MENGINAP DI SWAN GARDEN RESORT MELAKA | Macam dah banyak kan review hotel budget di Melaka ni dan bulan disember hari tu kami ke Hallmark Hotel Melaka.
Dan kali ni kami ke Melaka lagi.Plan asal memang nak balik hari je, tapi memandangkan cuti sampai ahad, jadi ajak babah jalan-jalan Klebang la.
Banyak betul review umi hotel dan homestay kat Melaka ni kan.Apa nak buat, kami belum mampu lagi nak buat rumah kat sana.Nak duduk rumah saudara mara segan pulak kan.Ada je rumah kakak ipar tapi bila anak-anak dah besar ni, dan rumah tu pun kami rasa tak selesa, jadi kami menginaplah di hotel-hotel berdekatan.
Baru je kami ke sana bulan disember hari tu dan menginap di Hallmark Crown Hotel.Dan kali ni kami ke Swan Garden Resort pulak.Yang tak boleh lupa, boleh pulak kami ke Swan Garden hotel.Ingatkan babah dok booking kat sana, rupanya Swan Garden Resort.Hotel ni memang sebelah menyebelah je.
Korang boleh baca pengalaman staycation umi di Swan Garden Hotel tahun lepas.Sebab tu umi pelik, bila masa pulak hotel swan garden ada pool.Rupanya salah hotel daaa..
Swan Garden Resort ni umi rasa baru je dibuka.Dan design untuk hotel ni pun umi tak berapa nak berkenan sangat lah sebab tak kena pulak dengan namanya.Tapi bilik selesa dan luas.Kami pulak dapat bilik memanjang, nak muat untuk 4-5 orang pun boleh.Lagi satu kat sini boleh parking atas hotel ni kalau takde parking kat bawah.
Tapi masa kami nak parking tu nampak la parking kat bawah ni, jadi jimatlah kena bayar parking kan..hahaha
Korang boleh baca pengalaman-pengalaman umi menginap di Hotel dan Homestay di Melaka
- Bayou Lagoon
- Hallmark In Melaka
- Nadim Homestay Melaka
- Riviera Bay Condominium Melaka
- Homestay Hentian Qasih Melaka
Itu jelah kot, entry lain banyak entry makan-makan.Tapi kalau korang nak baca boleh jugak.Cari jelah dekat box Melaka, mesti keluar cerita jalan-jalan dan makan-makan di Melaka.
Tapi umi teringin nak pegi lagi Calanthe Art Cafe kat melaka tu.Sedap kopi yang umi minum tu dan dessert yang ada kat situ tau.Lagi satu cafe ni unik.
Berbalik kepada cerita Swan Garden Resort tu, kami disini satu malam je.Jadi masa check in tu kami parking di bangunan hotel ni.Urusan untuk check in pun ok je.Tak perlu tunggu lama.Budak-budak tak sabar sebenarnya nak mandi kolam, tapi memandangkan kami nak cari makan lepas tu, jadi umi plan nak bagi budak-budak ni mandi lepas breakfast jelah.Lagi pun kami tak kemana-mana pun keesokkannya.Lepas check out memang terus nak balik je.
Kami dapat bilik yang hujung, kira menghadap bangunan dan tepi tu laut.Jadi kalau malam nampak meriah la dengan lampu-lampu.Swan Garden ni kalau nak kemana-mana tempat bersejarah kat Melaka ni semua dekat.Nak ke Klebang pun dekat dan juga Bandar Hilir.Jonker walk pun dekat je dengan resort kami ni.
Ruang lobby diorang ni besar dan luas korang.Selesa sangatlah kan,Jom ke bilik kami ditingkat 11.
Masuk je pintu akan nampak meja dan peralatan lain seperti peti ais mini, meja dan kerusi, pemanas air, minuman dan botol mineral.Kat bilik ni ada ruangan kecil sebelum menuju ke bilik.
Sebelum nak menuju ke katil, jumpa dulu bilik air sebab bilik kami memanjang tau.Bilik air ni punyalah luas, yang korang nampak ni sebalah dia ada lagi shower tau.Tapi biasa jelah.Tuala tu pun cuma dua sebab kami memang booking untuk 2 orang je.
Simple je kan, tapi luas la.Sesuailah untuk korang yang ada family besar.Tapi tulah, pepandai korang la kan nak tido bawah ke cane.Bilik ni takde carpet la, kemungkinan kalau tidur bawah tu sejuklah kan kalau tanpa alas pape.
Oh lupa pulak nak snap pemandangan luar.Bilik ni lengkaplah dengan iron.Cuma takde plastik baju yang biasa disediakan di hotel-hotel lain.
Ada tv dan siaran netflix tapi tulah, internet dia so kureng.Jadi umi yang suka bersosial ni, memang tak puas lah kalau takde internet.Bukan tu je,coverage kat sini pun kurang tau.Tapi tak taulah kalau internet umi je yang problem.
Jadi budak nak menonton netflix pun tak syok sebab kena tunggu lama untuk loading.Mungkin boleh diperbaiki kan untuk tu.
Lepas dah tour bilik, kami pun keluar cari makan dan lepak-lepak Klebang.Dalam pukul 9 gitu balik semula bilik dan rehat.
Esok paginya kami ke level 6 untuk sarapan.Untuk sarapan kami add on budak 2 orang ni.Seorang RM26 tak silap umi.
Cafe dia besar yakmat tau.Ada ruang bermain untuk anak-anak disitu.
Siap disediakan menu kids lagi.Jadi tak risaulah korang yang bawa anak-anak tu.Menu untuk breakfast dia pun not bad la banyak juga.
Lepas dah makan, kami ke level 7 untuk ke swimming pool.Pool dia ada dua, satu untuk kids dan satu untuk dewasa.
Suka tengok view kat pool dewasa ni.Kalau berani boleh ke hujung tu tengok pemandangan bandar Melaka.umi memang tak berani weh.
Tapi, budak ni berendam tak sampai 1 jam pun.Sebabnya angin di tingkat 7 ni sangaaat sejuk ye.Jadi bebudak ni memang cepatlah kesejukkan.
Jadi boleh la umi berehat dibilik walaupun sekejap.Pukul11.30 siap-siap terus check out.And kami terus balik ke JB.Tak singgah mana-mana pun sebab memasing kekenyangan lagi.Tapi bawa anak ni biasalah, bab mengunyah-ngunyah dalam kereta tu wajib.Kalau tak memang tak reti dok diam la diorang ni.
Syukur sampai ke rumah dalam pukul 4 petang gitulah sebab kami singgah makan di Johor sebelum balik rumah.
Itulah cerita menginap di Swan Garden Resort melaka ni.So far, bagi umi menginap di sini ok je.Janji ada pool dan kebersihan dia ok.Tu jelah.