga Popia Sayur.

Mulanya umi teringin nak buat Popia basah.Tapi memandangkan sedikit leceh untuk di buat, maka kita buat jelah popia sayur.Bahan pun mudah jugak nak disediakan.Tu pun umi buat lebih untuk umi simpan sikit buat frozen. Naura suka dengan kulit popia tu.Cuma sayuran dalamnya je dia tak suka.

 

Laksa Johor ni babah dan request lama.Pesan kat babah kalau umi cuti baru boleh buat menu-menu macam ni.Waktu kerja memang tak sempatlah nak buat.Yang lecehnya buat Laksa ni, bila kena asingkan isi ikan tu jelah.Yang lain-lain senang je umi nak buat.Kuahnya sedikit cair sebab kurang ikan.Umi boleh pulak beli ikan cukup-cukup.Takpelah..Janji ada juga rasa Laksa Johor. Kang tetiba rasa laksa kelantan payah pulak…hahaha..

Tetiba pulak teringin nak buat nasi dagang..Teringin tu tak taulah bila kan.Nasi beriyani yang babah reqest pun umi belum tunaikan.

Laksa ni sampai ke sahur kami repeat..hahaha…Jadinya satu hari tu makan laksa jelah.

So, itulah cerita menu berbuka puasa ramadhan ke 6 kami sekeluarga.

 

Loading

8 Comments

  1. assalamualaikum eda…sedapnya menu berbuka..feveret mama ni…

  2. Perghhh aku juga nak buat laksa johor tak buat-buat…one day mesti buat!

  3. Author

    waalaikumsalam mama,…sedap kan laksa johor

  4. Author

    nanti rumah terbuka buat tau..aku datang makan…hahah

  5. Author

    tu yang lecehnya kan

  6. Author

    ada 2 minggu lebih lagi..insyallah. sempat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *