MENGINAP DI D’WHARF HOTEL & SERVICED PORT DICKSON itu pun kami check in lambat memandangkan kami tak jadi balik ke JB selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami tu.
Ikut plan masa balik dari menghadiri majlis perkahwinan sepupu babah, kami terus nak balik ke JB.Tapi memandangkan lepas balik tu kami terus ke Port Dickson kononnya nak berjalan-jalan sahaja, tak sangka bila dah petang tu, babah kata, kita carilah hotel berdekatan sebab dah tak larat sangat nak memandu malam.
Sambil mencari hotel mana yang kosong, kitorang pun carilah dobi dan tempat makan.Memang rata-rata hotel dah fully booked dan memandangkan kami pun masih berkira-kira budget untuk tidur semalam.Yelah, sebelum tu pun kami dah menyewa hotel kan. Jadi bila nak sewa lagi hotel, mestilah kena budget jugak.
Cari punya cari, terjumpalah satu hotel yang dibawah budget kami dan berdekatan jugaklah.Jadi malam tu kami menginap di D’Wharf hotel & serviced Residence untuk satu malam.Memang tak sempat nak tour hotel kami tu memandangkan kami check in pun dah pukul 8 malam.
Kami menginap di D’Wharf hotel & serviced residence.Bila dah masuk ke bangunan hotel ni, pening jugak nak mencari tempat untuk check in dan bilik.Rupanya, untuk check in kami kena ke kaunter bangunan sebelah.Habis urusan check in, kami terus cari bilik memandangkan mak mertua umi kena gout dan tak dapat nak berjalan dengan laju.Haishh! macam-macam lah jadi masa kami ke Port Dickson hari tu.
Tapi takpelah kan, benda nak jadi dan masih lagi rezeki kami untuk dapatkan semula ipad tu.Cerita hilang ipad tu korang boleh baca di entry atas.
Di dalam bilik yang kami menginap tu ada 2 katil.1 katil diluar dan 1 katil di dalam bilik.Sangat selesa dan luas ye.Bila tengok suasana bilik ni, macam rugi pulak kami tak booking kat sini.
Masuk je sini akan nampak set sofa dan tv dan dibelakangnya terdapat sebuah katil queen.Umi memang tak sempat nak ambil gambar details sebab kami dah penat sangat.
Read more :
besntya katil luar ni menghadap cermin ke balkoni.Cuma balkoninya ditutup mungkin sebab faktor keselamatan.
Katil yang sama seperti diatas menghadap cermin.Budak-budak memang teruja la bila dapat katil macam ni.Jadilah kan dapat tidur dengan nenek zai.Nenek Kiah pulak nak tidur di sofa je.Jadi bagi chance la umi dan babah tidur tanpa gangguan
Disebelah kiri pintu terdapat kerusi dan meja panjang serta dapur dan bilik air.Memang selesa cuma takdelah lengkap dengan mesin basuh semua tu.Just ada pemanas air, microwave dan juga mini fridge.Ok dah tu bagi kami yang nak stay sekejap tu.
Dan ini pulak bilik kami untuk malam tu.Best jugak sebab boleh tengok luar.Yang penting umi puas hati walau tak sempat nak explore semua.
Read More :
Rupanya dikawasan hotel ni terdapat tempat untuk korang beraktiviti contohnya ada skuter, basikal dan permainan lain.Kat sini juga ada tempat untuk lepak dan bermain bersama keluarga.Babah cakap nanti nak ajak repeat datang sini sebab tak puas nak explore tempat ni.

Ini pemandangan diluar hotel kami.Kat tepi pantai tu yang kami tak dapat nak pergi memandangkan memasing dah kepenatan.Memang meriah tau malam-malam kat sini.Breakfast kat sini pun not bad.Lepas makan-makan kami ke in house mini arcade,sebab bebudak ni sibuk nak main game.Disebabkan kami kena balik awal, jadi tak dapatlah nak explore hotel ni.Tapi kalau korang nak tengok apa yang best di sekitar D’wharf hotel & serviced residence ni, korang tengok entry dari Ana Suhana ni.
Insyallah akan repeat datang sini lagi sebab banyak lagi kami tak explore tempat-tempat menarik di sekitar Port Dickson ni.Kalau korang nak booking atau nak tengok bilik mana yang sesuai dengan korang, boleh tengok page mereka dibawah ni.Umi memang rekemen kalau korang nak menginap di D’wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson ni.Memang berbaloi tau
Home
https://www.facebook.com/dwharfhotelpdwaterfront
https://www.instagram.com/dwharfhotelpd/
Terima kasih sebab review. Lepas ni bolehlah kami sekeluarga cuba menginap dekat sini pula.