MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DI BAYU BALAU BEACH RESORT KOTA TINGGI

MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DI BAYU BALAU BEACH RESORT KOTA TINGGI | Ini pun antara entry yang dah diperam lama di dalam phone.

Takpe, kita kasi perabiskan cerita-cerita dalam phone ni.Jadi takdelah rasa sayang nak buang gambar dalam phone.Buat habis memory je kan.

Cerita bercuti di Perak pun masih tergendala lagi.Last entry adalah entry jalan-jalan ke Kellie’s Castle. Ada .lagi entry tertangguh.Tunggu M tu kembali sihat ye.hahaha..kukuh kan alasan umi.

So, masa hari raya ke berapa entah tak ingat pulak, kebetulan abang umi yang duduk Kelantan tu balik.Jadi dia yang suruh kitorang booking menginap kat sini.Sebenarnya dulu pun kami dah biasa ke sini, cuma dulu kami datang untuk mandi je.

Nak booking tempat yang lagi besar dah full semua.Jadi kami pilih la Viila dan dua buah Queen studio.Ingat nak booking satu lagi Villa sebelah, tapi tak tau kenapa dia kata penuh.Padahal takde pun orang datang menyewa kat situ.Yang bestnya kat situ ada connecting room.

Jadi terpaksalah ambil jauh sikit Queen Studio tu.Bangunan tu dibelakang Villa jugak.

Jom umi kongsikan keluasan bilik Villa ni.Bila sebut pasal Villa ingatkanlah besar sangat, tapi takdelah besar mana.Cukuplah untuk 2 keluarga.Kat bilik tu kami adik beradik yang lain suruh mak dan abang stay sini manakala yang lain ambil bilik lain.

MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DI BAYU BALAU BEACH RESORT KOTA TINGGI

MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DI BAYU BALAU BEACH RESORT KOTA TINGGI

Ada 2 katil Queen dalam bilik ni tau.

MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DI BAYU BALAU BEACH RESORT KOTA TINGGI

Almari dan kerusi bar sebelah pintu masuk villa ni.Yang korang nampak pintu tu adalah connecting room bilik sebelah.Tapi tulah, diorang tak bukak untuk pengunjung.

Ada juga bath tub dan bilik air.Pintu tu pun boleh bukak sebenarnya.Tapi takkanlah nak bukak kan.

Yang ruang tamu dan kabinet dapur umi lupa pulak nak snap.Tapi dia lengkap la dengan peti ais, pemanas air dan sinki.Tapi dia kata ada dishwasher.Tak jumpa pulak dishwasher dia tu kat mana.

Dan ini pulak Queen Studio.Oklah memuatkan kami 5 beranak kan.Kami bawa makanan dari rumah dan minuman untuk kitorang makan kat sini.Tapi tulah, tak jugak dapat ambil gambarnya.Banyak gambar umi dah delete sebenarnya.

Bilik air untuk Queen studio

Dan beberapa peralatan yang ada di dalam bilik ni.

Lepas check in dan makan-makan je, bebudak ni semua sibuk nak berendam.Jadi layankan bebudak ni semua sampai pukul 6 petang.Lepas tu balik bilik semua kelaparan.Nasib baik makanan ada lagi.Jadi bedal makanan yang ada.

Malam pulak kami bersiar-siar dekat luar.Kat sini jangan risau pasal makan sebab ada restoran berdekatan sini yang buka sampai malam.Sambil tu bolehlah menghirup suasana angin malam.

Kami sembang-sembang je kat restoran tu sambil perhatikan bebudak ni bermain.

Lepas tu sambung balik kat bilik berbual dan tidur.

Keesokkan paginya, lepas sarapan bebudak sambung lagi mandi dan kami mak pak duduk kat cafe untuk minum-minum.

Sebelum balik kita buatlah group photo.Itu pun anak-anak ni taknak bagi kerjasama.Biasalah kan budak-budak

Alhamdulillah semua happy dengan percutian singkat ni.Next kita pergi jauh sikitlah.Tapi yang pasti kalau bawa budak-budak mesti kena ada kolam

Untuk korang yang datang ke Kota tinggi dan mencari tempat untuk bercuti, boleh la ke sini nanti

Boleh tengok page dan social media Bayu Balau Beach Resort ye

Website | Faebook | Instagram

 

3 Comments

  1. Wah.. bestnya… dok aim nak pergi situ juga tapi kena menabung dulu lah nampak gayanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *