MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN DI SEREMBAN

MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN DI SEREMBAN | Pertama kali ke Seremban dan kami bermalam di sebuah hotel sebelum menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu belah suami.

Ada cerita di sebalik kisah kami semasa kami menginap disini.Di seremban ni takdelah banyak mana hotelnya yang berdekatan dengan tempat yang kami menginap tu.Ada tu mungkin harga diatas dari budget kami memandangkan kami perlu menempah bilik yang besar atau dua bilik.

Kenapa tak sewa homestay? jawapannya adalah kerana kami hanya nak bermalam disini sekejap sahaja.Pagi kami dari Johor dan sampai pukul 1 petang.Alhamdulillah dapat check in awal, cumanya hotel yang umi menginap tu takdelah seindah yang seperti dikatakan.Jadi umi tak berniat nak review di blog ni.Esoknya pula sebelum pukul 12 kami dah check out.Lagi senang hotel dah sediakan sarapan sekali.Tak perlu bazir masa nak cari sarapan pagi kat luar.

Taknak menjatuhkan hotel ni tetapi perlu untuk beritahu supaya penambah baikkan untuk hotel ni.Yelah, mungkin mereka perlukan masa untuk naikkan semula hotel dan perbaharui segala jenis peralatan selepas PKP beberapa tahun lalu.Tapi tengok ramai jugalah yang menginap disini.

Bila masuk kebilik dan melihat kolam mandi di bawah ni, hati kami dah tak sedap je nak stay tapi memandangkan kami dah bayar,kami terpaksa jugalah untuk menginap.Nasib baiklah malam tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Tengok saja pada kolam mandi ni, mesti korang dah dapat agak bagaimana pula dengan yang lain.Sarapan paginya pula, alhamdulillah,berbaloi dengan apa yang kami bayar.Sebelum ni ada je kami menyewa hotel yang murah.Tapi takdelah macam kat hotel ni.

Walaupun ada je yang mandi di kolam tu, umi memang tak benarkan sama sekali anak-anak mandi.Yelah sebagai ibu  bapa sikap berwaspada tu perlu ada kan?Bila tengok berlumut macam ni, rasa takde selera nak suruh anak-anak mandi.Diorang bukan main merengek lagi nak mandi.Cuma umi je yang tak kasi.

Tapi ada satu kejadian yang umi betul-betul hargai ialah sikap jujur seorang pekerja disini yang tidak mengambil apa yang bukan haknya.

Lepas kami check out pukul 12 tengahari, terus ke kenduri kahwin.Bersembang bersama sanak saudara itu dan ini, maka pukul 3 petang kami nak bergerak balik.

Semalam cari daging salai takde, alhamdulillah masa kenduri kahwin jumpa jugak dengang daging salai Negeri Sembilan

Tiba-tiba dalam kereta, mak umi tanya kat mana cucu dia letak ipad yang kami bawa.Puas selongkar kereta dan tanya anak-anak kat mana letak semuanya tak tahu.Masa tu babah dah marah anak-anak dia dah.Umi nak legakan suasana, cepat-cepat suruh babah call pihak hotel untuk tanyakan ada tak staff yang jumpa ipad tu.

Kalau benda murah kami tak kisah lagi, korang taulah kan harga ipad tu berapa.Risau sangat-sangat ipad tu diambil orang.Lepas tu check dekat phone umi, rupanya umi tak buat langsung find.my tu.

Bila call hotel, mereka suruh call dalam 10 minit macam tulah.Masa tu kami betul-betul tak sedap hati.Umi terus babah balik hotel.Jadi senanglah untuk kami buat apa-apa yang patut kat hotel tu.Lagipun hotel dnegan tempat kami pergi tu takdelah jauh sangat.

Sampai kat hotel ni, hati dah dup dap tak tau nak kata dengan harapan ipad tu masih ada.Bila sampai ke receptionist, staff tu kata encik tunggu sebentar ye, nanti ada staff yang bawakan barang encik.

Maknanya, ipad tu dah pun dijumpai didalam bilik.Alhamdulillah, hotel tu ada pekerja yang jujur macam ni.Yelah, kalau sesetengahnya, nampak barang-barang macam ni terus gelap mata.Tapi umi tak cakaplah semua.Mungkin segelintir je kan.

Memang kecuaian kami tak check betul-betul masa keluar bilik hari tu.Memang silap kami.Nak marahkan anak-anak tak boleh jugak, sebab diorang ni, bila dah bermain, lupa dengan apa yang dia pegang.

Alhamdulillah, masih rezeki kami.Umi bagilah dia tips sikit.Walaupun orang kata itu dah memang kerja dia,tapi biarlah kan.Mungkin rezeki dia.Daripada kami rugi beribu ringgit, apalah sangat dengan sekeping note tu.

Jadi pekerja jujur ni orang kata selalu kena pijak.Pada umi, biarlah dipijak pun, Allah tahu dan sikap jujur kita tu mesti dipandang orang.

Hah itulah ceritanya semasa penginapan kami di hotel Seremban tu.Harap lepas ni kami tak leka lagilah.

Lepas pada tu, barulah happy nak jalan-jalan Port Dickson.Ingat nak balik JB terus, sekali dah masing-masing kepenatan, bermalamlah kami di PD pulak.

Hah yang ni nanti umi review hotel dia ek.

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *