MENGINAP DI HOTEL SINGGAH PENGERANG 2 HARI 1 MALAM | Baru-baru ni umi ke Pengerang dan menginap di Hotel singgah di Kota Tinggi.
Alang-alang join program ” PARTI BOLA KAW” iaitu sesi tayangan perlawanan Piala Dunia di Singgah Cafe mereka, kita menginap jelah kat hotel mereka sekali kan.
Penginapan di hotel Singgah Pengerang 2 hari 1 malam ni memberikan pengalaman yang baru bagi umi untuk kenal hotel yang baru dibina beberapa tahun kebelakangan ni.
Jom kita kenali serba sedikit tentang Hotel Singgah Pengerang ni.
HOTEL SINGGAH PENGERANG KOTA TINGGI JOHOR
Hotel Singgah Pengerang ni terletak di Bukit Pelali Mukim Pengerang Johor tidak jauh dari Rapid Pengerang.Hotel ini merupakan salah sebuah rangkaian hotel milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad(KOPETRO) yang berkonsepkan butik hotel.
Bertempat di kawasan rumah kedai dua tingkat, hotel ini mempunyai tarikan yang tersendiri dan terdiri daripada pelanggan yang banyak berurusan dengan Rapid Pengerang dan syarikat-syarikat lain disekitarnya.
Boleh dikatakan kemudahan yang disediakan disini cukup lengkap dan persekitarannya juga bersih.
Itulah dia serba sedikit tentang Hotel Singgah Pengerang ni.Jom ikuti pengalaman umi menginap di Hotel Singgah Pengerang ni selama 2 hari 1 malam.
Masa umi masuk ke hotel ni dan bertanyakan kepada kaunter, nampaknya bilik dah pun sedia untuk kami.Masa ke sini umi dengan adik je.Si kakak tak ikut.
Selesai daftar dan isi borang, staff hotel bagi umi access card untuk ke bilik.Bilik umi di tingkat 1 dan mempunyai 2 single bed.
Dari pintu masuk, korang akan nampak bilik air di sebelah kanan dan tempat letak bag di bahagian kiri.Depan sikit tu adalah beberapa kemudahan yang disediakan.
Dari gambar ni pun korang boleh lihat kemudahan yang disediakan di bilik ni kan.Semuanya lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang umi sebutkan dibawah.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI DALAM BILIK HOTEL SINGGAH PENGERANG
Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik
- Sejadah
- Plastik dobi
- minuman segera dan mineral bottle
- Pemanas air
- Toiletries
- Kerusi dan meja
- TV
- Peti ais mini
cuma iron tidak disediakan di dalam bilik.Kalau korang nak guna boleh call room services dan mereka akan hantarkan di bilik korang.
Bilik umi takde balkoni.Hanya tingkap di tepi tu je.Kalau dapat yang balkoni best jugak kan.
Bilik air pun selesa.Air dibilik mandi ni pun puas ui guna.
Kalau korang perasan di belakang umi ada lukisan-lukisan mural di Johor iaitu Istana Bukit Serene.
Di setiap bilik memang berlatar belakangkan bangunan-bangunan lama di Negeri Johor.
Di bawah ni korang boleh lihat juga jenis-jenis bilik yang disediakan di Hotel Singgah Pengerang ni.



Untuk Breakfast pula, korang boleh ke lobby hotel disebelah kiri pintu masuk.Ada beberapa jenis menu antaranya nasi lemak, rendang ayam dan buah-buahan serta minuman yang disediakan.
Kalau korang tak sarapan kat sini pun, korang boleh cari tempat makan di sekitar Pengerang dan disekitarnya.Dekat je nak ke Bandar Penawar atau pekan Pengerang tu.
Overall untuk penginapan disini bagi umi best je untuk mereka yang ada urusan perniagaan atau yang sewaktu dengannya.Dan bagi umi hotel ni bukanlah hotel yang bersesuaian dengan keluarga besar.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik:
Website: https://singgah.com.my/
Alamat: Singgah Pengerang, No. 21-25, Jalan Kelicap 3, Bukit Pelali, 81600 Mukim Pengerang Johor.
No. Telefon: +607-824 6011
Email: singgahpengerang@kopetro.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/singgahhotel/
Instagram: https://www.instagram.com/singgahpengerang/
ok juga hotel macam ni.
suka pulak tengok design dia, nampak kemas!