Menginap 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang

Menginap 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang

Menginap 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang.Penginapan yang dah lama umi peram sejak setahun yang lalu.Punyalah lama kan.Belek-belek galeri baru perasan umi tak upload lagi cerita pasal ni.

Umi tak ingat pulak cuti apa masa kami sekeluarga bercuti ke sini.Yang plan semua ni babah la sebab dia kata dia taknak pergi yang jauh-jauh.Nak bercuti dekat-dekat je memandangkan cuti pendek je.

Umi ikut jelah kan.Dah orang nak belanja, kita on je.Masa kami datang pun kira dah ramai jugak orang yang beratur untuk check in.Bila masuk je ke dalam Lakeview Terrace Resort yang terletak di Pengerang Johor ni, barulah umi tau kan yang kat sini pun ada tempat penginapan yang cantik ni.Jom umi cerita sikit tentang lakeview Terrace Resort Pengerang

LAKEVIEW TERRACE RESORT PENGERANG JOHOR

Lakeview Terrace Resort Pengerang adalah sebuah tempat penginapan yang terletak di Pengerang, Johor, Malaysia. Resort ini menawarkan pemandangan dan suasana yang tenang, berdekatan dengan danau atau tasik yang memberikan pengunjung pemandangan yang indah. Ia mungkin dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik-bilik yang selesa, restoran, kolam renang, dan mungkin juga aktiviti-aktiviti riadah.

Disini terdapat lebih kurang 372 buah bilik dan terdapat 3 jenis bilik iaitu:-

  • LV Suites
  • Executive room
  • Studio room

Read more :-

Bolehlah buat healing sekejap.Masa dalam proses pendaftaran tu umi risau jugak tau kalau-kalau kami dapat lot terrace yang di bahagian atas.Sebab kalau korang tengok terrace kat sini merupakan sebuah kontena yang diubah suai menjadi satu bilik yang cantik.Hah.Macam kat bawah ni.

Menginap 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang

Kalau ikutkan katil tu memang tak muatlah untuk kami berlima.Tapi selalunya kalau umi bercuti umi akan spare toto.Itu kalau resort la, tapi kalau hotel tak pernah lagilah.hahaha.

Walaupun ada satu katil je, tapi luas jugaklah studio room yang kami duduk ni.

KELENGKAPAN YANG ADA DI DALAM BILIK LAKEVIEW TERRACE PENGERANG 

Antara kelengkapan yang ada di sini ialah :-

  • peti ais
  • tv
  • meja kerja
  • teh dan kopi
  • pemanas air
  •  sabun dan berus gigi
  • tuala

Itu basic kelengkapan yang ada kat bilik sini yang buat umi puas hati.Umi suka dengan suasana kat sini.Tenang dan sejuk tau.Lagi-lagi kalau di waktu pagi.Dah macam kat luar negara dah.

Menginap 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang

Kalau malam pulak, kalau korang takde nak buat aktiviti luar, bolehlah nightwalk disekitar sini dan lihat persekitaran dengan cahaya lampu yang banyak.Boleh jugak kalau korang nak main pingpong ataupun dam kalau tak silap umi.Ia bersebelahan dengan cafe dan juga receptionist.

Banyak lagi gambar umi tak upload kat sini disebabkan banyak gambar yang umi dah terpadam.Takpelah kan, letak je mana yang ada sebagai kenangan.

Kalau tengok pada gambar atas tu korang pun tau kan dia ada 2 tingkat.Bernasib baik kami dapat bilik bawah memandangkan umi bawa MIL bersama.Kang jenuh pulak menggigil kaki dia nak naik tangga tinggi.

Kat sini pun banyak port OOTD macam luar negara tu.Memang cantik dan mendamaikan.

Bila malam kami tak kemana-mana pun.Hanya duduk didalam bilik sahaja dan makan makanan yang budak-budak ni beli.Selalunya pebret diorang kalau duduk hotel ialah meggi cup.Umi pun tak faham kenapa.And yes, korang boleh je order atau nak lepak kat cafe diorang pada belah malam sebab cafe ada menyediakan makanan goreng-goreng pada bahagian malam.

Kami hanya order melalui telepon dan mereka akan hantar terus ke dalam bilik.Tapi tulah, makanannya taklah sesedap mana pun berbanding sarapan pagi.

Malam tu pulak umi dengan anak-anak jalan-jalan sekitar lakeview tu.Nak pergi jauh-jauh mcam malas.

Keesokkan pagi kami dah gerak ke cafe untuk sarapan.Cafe ni luas, jadi takde masalah pun kalau nak duduk lama-lama.

Makanan yang disediakan pun banyak pilihan.Oklah tu kan.Budak-budak ni dok ulang alik ambil makanan.Makanlah nak selagi korang boleh makan.Jangan membazir sudahlah.

Lepas je bersarapan, budak-budak ni tak sabar nak mandi kolam.Padahal semalam petang lepas check in, terus mandi kolam.Pagi ni sambung lagi mandi kolam sebelum kami check out.

Menginap 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang

Swimming pool kat sini ada dua.Umi tak ambil pulak gambarnya.Walaupun baru lepas hujan, budak-budak ni tak heran dah.

Sebelah swimming pool ni ada gym.Jadi umi tak join bebudak ni mandi dan santai-santai je kat gym.Lagi pulak takde orang nak main kat gym ni.Jadi umi dengan babah membakar lemak.

Menginap 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang

Inilah dia gym yang bersebelah dengan swimming pool tu.Oklah kan dari mak pak takde buat aktiviti.

Lepas bebudak ni dah puas mandi, kami pun balik bilik dan bersiap.Babah sempat lagi tu tidur sekejap.Umi pulak dok berkemas la sebelum berangkat balik.

PENGALAMAN MENGINAP DI LAKEVIEW TERRACE PENGERANG

Bagi umi facilities yang ada kat sini semuanya ok.Cuma bilik air kami je ada masalah nak pump.Kalau buang air besar tu, nak tunggu flush, boleh banjir bilik.

Makanannya pulak mungkin boleh ditambah baiklah.Tapi tak taulah kan, pada tekak kami.

Overall umi puas hati menginap disini.Kalau korang nak menginap kat sini, umi letak details untuk korang ye

Lakeview Terrace Resort Pengerang

Web : https://www.lakeviewterrace.com.my/

FB : https://www.facebook.com/lvterracepengerang

Email reservation@lakeviewterrace.com.my

Tel : +607 819 0300

 

 

Loading

3 Comments

  1. Bestnya. Nanti nak bawa budak-budak pergi sinilah. Harga room service malam mahal tak kak? Seram juga kalau nak keluar dinner dekat luar area Pengerang tu. Huhuhuhu.

  2. tak mahal sangat.Biasa-biasa je.Kalau seram bawaklah makanan-makanan ringan kat situ.Boleh lepak-lepak kat luar bilik.Best

  3. wah haritu dok riki2 juga kat sini. sunyi tak kak? risau pulak kalau sunyi sangat kang. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *