Menginap Di Riviera Suites Melaka 2H1M | Kami ke Melaka lagi untuk kali ni, umi dah plan dengan babah nak menginap di Riviera Suites Melaka yang terletak di Selat Melaka.Memang kawasan yang strategik untuk ke Bandar Melaka.Tapi kalau waktu siang kawasan sini sunyilah sikit.
Umi pilih Riviera Suites ni sebab malas nak keluar cari makan malam di luar.Lagipun kami menginap hanya satu malam je.Jadi taknak penat untuk keluar cari makan.
Disebabkan harga untuk 1 malam pun murah, jadi babah pilih bilik yang sederhana sahaja.Masa tu belum tahu pun bilik tu besar dan dilengkapi dengan single bed dan queen bed.Memang rezeki nenek gaknya, sebab plan sebelum nak amik nenek tu, nak stay sini satu malam,esoknya barulah ambil nenek and terus bergerak balik ke JB.
Tapi disebabkan nenek pun nak ikut jugak untuk bermalam disini, jadi kami ambil nenek dulu sebelum ke sini.Dari Merlimau ambil masa tak sampai sejam pun.Alhamdulillah kami check in pukul 4 petang.
RIVIERA SUITES MELAKA
Riviera Suites Melaka ni terletak di Jalan Baiduri 1 Melaka.Kalau nak ke Masjid Selat memang akan jumpa hotel ni dahulu.Antara tempat attraction yang berdekatan dengan Riviera Suites Melaka ni ialahÂ
- Menara Taming Sari 1.1km
- A Famosa 1.1km
- Mahkota Parade 1000m
- Taman Bunga Merdeka 850m
- Sam Po kong Temple 1.7km
- Asian Park Melaka Raya 750m
Dan banyak lagilah tempat menarik disekitar situ.Korang google je selebihnya nanti ye.
BILIK LUAS DAN SELESA
Tak sia-sia kami pilih untuk menginap di sini kerana bilik yang kami dapat sangatlah luas.Memang muat untuk kami berlima.Sebenarnya bilik ni untuk 3 orang tau.
Apa yang ada di dalam bilik Superior Triple Room
- 1 king bed and 1 single bed
- River view dan ada balkoni
- Tv
- Toiletries
- Towels
- Eletric kettle
- Peti ais mini
- Wifi
- iron
- hanger
Kalau korang masuk ke dalam bilik ni, korang akan nampak luasnya bilik ni yang memanjang.Memang cukup selesa.Walaupun ada yang tak memuaskan hati umi, tapi alhamdulillah tidur kami sangat selesa.





HARGA BILIK SUPERIOR TRIPLE ROOM
Untuk satu malam, babah hanya bayar RM140++ tidak termasuk breakfast.Kalau nak bayar untuk breakfast RM20 untuk seorang.Memandangkan bebudak ni takdelah nak sarapan berat bagai, jadi umi dengan babah sahaja yang turun ke cafe mereka.Jimat duit.
Untuk bebudak ni umi dah beli bekpes siap-siap untuk mereka malam hari tu.Jadi boleh la untuk mengalas perut sebelum kami check out.
Nak kata berbaloi atau tidak untuk sarapan disini, boleh la.Tak terlalu menarik menu sarapan disini.Itu pada umilah kan, kalau pada korang tak taulah.
Kalau kroang nak ke Cafe Riviera ni, korang kena keluar dari pintu receptionist dan ia terletak di sebelah kiri korang.Umi suka kat sini macam ada vibes luar negara gitu.
Tempat penginapan di Melaka yang umi dah terjah
- Â Swan Garden Hotel
- Â Swan Garden ResortÂ
- Amber Cove Premier Suites
- Riviera Bay Condominium
- Bayou Lagoon
- Hallmark Crown hotel
TEMPAT MAKAN BERDEKATAN HOTEL SAHAJA
Itu belum cerita belah malam pulak.Punyalah meriah gerai-gerai makan di Selat Avenue.Budak-budak ni kemain sukalah kan.Itulah yang umi suka sangat menginap kat sini.Masa untuk cari makan kat luar tu dapatlah dikurangkan.
Lepas isyak kitorang turun kebawah untuk cari makan.Kat sini macam-macam ada tau.Nak makan kebab, kerabu maggi, tongmo, dessert dan segala bagai makanan semuanya ada.Kalau korang bawak anak-anak tu taklah risau.Cuma sediakan duit jelah untuk diorang nak makan itu dan ini.
Umi tak sempat nak ambil gambar bagai sebab malam tu kena cramp perut rasa macam takde mood.Nasib baiklah mood nak makan ada..hahah Kalau tak murung tengah malam nak makan.Umi makan Yong taufu je.Sedap dapat makan panas-panas dengan keadaan perut yang macam tu kan.
Inilah keadaan malam di sini.Meriah dengan orang dari luar dan mereka yang menginap disini.Kalau hujan jangan risau mereka ada sediakan tempat untuk berteduh.
Tempat Makan Yang Pernah Umi Terjah di Melaka
- Sambal n Style Cafe
- Street Kitchen Melaka
- Cendol Kampung Hulu
- Nasi Kepal Ei Ji Ban
- Roti Canai Kayu Arang
- Ikan Bakar Crystal Bay
- Calanthe Art Cafe
- Mee Bodo Hasan Tengkara
Tak cukup dengan makan disitu, bebudak ni tapau makanan, jajan dan minuman untuk naik ke atas.Yelah bekalan sekali untuk esok pagi.Jimat sikit duit umi.hahah.
Keesokkan paginya, umi dan babah ke Cafe untuk sarapan pagi.Nenek dengan anak-anak tinggal kat atas.cafe tu umi tak ambil pun gambar.
Lepas dah kenyang perut, dan budak-budak pun dah sibuk nak mandi kolam, umi naik ke atas untuk uruskan bebudak tu mandi kolam.
Kolam kat sini takdelah besar mana.Kira oklah untuk bebudak.Tapi masa lepas kami masuk tu menderu pulak yang masuk dengan keluarga besar diorang tu.Mungkin diorang bercuti dengan keluarga besar la kot
Sempatlah umi snap gambar kolam kat sini.Kolam ni memanjang tau.Yang mandi tu memang seronok, tapi yang tukang tengok tu berpeluh uii menunggu.Panas kemain lagi.Umi plak malas nak mandi sebab dah nampak ramai bapak-bapak yang mandi dengan anak-anak mereka.Takpelah, janji anak-anak happy cukuplah kan.
Kemain bebudak ni mandi sampai pukul 11 pagi.Sambung lagi mandi dalam bilik pulak.Sesambil tu umi boleh la mengemas untuk kami check out pukul 12 tu.
Alhamdulillah percutian pendek kami.Lepas ni hotel mana pulak yang kami nak terjah.Kalau ada hotel yang murah-murah kat Melaka tu let me know ek.Kebiasaan kami balik Melaka macam tulah.Nak menumpang rumah kakak pun rasa tak selesa sebab rumah yang tidak sesuai untuk kami menginap.
Jadi kenalah stay kat hotel atau homestay di sana.
Sempatlah kami singgah makan asam pedas dekat bandar tu.
Website | Instagram | Facebook