Menjadi Rutin Harian Ke Bazar Ramadhan

Assalamualaikum
Saja nak membebel petang-petang ni.Mengisi masa lapang saat menunggu jam terpacak 4.45 petang..
Siapa suka pergi bazar Ramadhan nie...Of course ada yang suka dan ada yang tak suka kan..Sebabnya..aku rasa korang mesti tau kenapa..
Rasa nak membebel petang-petang nie dengan harga makanan yang ada kat bazar Ramadhan tu..
Sebelum tu,aku nak bagitau kat korang kenapa rutin setiap hari aku adalah pergi ke Bazar Ramadhan tu
Kalau ikutkan hati nie,memag nak memasak je kerjanya..Sebab aku lagi puas hati memasak dari beli kat bazar tu..hasil dari memasak tu of course la buat suri rumah puas hati untuk diberi makan kepada anak-anak dan suami kan..Sejak MIL kat kampung nie,takdelah orang yang tolong masakkan untuk kami..hehehe..Dia memang rajin memasak.Sejak ada Nur awfiyah,kesempatan nak memasak tu selalu hilang melayang-layang dek melayan dia..Bila balik kerja,ambil Nur awfiyah dan terus balik rumah..Satu perangai Nur awfiyah ni,jenis tak betah duduk lelaama..Dia akan cepat bosan,jadi nak buat apa pun tak boleh..nak tunggu En.husband balik kerja dah pukul 6 petang..So takut tak sempat nak memasak,terpaksalah beli lauk di Bazar tu..Kekadang aku cuma beli 2 jenis lauk je..Kat rumah kalau sempat aku tambah la apa yang patut.
Walhalnya di Bazar Ramadhan ni,segelintir peniaga yang aku rasa cekik darah sesangat bila menentukan harga lauk yang aku ambil.Memang rasa sangat tak puas hati la bila beli tak menepati rasa dan quantity sehingga untuk 3 lauk je dah mencecah rm10..lauk yang aku ambil tu,tak sampai segenggam tangan ni ha!!
Mungkin la alasan diorang tu,harga makanan naik disebabkan barang naik harga..Tapi kami nie takde pulak naik gaji ikut harga barang..betuii tak..At least,jangan la terlalu nak demand harga lauk tu sampai tak mampu kami-kami ni nak beli..Kalau tak terpaksa,kami ni takkan beli lauk kat luar tau..Kan ke Bulan nie bulan buat amalan..Bersedekah sikit apalah salahnya…Untungya mungkin berlipat kali ganda..sorry kalau pandangan aku ni tak betul…itu apa yang aku rasa dan nak suarakan sebagai pembeli je..Buatnya lauk korang tu mahal sangat dan takde pembeli,kan ke satu pembaziran kalau tak habis…Takkan la nak sambung jual esok pulak kan..
emmm…hari nie ke bazar lagi…rasa takut nak masuk ke gerai-gerai jualan kat situ..redha jelah …
Oklah…till meet uols again tomorrow…saja nak luahkan isi perut nie…hehehe…Kita bercakap pasal isu makanan bukan pasal kita kedekut untuk makan,tapi fikir-fikirkanlah..dan selamat beramal..

Loading

28 Comments

  1. mahal tu 1 hal… opismate semalam beli lauk kat bazar ramadhan… sampai rumah lepak2 kejap… bila nak dekat buka puasa tu buka la lauk tu nak masukkan dalam mangkuk… ermmm kuah tu dah berbuih… basiii… ermm bayangkan orang nak berbuka puasa takkan nak makan lauk basi… memang tak patut kan…

  2. pergi pasar ramadhan memang best, sbab bnyak makanan smpai trasa smua nk mkn.. tp ika thun skali pun xprgi lg..hehe

  3. hehe.. betul2x.. saya suka gak gi pasar ramadhan.. bukan per..byk pilihan..macam2 ada…tp tula.. harga sekarang mahal.. tu yg x blh nk pergi pasar ramadhan hari2…huhu..

  4. Kdg2 dlm bulan Ramadan ni, ada org yg berniaga hanya nak untung & tak peduli sgt benda2 lain.. dahlah cekik darah, tak sedap pula… wallahualam… mmg kena hati2 & berjimat kan…

  5. suka pergi bazaar ramadan tu sebab suka tgk makanan yg dijual sgt variety,, namun nak beli mmg jarang lah.. kadang tgk mcm menyelerakan tp bila makan masa berbuka jadi sakit hati.. lagi2 kuih2 atau murtabak.. nampak sgt menyelesakan tp hampeh.. mahal plak tu..

  6. Jarang ke pasar Ramadhan, mahal gilaa pastu mkn time bukaan rasa dia xcukup.huhuu. skg msk di rumah je

  7. selalunya yg x puas hati bab rasa lah .ada gak yg semlm punya dijual balik hari ini sbb tak nak rugi …

  8. hmm..inilah masalahnya..kita nie nak tolong orang kita..tapi kadang2 orang kita sendiri yg aniaya kat kita balik..kadang harga mahal tapi rasa dia kureng sangat..lepas tu kedekut..berniaga tu sambil nak untung, sambil lah buat kebajikan sikit..bulan puasa kan..lagipun dia tak rugi apa2..kalau makanan dia tiptop, harga pun bersesuaian, sure ada orang cadangkan gerai dia tu..tak payah pakai pelaris bagai dah..

  9. Biasa lah… Peniagakn… Sbb tu kdg2 memilih juga utk membeli kali ni.

  10. Salam ramadhan…terima kasih sudi singgah kat blog kak zai.
    Walau kak zai suri rumah sepenuh masa tp sesekali ada juga membeli kat bazar. Memang betul kebanyakkan peniaga mengaut keuntungan yg berlipat ganda.

  11. Amboi akak lepas geram nampak hihiSabar akak syg oiiBiasalah kak manusia zaman sekarang perlukan keuntungan lebih dari bersedekah kan.

  12. ramai komplen sekarang barang kat bazar naik harga tinggi… ayam berempah seketul kecik rm 4… tak berbaloi… dah lari dari nawaitu asal meniaga kot… sabarlah kak ida… huhu

  13. mahal bagi akak ok lagi, jangan dapat yang BASI udah le, mmg KECEWA giler..

  14. Baru semalam dapat pergi bazar ramadhan tapi malangnya hujan lebat, xdapat nak beli dan tinjau apa…huhu

  15. betoi!!lauk kat bazar mahal.cheery beli dua lauk aje dah 9 hingget,..mencekik betoii..

  16. betul la…harga kdg2 melampau2 sgt..kalau sedap xpe gak..ni bila beli mahal pastu rasa hampeh…lagi sakit hati..

  17. Time ni lah peniaga kaut untung..yang kekadang tak sempat masak terpaksa juga beli kan..

  18. fiza jenis suka masak sendiri. kalau ke bazaar ni confirm dalam 2 jam kat situ,parking dan sesak lagi. harap peniaga lebih ikhlas berniaga bukan hanya fikir untung je

  19. Tu diaa..komen wakil blogger. Seriously memang mahal. Ana beli ikan keli kecik 2 ekor. Sambal ciput, harga rm7. Perghh.. Mahai..baik beli ikan keli sekor. Goreng sendiri.

  20. saya langsung tak pergi kak. malas nak bersesak dgn orang ramai

  21. alise jarang p param.. kecuali kalau ade nk beli mknn yg nk je bru g like murtabak & kuih tepung pelita.. tu jelah peberet kt param pon..

  22. brg smua mhl2 kak..apa tah nya cekik darah..huhu..tp pmbeli kena bjimat juga,sbb nak ikutkan nafsu abis laaa…hihih

  23. setakat ari nih skali aje sy pergi bazar ramadhan..tuh pun sbb nak beli air jambu batu

  24. jarang pergi bazar ramadhan ni..kekadang makanan yang dijual tu makanan yang dipanaskan je..

  25. itu salah satu sebab knapa payah sgt family husna nak ke bazaar melainkan dah tepaksa..
    kdg2 harganya sgt cekik darah, sedapnya tak de lah sgt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *