Menginap Di Nadim Homestay Merlimau Melaka

menginap di Nadim Homestay merlimau melaka

Menginap Di Nadim Homestay Merlimau Melaka | Cerita Minggu lepas di mana umi balik ke Melaka atas urusan menghadiri Kenduri kahwin.Umi ada ceritakannya di SINI

Nadim Homestay Merlimau memang menjadi pilihan umi semasa pencarian di sebabkan dekat sangat dengan rumah Makcik umi yang buat kerja kahwin tu.Actually boleh je stay di rumah kakak ipar, tapi disebabkan rumah kakak ipar tu anak dah besar-besar, jadi ruang untuk kami dua keluarga tu agak terhad la..Maklumlah masing² bawak keluarga.Jadi umi carilah Homestay Melaka yang berdekatan dengan rumah beliau

Masa umi cari Homestay murah di Merlimau Melaka, terjumpa pulak Nadim Homestay ni.Actually kami nak menginap di Homestay yang pernah kami booking sebelum ni, disebabkan tuan homestay tak respon whatssap kami, jadi terpaksalah cari yang lain kerana homestay tu pun kira dah dekat jugaklah kan.Takut tunggu yang ni, yang lain pulak melepas.Sebab umi tau, kalau nak booking homestay di Melaka ni kenalah cepat².Kalau tak, habislah semua fully book.

Jadi umi terus deal dengan Owner Nadim Homestay ni.Harga pun kira berpatutan jugaklah.Dan jarak perjalanan nak ke rumah pengantin sangat dekat.Memang satu lorong nak masuk ke homestay tu jugak.

Seriously umi happy bila tengok keadaan homestay ni yang sangat-sangat selesa untuk percutian kami selama dua malam.

KENAPA PERLU PILIH NADIM HOMESTAY SEBAGAI TEMPAT PENGINAPAN SEMASA KE MELAKA?

Nadim Homestay menyediakan sebuah homestay yang sangat selesa untuk didiami. Sesuai untuk anda yang ingin bercuti, menghadiri kursus, rombongan majlis perkahwinan, menghadiri konvokesyen atau pendaftaran anak ke Politeknik Merlimau.

Nadim Homestay terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu di Merlimau Melaka. Ia berdekatan dengan Politeknik Merlimau

Lokasi berhampiran Nadim Homestay

Politeknik Merlimau – 1 km
Uitm Kampus Jasin – 9 km
Medan Ikan Bakar Umbai- Pernu- 11 km
Bandar Hilir- 25km
Pantai Siring – 10km
Bandar Muar -26km

Kelengkapan di Nadim Homestay

3 Bilik Tidur, 2 Bilik air
3 Katil Queen (2 aircond 1 kipas siling)
TV LED berserta Digital TV
Barangan Elektrik seperti peti sejuk, rice
cooker, mesin basuh , seterika , cerek elektrik, dan dapur memasak disediakan .

Jom tengok keadaan dalam Nadim Homestay ni

homestay melaka

Bilik ni merupakan bilik utama di Nadim Homestay yang lengkap dengan bilik air dan aircond di dalamnya

homestay melaka

Bilik kedua di hadapan besar dan sangat selesa.Cuma ada kipas sahaja tau bilik ni.

homestay melaka

Bilik ketiga ada aircond dan peralatan lain seperti toto, cadar dan selimut.Bilik ni besar jugak tau.Kiranya bilik kedua yang besar dari yang pertama tu.Ada bayangan tak sabar nak berebut katil tu.

 

Ruang di bahagian luar untuk bersantai ni memang selesa.Sebelahnya pulak tempat letak kereta.

Nadim Homestay Merlimau Melaka

Adalah tempat untuk budak-budak ni bermain.Memang pakat halau bebudak ni main kat luar sebab selesa…heeheheh…

 

Menginap Di Nadim Homestay Merlimau Melaka

Ruang tamu dan ruang menonton ruang makan.Memang cukup selesa.Nak lebih dari 3 keluarga pun bagi umi dah cukup besar dah rumah ni.

homestay melaka

Bukan kata tu je, ruang dapur pun memang besar dan selesa.Pakat cerita kat adik beradik, kenapalah tak tau ada rumah baru sekitar ni.Kalau tau nak jugak beli sebijik sebab rumah ni murah tau.

 

Nadim Homestay Merlimau Melaka

Ruang dapur dan bilik air.Pendek kata apa yang korang nak tu ada.Nak memasak pun senang.

Lepas ni boleh la umi repeat lagi bila nak balik Melaka.Emmm..tulah sayangnya bila tanah yang ada di Melaka dibiarkan kosong.Jadi terpaksalah kami menginap di Homestay.Nama je kan balik kampung…heheheh…

Homestay ni baru je sebenarnya.Sebab tahun lepas umi rasa tak wujud lagi taman Merlimau Permai ni.Jadi rumah pun cantik lagi.Plus owner jaga baik homestay mereka.

 

APA KATA UMI TENTANG NADIM HOMESTAY NI?

Yes…Umi memang recommended sesangat kepada sesiapa yang bawa family yang ramai.Memang selesa.Dan yang penting, lokasi Nadim Homestay ni sangat strategik di Merlimau.Korang boleh refer lokasi terdekat dari Nadim Homestay ni.

Cuma umi nak komen sikit pasal Homestay ni tentang kedudukan para di bawah TV tu.Mybe owner boleh letakkan something supaya bila ada anak-anak kecil ni, memang confirm mereka berlari.Dan para tersebut umi rasa boleh membahayakan jugak.Mybe boleh letak apa-apa di bawahnya seperti rak tv berkaki .Biasalah kan anak-anak ni, walaupun tempat dah luas pun kat situ jugak diorang nak bermain.Last² dah dapat kenangan terindah di sini.Berlari tak nampak pada para tu, terkena pulak bucu tu..Sekadar pandangan umi jelah kan

If korang nak booking boleh terus ke Page Facebook mereka di bawah ni ye.Kat situ korang boleh dapatkan no telephone untuk berurusan dengan Owner Homestay.

https://www.facebook.com/NadimHomestayMerlimau/

MAPS

Loading

3 thoughts on “Menginap Di Nadim Homestay Merlimau Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *