CARA KURANGKAN STRESS DAN TEKANAN DALAM KEHIDUPAN | Sekarang ni ramai betul yang mempunyai masalah tekanan perasaan.
Yelah, zaman semakin mencabar, banyak benda yang perlu difikirkan lagi-lagi dengan ekonomi sekarang n.Banyak benda nak kena fikir sampai kita sendiri mendapat kita stress.Macam-macam liku kehidupan yang dilalui dalam kehidupan sangat membuatkan kita rasa tertekan.
Tekanan ni boleh jadi datangnya dari pelbagai sebab seperti masalah keluarga, masalah kewangan, masalah tempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.Belum lagi ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.Dengan membesarkan anak-anak lagi.
Ada orang yang boleh lalui tekanan-tekanan ini, dan ada yang tak boleh.Bila mereka tak boleh nak lalui pelbagai jenis tekanan ni, itu yang paling membimbangkan.
Banyakkan kes bunuh diri, merompak sana sini, semuanya atas desakan hidup.Jadi kita taknaklah hidup kita sia-sia bila terpaksa buat benda-benda yang tak berfaedah tu kan?
Jadi apakah cara untuk kita lakukan demi menangani masalah tekanan ni.Apa yang kita perlu buat bagi mengurangkan stress ni.Jom umi kongsikan cara kurangkan stress dan tekanan dalam kehidupan ini dengan 6 cara terbaik mengurangkan stress dalam kehidupan.Semoga kita dapat memberi semula kekuatan untuk menghadapai tekanan yang mungkin kita, kawan, atau saudara mara kita hadapi
6 CARA MENGURANGKAN TEKANAN DENGAN BERKESAN
#1 Amalkan senaman untuk mengurangkan tekanan
Dengan berjoging kita dapat mengurangkan stress.Semasa kita bersenam kita sedang melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
Oleh itu jom amalkan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu
#2 Mengurangkan stress dengan tidur.
Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan seharian.Tidur yang cukup akan mengecas tenaga kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas mendapat tidur yang cukup.
Amalkan juga tidur seketika diwaktu siang.Ambil masa tidur disiang hari sekitar 15-30 minit sahaja.Dalam islam tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.
Baca juga : 8 Rezeki dari Allah swt
Tidur di waktu siang dapat mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out.Ia seumpama system rebbot yang melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.
#3 Eratkan Hubungan dengan teman dan ahli keluarga
Perbanyakkan luang masa dengan sahabt dan keluarga dapat mencairkan masalah.Orang yang membawa kegembiraan buat kita mungkin tidak tahu tentang beban yang sedan kita tanggung bila kita hanya duduk di meja dan bersandar merenung siling.
Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka ketika ini, Ketawa, bercerita dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.Jika kita masih mempunyai ayah dan ibu, lawatilah mereka.
#4 Mengurangkan stress dengan mebaca buku & Al-quran
Membaca buku pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita serta mengurangkan stress.Jika kita jenis yang sukakan buku, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejut malah ianya memang betul
Tidak kira bahan bacaan itu bercetak di atas kertas mahupun dalam bentuk, digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk mampu memberikan sedikit kelegaan.
Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan ramai lagi.
Apa yang penting, jika kita bukan golongan yang tidak suka membaca buku, mulakan dari sekarang, Ambil masa 30 minit untuk membaca.
Mendengar bacaan al-quran dengan baik dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-quran dengan baik.
Mengurangkan stress dengan membaca al-quran
Mulakan hari kita dengan membaca al-quran.Sebaiknya selepas solat subuh pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-quran adalah mukjizat yang terbesar, Insyallah dengan membacanya mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya,Kita juga boleh mendengar bacaan ayat-alquran di tempat kerja.
Dalam islam, bukan membaca al-quran sahaja yang menajdi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-quran pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)
#5 Mengurangkan stress dengan menceburi aktiviti seni.
Lakukan apa juga aktiviti seni yang korang suka.Ia boleh mengurangkan stress.Kita melakukan apa yang kita suka.
#6 Bersiar-siar & Merenung ciptaan Allah
Melangkah keluar rumah ,hidu udara sedalam-dalamnya dan lihatlah langit.Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.Pasti anda akan terpaku dan kagum dengan keindahan lukisan Allah swt.Inyallah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum dengan kekuasannya.
Lama kelamaan kita akan mula bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling kita.
Kita sebagai manusia biasa pasti akan mengalami masalah stress tu, tapi bagaimana menanganinya itu terpulang kepada masing-masing
wah entry yang sangat membantu. 🙂 thank you