Menginap di Fraser Place Puteri Harbour

Menginap 2H1M di Fraser Place Puteri Harbour |Hotel dengan pemandangan yang cantik ini terletak di Pengkalan Puteri Nusajaya ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan pengalaman bercuti yang luar biasa.

Fraser Place Puteri Harbour ni merupakan tempat strategi yang boleh korang pilih kerana ianya tempat dengan peranginan yang terkenal seperti di Legoland dan Stadium Sultan Ibrahim.

Pertama kali menjejakkan kaki ke hotel ni, umi dah terpegun dengan pemandangan sekeliling yang begitu tenang dan cantik.

Dan yang paling penting semua kemudahan seperti dapur memasak dan juga mesin basuh lengkap dalam bilik.Seriuslah umi tak boleh lagi move on dengan suasana kat sana.Tu belum umi cerita lagi pengalaman menginap di PineTree Marine Resort.Bersebelahan je dengan Fraser Place ni.

Ni umi nak cerita pulak pengalaman menginap di Fraser Place Puteri Harbour.Kalau korang tak tau nak bawa anak-anak bercuti kat mana di Johor ni, bawalah mereka ke sini.Yelah nak ke luar Negeri tak boleh kan? so, kat dalam Negeri Johor ni banyak hotel-hotel yang korang boleh explore dengan harga yang berpatutan.

Fraser Place Puteri Harbour ni terletak di Nusajaya Johor.Memang Nusajaya sekarang ni tengah membangun.Kalau tak dek kerana Covid-19 ni umi rasa dah banyak bangunan yang cantik-cantik dibangunkan.Tapi tulah kan, siapalah kita nak melawan takdir.Janji kita masih lagi boleh berjalan ke sana sini di dalam Negeri Johor ni.Masa nilah korang kena rebut peluang untuk cuba menginap di hotel-hotel Johor ni.Boleh dikatakan ini adalah tempat menarik di Johor yang perlu korang kunjungi.

Oklah, jom umi cerita pasal pengalaman 2 hari 1 malam menginap di Fraser Place Puteri Harbour ni.

MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DIFRASER PLACE PUTERI HARBOUR

Bila umi sampai je di luar hotel ni, umi memang dah kagum dengan kecantikkan dan juga pemandangan sekeliling hotel ni.Dah la persekitarannya bersih dan umi rasa tak ramai lagilah orang yang tahu pasal tempat ni.Oh ya, mungkin masa PKP tu, ramai yang tak boleh nak rentas Negeri,mungkin lepas ni mesti meriah masa mula-mula ianya dibuka

Menginap di Fraser Place Puteri Harbour

Korang fokus pada bangunan sebelah kiri korang tu hah.Sebab Fraser dengan Pinetree Marine Resort ni bersebelahan je.

Menginap di Fraser Place Puteri Harbour

Ini adalah lobby di Fraser Place Puteri Harbour.Luas ko!! kalau bawak anak-anak ni puaslah diorang berlari bagai.Jadi bila dah sampai lobby, settle urusan check in, umi terus masuk bilik.Eh..lupa pulak tingkat berapa bilik umi.Yang penting umi bilik paling hujung.Syok ooo.Jomlah kita jelajah bilik penginapan umi.

Menginap di Fraser Place Puteri Harbour

Izinkan umi ber ME TIME untuk dua hari ni ye.Anak-anak tinggal dengan babah dulu.Nanti next time kita bawa anak-anak pulak.

Menginap di Fraser Place Puteri Harbour

Masuk je bilik hotel tu, korang akan nampak di sebelah kiri pantry dan sebelah kanan pula bilik air.Yang penting bila ke sini, korang tak perlu nak pi dobi sebab dalam bilik hotel ni ada washing machine dan pengeringnya sekali.Best lah kan kalau kita menginap untuk beberapa hari.

Umi kalau ke hotel kan, suka sangat tengok bilik air.Dan bilik air di Fraser Puteri Harbour ni luas dan bersih.Siap ada bath tub lagi.jadi bila bercuti ke sini nanti jangan lupa beli bath bomb tu.Mesti syok berendam dalam tu.

Dah tengok kan bilik air dan juga dapur hotel ni, jadi kita tengok biliknya pulak.

Menginap di Fraser Place Puteri Harbour

Bilik yang selesa dan luas untuk kami berdua malam tu.Seronoknya sambil menikmati keindahan malam.Kalau tengok kat luar pada waktu malam tu tenang sangat tau.

Menginap di Fraser Place Puteri Harbour

Yang ini pula umi ambil gambar berdepan dengan pintu masuk.Korang nampak sliding door putih tu, itu adalah almari untuk korang simpan baju dan juga siap dengan iron dan sebagainya.

Dan disediakan juga kerusi yang selesa untuk korang yang suka menghabiskan masa dengan membaca dan sebagainya.

Menginap di Fraser Place Puteri Harbour

izinkan umi membaca sedikit perenggan cerita dongeng tu.ececeh…kemain lagi ek.

Menginap di Fraser Place Puteri Harbour

Nak tengok tak pemandangan luar di bilik hotel kami menginap ni?

Fraser Place Puteri Harbour

Serius umi suka sangat dengan pemandangan kat luar ni walau kita nampak bangunan je.Tapi disebalik bangunan-bangunan tinggi, nampak awan yang ceria dan kehijaun disekelilingnya pun kita rasa lebih bersyukur.

Dan kalau malam-malam korang nak bersiar-siar di sekitarnya pun boleh.Terdapat pasaraya dan tempat untuk korang lepak-lepak di tengah malam berdekatan dengan hotel ni tau.Paling dekat Marina Bay dikawasan tu jugak.

Untuk breakfast pulak, korang boleh je ke cafe Swatches mereka di lobby bawah.Eh! umi tersuka pulak masuk situ tau.

Cafe sangat luas dan boleh pilih samada korang nak makan di tepi tingkap yang menghadap laut ataupun kerusi empuk  disitu.

Breakfast umi pada pagi ini.Yeay!! barulah boleh tour kawasan sini lepas ni bila perut dah penuh.

Oh ya, kalau korang nak adakan private party or dinner secara eklusif gitu, korang boleh la booking di Executive club di tingkat 17 macam yang umi buat hari tu dengan kawan-kawan blogger umi.

Dah la decoration dia cantik, menu pulak sedap-sedap belaka.

Sambil makan sambil menikmati view dari Fraser Place Puteri Harbour yang cantik tu.Lagi pulak kalau dapat tengok matahari terbenam dari tingkat 17 tu kan.

Fraser Place Puteri Harbour jugak menyediakan Work From Hotel juga serendah RM38nett untuk sehari.Hah!!! yang WFH tu, bolehlah tukar angin pulak ke WFH(hotel).berbaloi-baloilah kan

Mesti korang tanya swimming pool diorang kan? Sorry tau korang , sebenarnya umi tak ingat swimming pool tu berada di tingkat mana?

Tapi selain swimming pool ada juga sauna tau.Sama level dengan swimming pool.Nak ke sini kena ada access card bilik hotel korang tu.Pastikan korang bawa kemana-mana.

fraser place puteri harbour

Oh ya..berapa harga semalam untuk menginap di Fraser Place Puteri Harbour ni?

Tak mahal korang, untuk Studio Deluxe hanya Rm200 nett untuk semalam termasuk breakfast.Kalau korang nak tambah untuk  breakfast hanya tambah RM35 nett sahaja.

Fraser Place Puteri Harbour

 
Facebook | Instagram | Website
 
 
 (6) 07-530 8837 
 (6) 013-778 6821
 
 
Jemputlah baca pengalaman menginap di fraser place puteri harbour ni.Mana taukan boleh buat rujukan untuk korang nanti.Yang pastinya korang takkan kuciwa bila stay kat sini.
 
 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *