Menu Berbuka Puasa Ramadhan ke-10 di Amphawa Boat Noodles

Menu Berbuka Puasa Ramadhan ke-10 di Amphawa Boat Noodles| Menu buka puasa kali ni lain sikit sebab kami berbuka di luar. Actually selain dari berbuka luasa kat luar, misi mencari baju raya babah di Aeon Jusco Tebrau. So, dah alang-alang kat luar, kami berbuka puasa di luar jelah. Bila nampak Hernee dok up status makan kat Amphawa Boat Noodles di lain lokasi dengan harga yang murah, so teringin pulak nak berbuka puasa di Amphawa.

Tak rugi pilih buka puasa di Amphawa Boat Noodles.sedap belaka... Cuma lokasi dengan Hernee berlainan sebab umi pilih yang berdekatan dengan Jusco Tebrau. Dan semestinyalah Amphawa Boat Noodles Mount Austin

 

 

Untul berbuka puasa, umi pilih untuk ambil set. Complete ada nasi dan lauk, cuma umi add ayam jelah untuk set ni.

Amphawa boat noodle
Ramadhan deals di Amphawa Boat Noodles
Jom tengok apa set berbuka puasa pilihan hati umi, nenek dan jugak babah

 

Set A mengandungi Tomyam dan juga nasi putih,pulut mangga dan juga air. Air boleh pilih samada nak Green Tea, Milk Tea atau ice lemon Tea

 

Ayam pandan

 

Babah pilih Set D, iaitu Kari merah bersama nasi putih, salad epal,pulut mangga dan juga air.

 

Set makanan untuk nenek pulak adalah Set E, iaitu Thai Green Curry dengan Nasi putih, salad epal, pulut mangga dan juga air

 

Umi order lagi satu air untuk nenek sebab nenek nak air panas. So umi orderkan hot ovaltine untuk nenek.

 

Pulut mangga sedap. umi dapat lagi dua extra pulut mangga.. Sedap wehhh
Alhamdulillah.. Puas hati sangatlah dengan set menu berbuka puasa di Amphawa Boat Noodles Taman Mount Austin. Walaupun datang lambat, lagi 15 minit nak buka puasa, tapi kami tetap sabar menanti. Biasalah kan, ramai pulak tu masa berbuka, semua makan on time, so kenalah bersabar. Tapi oklah,takde menunggu lama pun.
Untuk korang yang nak try ke sini memamg recommended sangat weh. Kalau tak silap Amphawa boat Noodles ni ada 3 cawangan di Johor Bahru. Korang boleh booking dulu untuk berbuka di sini ye.
Amphawa Boat Noodles Mount Austin
No. 58,Jalan Austin Height 8/7
Taman Mount Austin
Johor bahru
Downtown Bandar Branch: +607-2200060
Mount Austin Branch: +607-3611106
Sutera Utama Branch: +607-5596440
Boleh tengok website mereka di
www.facebook.com/AmphwaBoatNoodle

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

9 Comments

  1. macam mana boleh dapat extra pulut mangga tu? Babah ngan nenek tak makan pulut mangga ke? hehehe.
    rasa mcm nak pergi hari ni, tengok tahap kerajinan nanti

  2. Setiap set ada pulut mangga. Dapat lagi 2 bekas pulut mangga dia bagi.. Rezeki kami.. Hahaha.. Sila. Pegi

  3. Sangat mearik! Nanti anak sulung balik kita nak pergilah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *