Menginap di Maju Homestay Kuala Ibai Kuala Terengganu

Menginap di Maju Homestay Kuala Ibai Kuala Terengganu | Cerita yang bersambung dari Rentetan Throwback cerita pasal Raya Part 1

Actually kami dah mencari Homestay yang berdekatan dengan rumah “Bakal adik Ipar kami “ tu sebulan awal.Tapi disebabkan sebulan awal tu sebenarnya masa yang agak singkat.Banyak Homestay di Area berdekatan dah habis booking.Ada yang jauh juga dari Kuala Terengganu ni. Tapi tetap juga mencari.Mana tau kan nasib dapat yang dekat.

Alhamdulillah rezeki dapat juga yang terdekat dan harga yang mampu milik.Ada faktor lain yang tidak membolehkan kami untuk mencari Homestay lain dan antara faktornya adalah mahal..Ada yang harga untuk semalam RM400 ke atas.Banyak kali gak fikir sebab kami di Terengganu untuk dua malam.So kalau kos untuk dua malam confirm lah kan lagi mahal.

Maju Homestay Kuala Terengganu  yang terletak di Kuala Ibai ni adalah rate yang kami cari iaitu RM200 untuk semalam.So, dua malam RM400 sahaja.Bolehlah menampung keluarga kami yang ramai tu.

Maju Homestay ni ada dua tingkat, boleh pilih samada nak tingkat atas atau tingkat bawah.Dan pilihan umi haruslah tingkat bawah.Dengan anak-anak yang kecil² ni kan, mana mungkin pilih yang atas.

MAJU HOMESTAY KUALA TERENGGANU

Homestay ni ada 3 bilik dan ketiga-tiga bilik tu mempunyai aircond. Bilik air juga terdapat 2 bilik, so takde bergaduh guna satu bilik air.

Ini ruang tamu di Maju Homestay Kuala Ibai.Bagi umi sangat selesa tanpa banyak perabot.Disediakan juga iron dan juga iron board di hujung penjuru tu.Selain itu ada sofa dan juga meja kecil serta TV.

Ada 3 bilik aircond yang umi rasa sangat selesa untuk kami menginap.

  

Bilik pertama yang masih suci lagi berbanding di bilik-bilik lain sebab tuan punya bilik ni belum sampai lagi.Ada almari baju dan sebuah katil serta lengkap dengan selimut dan juga bantal.

Bilik umi yang dah dicemari dengan adegan-adegan sebelum makan dan tidur.Bilik yang paling suka budak² ni bermain.Tak sempat umi nak ambil gambar lagi dah tercemar.Tengok jelah si kakak tu, umi mintak tolong dia kemas, dia dok terbaring dengan babah..

Maju Homestay Kuala terengganu

Sama je macam bilik last ni.Kemahin seronok diorang bergumpal.Sampai tak sempat la umi nak ambil gambar.

Bagi bahagian dapur pulak, memang selesa dan semua peralatan seperti dapur gas, periuk nasi dan juga pinggan mangkuk memang di sediakan.Bahagian tu memang umi tak boleh nak ambil memandangkan banyak sangat adegan mak² dan bapak² yang hanya bertuala dan bersilat di dapur.Insyallah kalau ada rezeki lagi tahun hadapan nak menginap lagi disini.Umi senaraikan kemudahan yang ada di  Maju Homestay Kuala Terengganu ni supaya senang korang lihat ye.

maju homestay kuala terengganu

KEMUDAHAN DI MAJU HOMESTAY KUALA TERENGGANU(KUALA IBAI)

  • Parking yang luas- boleh menempatkan 5-6 biji kereta
  • 3 bilik tidur dilengkapi dengan air cond
  • Televisyen
  • iron/iron board
  • Ruang tamu yang luas
  • 2 bilik air
  • Kemudahan dapur yang selesa seperti periuk, dapur gas, pinggan mangkuk dan peti ais.
  • Spare tilam 

Selalunya bila kita nak menginap di sesuatu Homestay, mesti kita nak tahu kan homestay ni dekat dengan tempat yang kita nak pergi kan.Begitulah jugak umi ni hah.Sebelum tu dok survey dulu tempat apa yang best untuk umi bawak anak² jalan selepas majlis tu nanti.

So, umi senaraikan tempat-tempat yang berdekatan dengan Maju Homestay ni ye.

  • KFC deret kedai sebelah homestay
  • Dobi
  • 7-eleven ( in case korang lapo tengah malam nak cari maggi..hahaha
  • Banyak kedai makan di sekitar homestay ni
  • mydin
  • Masjid Terapung
  • Pantai batu buruk
  • Masjid Kristal (tak jauh sangat pun dengan homestay)
  • Jambatan baru Downbridge

Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat yang boleh korang lawati di sekitar Homestay tu.Tapi umi senaraikan mengikut apa yang umi singgah la.

Korang yang nak mencari homestay yang murah dengan harga berpatutan boleh je cari di facebook page Maju homestay Kuala Terengganu.

Nak booking boleh whatssap : 013-5045966

Alamat 

Jalan Tok Adis, Kuala Ibai

20400 Kuala Terengganu

Loading

One thought on “Menginap di Maju Homestay Kuala Ibai Kuala Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *