Menu Berbuka Puasa Nasi Arab Arab Al-Husna

Menu Berbuka Puasa Nasi Arab Arab Al-Husna.Punyalah takde up menu berbuka puasa untuk tahun 2022.Kalau dulu kemain rajin bercerita pasal menu berbuka puasa.

Alhamdulillah, tinggal beberapa hari lagi kita nak sambut raya.Syukur pada tahun ni, kita dapat balik kampung.

Sepanjang bulan puasa, sejak anak dah mula bersekolah penuh, memang umi jarang ada masa untuk menghadap blog kecuali ada paid job sahaja.Sungguh, jadi suri rumah dengan anak yang masih bersekolah, jaranglah dapat me time duduk depan komputer lama-lama macam mana kita bekerja dulu.

Bayangkanlah si adik 8.15 adik masuk sekolah, ambik adik semula 10.15 pagi dan diganti dengan kakak pulak.Lepas tu ambil kakak pulak pukul 11.45 pagi.Pukul 12.30 pulak hantar ke sekolah kebangsaan.

Masa umi mintak ustazah untuk tukar masa kakak ke pagi, ustazah kata dah tak boleh tukar.Jadi umi redha jelah.Sambil-sambil buat kerja rumah, memasak dan sebagainya, kadang tu curi masa juga update blog.

Ni anak dah cuti sekolah, boleh la ada masa sikit nak update blog.Bercerita pasal menu berbuka puasa, hari-hari masak pun tak tau nak masak apa, sebab tu kadang-kadang umi bagitahu kat babah, nak order je kat luar.

Kali ni kita order nasi arab Al-husna disebabkan hari tu, pensyarah babah ada sedekahkan nasi arab kat dia, jadi rasa tu sedap pulak.Jadi  kita order sekali lagi.

Kali ini kita order nasi arab dulang untuk berbuka puasa.Umi pilih untuk nasi arab 3 jenis nasi.Lepas tu add on 1 set gearbox merah.

Macam nilah yang dia hantar ke rumah dengan dulang-dulangnya.Yelah,namanya pun set dulang dak..

ayam dan juga kambing.Jadi ada yang nak merasa kambing dan ada jugak boleh merasa ayam.

Sup merah gearbox pun not bad.Sekejapan je habis diratah.Dapat 3 ketul gearbox cukuplah untuk babah, umi dan kakak.Yang lain memang tak makan.

 

Restoran Al-Husna ni terletak di Taman Scientex Pasir Gudang Johor.DIorang boleh dillevery ke rumah korang juga tau.Jadi korang yang berdekatan, boleh la try nasi arab Al-Husna ni.

 

Umi dah siap-siap packing baju nak balik ke Kota Tinggi ni.Tapi kita selesaikan dulu Mak mertua yang nak balik Ke Melaka.Lepas tu kita cabut balik kampung.macam jauh sangat je kan kampung umi tu

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.