MENONTON TEATER HARIMAU JOHOR JAUHAR TANAH PERMATA

MENONTON TEATER HARIMAU JOHOR JAUHAR TANAH PERMATA | Diberi kesempatan untuk umi dan rakan-rakan menonton teater melayu di Auditorium JOTIC beberapa hari lalu.Memang dah lama sangat umi tak menonton teater melayu ni.

Tahun lepas ada juga umi saksikan persembahan teater tentang covid di Opera Permaisuri Zarith Sofea.Dan last umi tengok teater melayu di RTM masa zaman remaja purba dulu.

Pementasan teater yang berlangsung bermula 24 dan 25 Mei lalu adalah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan(DBWS), Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Tourism Johor sebagai penaja utama, dengan kerjasama Majlis Teater Negeri Johor dan Gerak Teater Anak Johor.

And tahun ni berkesempatan lagi untuk menonton teater HARIMAU JOHOR JAUHAR TANAH PERMATA yang diarahkan oleh penulis skrip itu sendiri iaitu SENJAKALA atau nama sebenar beliau Encik Azri Azmi.Meh umi cerita sedikit tentang cerita pementasan teater ini.

MENONTON TEATER HARIMAU JOHOR JAUHAR TANAH PERMATA.8
Umi bersama Pengarah Teater – Encik SENJAKALA

HARIMAU JOHOR JAUHAR TANAH PERMATA

Mengisahkan tentang perjuangan dan pengorbanan bangsa Johor pada tahun 1850 bagi menentang kekejaman lanun yang berleluasa di negeri itu, terutamanya di Mersing dan Teluk Ramunia.Kehadiran Nong Mutalib iaitu seorang pahlawan Johor yang diberikan gelaran sebagai “HARIMAU JOHOR’, memberikan sinar kepada penduduk di daerah itu bagi menghapuskan ketua lanun yang kejam iaitu Mat Derus.

Pementasan teater ini berlangsung hampir dua jam diterajui oleh pelakon-pelakon dari Gerak Teater Johor, iaitu Hairery sebagai Nong Mutalib, Azrul Syafiq sebagai Labek, Nurul Khairunnisa sebagai Melur dan Haziq Zufayri sebagai Mat Derus.

Tahniah kepada pengarah dan team yang terlibat dalam pementasan teater ni.Umi memang terhibur dengan persembahan mereka pada malam tu.

Seronok cerita ni, ada part yang buat kita ketawa berdekah-dekah, ada sedih, ada rasa seram dan takut bila bermulanya pergaduhan dan pergelutan menjadikan teater ni tak membosankan.Rasa macam cepat je masa berlalu.

Dengar kata, dari hari pertama dilancarkan, tiket semua sold out.Nampaknya lepas ni perlu diperbanyakkan lagi teater seperti ini dan ajak lebih ramai lagi anak muda untuk menghadiri teater seperti ini.Memperkenalkan sejarah negeri Johor menerusi teater macam ni umi rasa lebih menarik.

Umi bersama Pelakon yang membawakan watak si Labek -Umi geram betul dengan si labek ni.Macam nak luku je kepala dia sebab jeles sangat dengan si Nong Mutalib tu.

Walaupun geram dengan watak si Labek ni, umi suka dengan persembahan beliau.sangat energetic tau.

Inilah dia Nong Mutalib Pahlawan Johor tu

Yang si Labek dengkikan sangat tu.Nasib baiklah si Nong Mutalib ni tak mudah melatah dengan orang-orang macam Labek tu, kalau tak habislah negeri Johor.

Di antara geng JDT Blogger yang hadir pada malam itu.Masing-masing excited nak tengok teater harimau Johor ni.

Diharap lepas ni ada lagilah kan teater-teater seperti ini di Johor.Jadi orang-orang Johor tahulah serba sedikit sejarah yang ada di Negeri Johor ni.

Nak tengok sektiar pementasan teater ni korang boleh tengok di vidoe reels umi di sini

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.