Assalamualaikum
Siapa kat sini suka makanan berpantang.Sila angkat tangan!!…Ha..aku tau ada antara korang yang tak suka menu berpantang kan..Macam aku jugak la,ada jugak makanan berpantang yang aku kurang suka..Yelah..bila lauk yang sama je,mau tak jemu..hehehe
Masa dalam pantang,alhamdulillah,adik ipar rajin masakkan menu yang tidak menjemukan aku.Ikan haruan memang menjadi menu wajib.Tapi kalau dah setiap hari masak sup,muak jugak.Resepi orang kemboja dalam berpantang sedap jugak wehhh!!..ikan haruan tu bukan saja buat sup,di salai dan dibakar,kemudian ada jugak menu masak halia..Sup dia memang terbaik la..bukan macam sup kita..Sup dia letak daun ketumbar dan perahan asam limau je..memang aku boleh masuk..
Untuk breakfast dan makan petang merangkap jugak makan malam,aku memang baham roti keping bersama air milo je.Kalau roti sebungkus tu boleh tahan 3 hari untuk aku sorang je.sekali makan dalam 4-5 keping..hahah..Yelah..ibu menyusu ni,memang lapar sepanjang masa,Kalau dulu 1 liter air pun susah nak habis kan..Sekarang ni maintain 3 liter air sampai ke malam.Risau sebab nanti susu sikit pulak bila kurang minum air.
Nak dijadikan cerita,bila dah habis pantang ni,roti dan milo memang menjadi menu utama aku.Mesti nak cari roti dengan milo bila pagi dan malam..uishhh..Gemok!! takdelah..ibu yang breast feeding ni jarang jugak badan naik..So far badan tetap maintain macam dulu..Lagi kurus ada la..
Lagi la operation ni kan..banyak nak kena pantang.Telur,kacang dan makanan yang boleh membuatkan bekas operation ni gatal-gatal..iskk..dah pernah kena da..hehehe…Dia punya bisa,,aduhaiii…
Oklah..nak sambung kerja kejap…Banyak kerja tertangguh.entry pun banyak juga tertangguh..hehehe..blogwalking dah buat sikit-sikit walaupun taklah banyak..tu pun aku singgah mana yang ada publish entry je..
Myja xsuka makanan semasa berpantang, tapi sebab nak menyusukan anak ku gagahi jua. Heheheh
Berpantang je betul2 berpantang la..jangan nak curi2 makan benda yang tak le makan lak..kikiki
mcm sy dulu gak, malam x mkn nasi.. mkn roti cicah air..sebab nak turunkan berat bdn hehe..mujur lah susu ok je cukup utk bb
Eloklah tu Eda.. jgn langgar pantang tak rugi buat diri sendiri dan baby juga. Janji kenyang dan susu banyak. Bila dah sihat betul kelak bolehlah nak makan tak perlu nak langgar-langgar pantang.
Tepeklah gambar Kakak dgn adik tu – comel bila Awfiah tepuk tangan lepas dpt pegang adik..
Kan? Pagi tadi pun makan hemomade bread cicah milo..
Menu berpantang nie jika amal berterusan lagi sihat kan ^-^
sup memang fav PG kak siti 🙂
kalau boleh, hari-hari bila makan je nak ada sup 😀
tang berpantang ni mmg kena banyak sabar… huhuhu ingat lagi masa anak sulung saya smpi nangis mkn nasi pantang… hahahahaha sebab jemu… tapi nak kena mkn gak… huhuhuhu
Sama la saya..breakfast dengan roti
Aida masa berpantang dulu bekfes, tea and supper dgn biskut & kopi.
Memang la best.
Jarang roti & milo.
But aida memang suka menu berpantang 🙂
Sama la kita…
menu berpantang my kakak yang saya suka tumpang sekaki adalah sambal halia …
menu berpantang pun sihat 🙂
hihi betul tu
tp ka saya msa dlm pntang hari tu hampir 3 tin biskut jacob saya boleh cicagh dgn horlicks panas, mai skrg.. mmg x pandang dah.jemu kot..
suka menu dlm pantang sbb bnyk bakar bakar je saya hri tu..